KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA, INI BUKAN CERITA BARU. PERSOALANNYA MENGAPA KERAJAAN TUTUP MATA ? ADAKAH KERAJAAN BERSUBAHAT ? - Pak Karamu
Ah long ‘laku’ di hujung tahun
RAMAI orang dijangka terpaksa mendapatkan pinjaman
wang daripada ah long menjelang hujung tahun memandangkan banyak
perbelanjaan diperlukan dalam tempoh ini.
Kebiasaannya, perniagaan ah long akan meningkat secara mendadak
sehingga 35 peratus antara Disember hingga Februari memandangkan banyak
wang perlu digunakan untuk persiapan persekolahan baharu anak dan Tahun
Baharu Cina.
Bagi Peter Tan, seorang aktivis masyarakat yang cukup arif dengan
kegiatan ah long ketika ditemu bual oleh Oriental Daily berkata, setiap
tahun ketika tiba musim perayaan, ah along akan menjadi buruan ramai,
terutama sekali bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Untuk persiapan persekolahan baharu anak seperti pakaian sekolah
baharu, peralatan sekolah dan sebagainya, ia perlukan banyak
perbelanjaan. Begitu juga dengan Tahun Baharu Cina. Kedua-duanya
diadakan dalam tempoh sebulan.
“Oleh itu, adalah sukar bagi golongan berpendapatan rendah memperoleh wang yang banyak dalam tempoh ini.
Maka ah long lah yang menjadi pilihan terakhir mereka.
“Sebenarnya, selepas Tahun Baharu Cina perniagaan ah along dipercayai
akan semakin laku. Bila raya sudah habis, wang pun habis. Bila tidak ada
wang, terpaksalah cari ah along,” katanya.
Tan meramalkan, pada tahun ini, akibat ekonomi meleset, akan ada lebih
ramai orang yang terpaksa meminjam wang daripada ah long dan adalah
dijangkakan perniagaan mereka akan meningkat sehingga 35 peratus
selepas Tahun Baharu Cina.
Kata Tan, selain golongan berpendapatan rendah, dua golongan yang kerap
menjadi pelanggan ah long ialah peniaga kecil dan golongan pekerja yang
membuat pinjaman
kurang daripada RM10,000 ( bagi pinjaman kecil) hingga RM50,000 ke atas ( bagi pinjaman banyak).
Beliau menasihatkan orang ramai agar memikirkan secara semasak-masaknya
sebelum membuat pinjaman dengan ah long kerana sekiranya gagal
menyelesaikan hutang dalam tempoh yang ditetapkan, ia bakal membawa
padah, bukan kepada dirinya tetapi juga ahli keluarga.
Tiada buku belajar memandu Kekurangan Buku Kurikulum Pendidikan Memandu
Kelas Manual Edisi Bahasa Malaysia ketika ini dipercayai akan membawa
masalah kepada ribuan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan memandu.
Kejadian kekurangan buku kurikulum sehingga menyulitkan pelajar untuk
mendapatkan lesen memandu itu kembali berulang selepas berlaku pada
tahun 2014.
Presiden Persatuan Belajar Memandu Kuala Lumpur dan Selangor, He San Cai
berkata, buku kurikulum ini didapati semakin kekurangan pada
pertengahan tahun ini dan keadaan ini akan menjadi semakin ketara
sepanjang Disember hingga March kerana ramai pelajar akan menduduki
peperiksaan dalam tempoh ini.
“Pihak berkuasa telah mensyaratkan semua pelajar perlu membeli buku
kurikulum ini yang berharga RM15 yang antara kandungan pelajarannya
termasuk undang- undang jalan raya, pengetahuan mengenai memandu dan
peralatan ganti kereta,” katanya kepada China Press.
Apabila adanya buku kurikulum berkenaan, calon-calon yang terlibat
dibenarkan menyertai kelas yang dianjurkan sekolah memandu sebelum
sekolah memandu menghantar maklumat peribadi calon kepada Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk persiapan peperiksaan.
San Cai berkata, kira-kira 80 peratus pelajar yang menduduki
peperiksaan memilih mendapatkan edisi Kelas Manual dan dalam Bahasa
Malaysia. Edisi Bahasa Inggeris juga dicetak namun jarang dibeli
pelajar.
“Saya harap JPJ mencetak dengan segera buku kurikulum ini agar tidak
mendatangkan kesulitan kepada pelajar yang ingin menduduki peperiksaan,”
katanya.
Dalam pada itu, difahamkan, JPJ dikatakan telah menambahkan jumlah
cetakan buku kurikulum tersebut bagi menampung permintaan pelajar dalam
tempoh terdekat.
Punca berlaku dikatakan akibat masalah teknikal dan bukan masalah kewangan seperti yang didakwa ramai pihak.
1 orang berkata:
Boddooo
Post a Comment