JIKA BENARLAH BERITA DARI MUKHRIZ INI MAKA KITA DAPAT MENILAI DIANTARA YANG HAK DAN YANG BATIL DARI PENGARUH HARTA BENDA, DI ZAMAN FIRAUN, NABI MUSA BERHADAPAN DENGAN AMALAN YANG HAK DAN YANG BATIL, DARI PENGARUH FIR'AUN YANG MENGGUNAKAN HARTA BENDA UNTUK TUJUAN MENGEKALKAN KUASA DAN PENGARUH, YANG AKHIRNYA TUHAN TENGGELAMKAN FIR'AUN DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA KE DALAM LAUT,
ZAMAN SEKARANG CIRI-CIRI CARA HIDUP ZAMAN FIR'AUN BERULANG BERLAKU DIDALAM KEHIDUPAN MANUSIA, DAN IA TERUS BERLAKU DISEPANJANG ZAMAN, DAN KITA DAPAT MEMAHAMI BAHAWA MANUSIA RUPANYA AKAN KALAH DENGAN JANJI NASIHAT YANG KITA TIDAK TAHU APA AKHIRNYA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA MEREKA YANG MENYEBABKAN TERBATALNYA IKRAR YANG DIBUAT SEHINGGAKAN ORANG YANG BERIKRAR DENGAN MUDAH MEMBATALKAN JANJINYA, INILAH KEADAAN MANUSIA DI AKHIR ZAMAN - Pak Karamu
KJ hantar surat letak jawatan?
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
mendedahkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menghantar surat
peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana Ketua Pemuda Umno
itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada tahun
lalu.
“Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya untuk
berjumpa dengan KJ secara sulit di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam.
Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada
saksi.
“Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami
dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum
ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat
kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di
peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk menolak kepimpinan
Najib,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ceramah perdana sempena majlis perasmian
ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah oleh Presiden
PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stargate, di sini, kelmarin.
Menurutnya, pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan tidak
mempercayai langsung alasan yang diberikan perdana menteri mengenai isu
1MDB dan derma RM2.6 bilion.
“Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan langsung tak masuk
akal dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion,
dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja
pun. Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh
dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah.
“Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan
setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak
jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu
salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke
dalam Umno oleh presiden sendiri,” katanya.
Mukhriz berkata, maklumat yang beliau terima akhirnya KJ memang sudah
menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib
dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.
“Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr
Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti,
sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.
“Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno
(PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat
Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah
tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik
kononnya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai PAU 2016, Mukhriz mengakui berasa janggal dan
pelik apabila buat kali pertama tidak menghadirinya pada kali ini.
“Saya nak buat pengakuan memang benar dakwaan mereka bahawa ada musuh
dalam selimut, dalam Umno sebab mereka sebenarnya orang-orang Bersatu.
Saya nak sentuh mengenai PAU ini kerana kita nak balas balik apa yang
mereka bangkitkan itu,” katanya.
11 orang berkata:
Ulamak dulu lain. Ulamak skarang lain. Ulamak dulu nak pakai pelita milik rakyat pun takut. Ulamak skarang duit potongan gaji cikgu ugama 14 juta pun dia sebat. Perompak pun dia sokong.
Tak apalah. Janji nama ulamak. Baik buruk tu belakang kira.
Pengajaran drp ibadah haji tu amat besar. Pokok tak boleh tebang. Rumput tak boleh main cabut. Dahan tak boleh patahkan.
Tapi bila dah balik pantai timur malaysia, semua lupa. Ilmu tinggalkan kat mekah. Jumpa hutan je, tebangggg. Jumpa balak je tebangg. Tak bagi tebang dia suruh polis tangkap.
Ulamakkk katakann. Tak boleh nak nasihat sbb dah terlebih pandai.
Ulamak islam dulu kalau tahu pasal kemungkaran, cepat2 dia halang. Kalau tak mampu guna pedang, dia guna mulut. Tak mampu guna mulut dia guna hati.
Tapi ulamak sekarang lain macam. Bukan nak halang, sokong lagi ada. Bagi kerjasama, peluk2, pimpin tangan. Cuma kalau kita kata bersekongkol je dia marah sikit. Alasan dia bersekongkol tak sama maknanya dgn bekerjasama dalam bahasa prancis.
Tapi tak apalah. Janji ada title ulamak. Title ulamak tu lebih penting sbb orang sana sini panggil tuan guru.
Cikgu sekolah yg mengajar pagi sampai petang 5 hari seminggu pun org tak panggil tuan guru. Panggil cikgu jer
Zaman ulamak khalifah Umar Abdul Aziz rakyat semua kaya, tak ada yg miskin sbb khalifah bijak. Tapi khalifah Umar tak la kaya, merendah diri pulak tu.
Ulamak sekarang....??? Rakyat miskin melambak2, duduk dlm khemah banjir, rumah tunggu nak roboh. Ulamak pulak duduk bangko, anak ulamak duduk banglo, naik ww, ranjer, vwlfire, bmw 7 serues...ulamak pusing2 kampung bagi bau asap kat rakyat miskin. Tegur kan dia marah kita balik - APA!!!!! ULAMAK TAK BOLEH DUDUK BANGLO KER!!!!! ULAMAK TAK BOLE NAIK VELFIRE KER KALU MAMPU!!!!
Ikut suka la. Nak beli helikopter gi dakwah pun bole. Tapi jgn la sampai nak tadbir negeri pun guna potongan gaji cikgu agama. Cikgu agama pun naik motor kapcai jer. Naik wira je.
Tak apa la. Janji title ulamak dan tuan guru tu diguna sebelum nama ulamak....penting tau gelaran tu. Bukan senang nak dapat gelaran tu, kena pakai serban siang malam tau
Manalah tau kot2 najib lantik nik abduh jadi menteri belia dan sukan, hj hadi jadi TPM...
Ya mari bersama menyokong dap mcm puak hingus oren.dap lebih bagus dlm menyiarkan islam dan membantu masyarakat contohnya tokong yg dpt baglo discoun org lain ada nak
dpt.tokong dpt banglo kita dpt hingus.menang sorak kg org melayu juga hilang
Melayu memang suka jual harta.
Negara pun nak jual kat China kapir.
Pak lebai sokong je.
Idea siapa la yg suruh sebat duit potongan gaji cikgu yik tu yek?? Tak Kan idea lim kit siAng?
Saya ahli umno.
Tapi saya akan undi pas.
Wakakaka
Yup mari sokong prompk. Kita ambk dedak. Yahooo
Undi Pas = Undi Umno
Parti jual agama.
Parti jual bangsa.
Takfir!
Hidup meLAYU!
Wakakaka
Post a Comment