OIC MEMANG PERTUBUHAN KERJASAMA NEGARA-NEGARA ISLAM, TAPI KEBANYAKAN PEMIMPINNYA DUDUK DIBAWAH PENGARUH NEGARA YANG ANTI ISLAM, TIDAK TERKECUALI MALAYSIA YANG MANA APABILA DIADAKAN PERHIMPUNAN MAKA KITA BOLEH MENDENGAR PEMBANTAH-PEMBANTAHNYA - Pak Karamu
Himpunan untuk Rohingya dapat perhatian OIC
ISKANDAR PUTERI - Kekuatan suara rakyat Malaysia pada Himpunan
Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada
Ahad lepas berjaya menarik tumpuan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),
kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata susulan daripada perhimpunan itu, OIC akan
mengadakan mesyuarat peringkat Menteri Luar dalam tempoh terdekat bagi
membincangkan khusus isu penindasan Rohingya.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan berurusan dengan Sekretariat OIC
mengenai mesyuarat itu yang diadakan bagi memastikan isu Rohingya dapat
ditangani dengan sebaik-baiknya.
"Perhimpunan yang kita adakan Ahad lalu didengari OIC dan mereka akan
mengadakan mesyuarat bagi membincangkan apa yang menimpa etnik
Rohingya," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran ulang tahun
ke-10 Iskandar Malaysia di EduCity di sini, hari ini.
Perhimpunan itu, yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
mengumpulkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh-tokoh politik,
masyarakat dan negara sebagai tanda solidariti bagi menentang kekejaman
terhadap etnik Rohingya. – Bernama
8 orang berkata:
Negara umat Islam lain bertindak dgn membawa perkara ini ke parlimen. Hasil dibincang dan tindakan dibuat secara bersepadu atas nama negara ke UN.
Kita buat kat stadium. Yang dengar budak2 belum cukup amal. Tindakan susulan tarakkkk
Membantah je tak gi mana pun.
Pihak yg ada kuasa tu patutnya halau je mynmar2 tu keluar dari Malaysia.
Politik stadium, dedak dan balak
PATUTNYA SEMUA YG MENGAKU ISLAM MESTI MENYOKONG USUL UTK MEMBINCANGKAN MASALAH ROHINGYA DI PARLIMEN.
KATA JE ISLAM, TAPI TOLAK DAN BUAT PEKAK DGN USUL YG MULIA TU.
KAT LUAR PARLIMEN PURA2 TUNJUK SIMPATI KAT ROHINGYA. NAK TIPU RAKYAT UTK RAIH UNDI POLIIK DEDAK DAN BALAK.
Dedak sapu.
Balak sapu.
Royalti projek sapu.
Duit cikgu agama sapu.
Derma tin milo sapu.
Solidarity buat.
Ini baru betul.
Sejak bila pulak ko kata aku sokong pas? Aku tak biol lagi la
Pas sepatutnya membantah tindakan pembalakan yg memberi kesan negatif kpd kehidupan 12000 orang asli. Selain org rohingya, org asli juga perlukan simpati drp pas.
Pas ni spt peribahasa kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Rohingya kat seberang laut nampak, org asli kat kelantan nik amarrr tak nampak.
Politik stadium, dedak dan balak serta realitinya dalam kehidupan sebenar jubah dan janggut sang lebai....episod 5.
Post a Comment