Orang Melayu perlu terus sokong BN pada PRU14
SABAK BERNAM - Orang Melayu diingatkan supaya terus memberi sokongan
kepada BN pada PRU-14 bagi memastikan agenda pembelaan dari segi
pendidikan Bumiputera khususnya kaum itu terus diberi keutamaan.
Timbalan Menteri, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan
Yaakub berkata, sekiranya BN tewas dalam pilihan raya nanti, beliau
bimbang soal pendidikan orang Melayu terabai.
Katanya, program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) cetusan idea
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memberi peluang kepada
pelajar Bumiputera luar bandar untuk mendapatkan peluang kedua.
"Siri Jelajah ini adalah satu program baru yang bermula tahun lepas dan kemudiannya diteruskan pada tahun ini.
"Tetapi kita tak tahu sama ada program ini boleh disambung pada tahun
depan atau pun tidak, kerana ia bergantung sama ada cukup bilangan kami
(ahli parlimen BN) di Dewan Rakyat," katanya pada Majlis Perasmian
Program JPB Peringkat Parlimen Sabak Bernam di Dewan Muhammadiah Sekolah
Agama Menengah (SAM) Muhammadiah, di sini, petang tadi.
Ahmad Jazlan berkata, program kali ke-14 siri kedua yang diadakan pada
tahun ini itu amat besar ertinya bagi memberi peluang kepada pelajar
Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi.
"Adakah kita akan menamatkan pencarian ilmu ini hanya setakat tingkatan
lima atau adakah kita hendak nokhtahkan pencarian ilmu ini setakat STPM
(Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)," katanya.
Justeru, beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha dan memikirkan masa
depan anak-anak Bumiputera khususnya kaum Melayu tidak terus
ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Beliau berkata, secara dasarnya, semua manusia dilahirkan kecerdikan
akal pada tahap berbeza-beza dan tidak sama antara satu sama lain.
"Kalau lahir semua jadi perdana menteri, siapa nak jadi timbalan perdana menteri dan menteri.
"Begitu juga, jika semua dijadikan menteri dan timbalan menteri, siapa pula nak jadi ahli Parlimen dan Adun," katanya.
Beliau memberitahu, kerajaan mengambil tanggungjawab untuk memastikan
rakyat terutama Bumiputera ini dipenuhi dengan ilmu pengetahuan dan
cita-cita yang diinginkan mengikut kemampuan yang terpenting.
"Maka pada hari ini, kita akan melihat di manakah kesesuaian anak-anak
kita untuk ditempatkan, demi untuk melihat masa depan mereka terjamin,"
katanya.
Beliau berkata, tiada kerajaan di dunia melakukan perkara sebegini kepada rakyat terhadap kaum asal.
"Kalau nak bandingkan dengan sejarah keagungan empayar Greek yang
bertamadun 3, 000 tahun dulu, bagaimana pahlawan mereka menjadi penakluk
yang tersohor, di saat itu di mana nenek moyang kita?.
"Tetapi, di dalam tempoh enam dekat ini, kita lihat di mana kita,
bahkan, kita berada jauh di hadapan berbanding negara yg saya sebutkan
negara bertamadun 3, 000 tahun lalu," katanya.
Ahmad Jazlan berkata, terfikirkah orang tua kita di zaman dahulu bahawa
kita mempunyai tokoh-tokoh korporat dan akademik seperti yang ada pada
hari ini.
"Janganlah kita nak bandingkan dengan negara maju yang bertamadun
ribuan tahun...tak pernah dijajah dan telah mewujudkan para cendekiawan
yang jauh lebih dahulu daripada kita.
"Siapa sangka, pada hari ini, anak perempuan kita boleh menerbangkan
besi di angkasa...terfikirkah kita, cucu kita boleh membawa kapal
terbang?
Beliau berkata, negara cukup bertuah dan amat berasa bangga apabila anak Melayu berjaya menjejak kaki ke angkasa lepas.
"Kita dengan rasa bangga dan insaf dengan kekuasaan ALLAH, kita berjaya
menghantar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menyaksikan seluruh
carekawala.
"Selama ini kita mendengar daripada orang bukan Islam, tetapi hari ini
Dr Muszaphar orang Melayu Islam menceritakan kebesaran ALLAH apabila
berada di atas.
"Inilah kehebatan sebuah kerajaan yang memimpin pada hari pertama sejak 60 tahun kita merdeka sehingga ke hari ini," ujarnya.
3 orang berkata:
Slps pru 14, jadikan Umno dan PA$ barisan pembangkang yg baru. Hidup rakyat berbilang kaum akan bertambah makmur dan negara bertambah maju.
Ye ke, tak la. Pas elok je makin rapat haaa.
Betoi.
Dlm keadaan ekonomi cam skng, pas makin rapat dgn umno.
Post a Comment