Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN KAWAN MEREKA MEREKA SEMUA MUSUH

Sertai Pakatan atau BN ibarat memikul biawak hidup
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang.
 
MARANG - "Pas tidak bersama Pakatan Harapan kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya manakala di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau oportunis," demikian tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi dalam satu kenyataannya hari ini, sekaligus mengulangi pendirian parti itu untuk tidak menyertai PH malah BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurutnya, Pas juga tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertai parti itu dan BN kini memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakit serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat Pas.

Ahli Parlimen Marang itu turut menyifatkan menyertai BN laksana memikul biawak hidup walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telahpun keluar dan menyertai PH.

"Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah," katanya.

Beliau berkata, Pas memperkenalkan konsep Politik Matang dan Sejahtera berteraskan wajib berkepimpinan Islam yang adil terhadap semua anggota masyarakat majmuk.

Beliau sebelum itu, berkata, banyak kalangan yang bertanya sikap Pas di antara memilih bersama PH atau BN dan hanya pihak lain sahaja berdilema berkenaan Pas, menandakan Pas diminati semua. Adapun Pas, sedikitpun tidak keliru bagi menentukan sikapnya.

"Pas sejak penubuhannya mewarisi para pemimpin yang berpengalaman dengan semua keadaan, sejak zaman penjajah sehinggalah selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya.

Beliau berkata, di zaman penjajah dahulu, sama ada British atau Jepun mereka yang menjadi pemimpin Pas sebelum penubuhannya berada dalam PKMM pernah bertahaluf dengan kumpulan Nasionalis, Sosialis, sehinggalah Komunis, akhirnya dirungkaikan.

Menurutnya, mereka yang tidak memahami konsep tahaluf, masuk hutan bersama komunis. Adapun yang beristiqamah menubuhkan Hizbu Al Muslimin yang akhirnya diharamkan oleh penjajah, yang bakinya bersama Umno.

"Ketika Pas ditubuhkan 1951, memuncaknya perjuangan menuntut pilihan raya segera melalui pendekatan politik damai, Pas bertahaluf bersama IMP dan Perikatan (Umno, MCA dan MIC), sehingga Dr Burhanuddin Al Hilmi bersama Prof Zulkifli Mohamad, Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Datuk Onn Jaafar menyertai Persidangan Afro Asia dan turut mendukung perjuangan kemerdekaan.

"Apabila PRU pra kemerdekaan1955, Pas bersendirian di mana semua komponen Pakatan Harapan belum lagi menjadi janin untuk dilahirkan," katanya.

Katanya, selepas kemerdekaan Pas bersendirian dan mencapai sedikit kejayaan dalam PRU 1959, apabila berjaya memerintah Terengganu dan Kelantan dan menjadi pembangkang di Parlimen bertahaluf dengan Parti Negara dipimpin Al Marhum Datuk Onn Jaafar, Bekas Presiden Umno.

Menurutnya, ketika penubuhan Malaysia berlakon konfrontasi dengan Indonesia, Pas bertahaluf dengan kumpulan pembangkang menolak penubuhan Malaysia dan mahukan Melayu Raya. Mereka yang tidak memahami konsep Tahaluf terus menyokong Sukarno bersama kumpulan pembangkang lain dan yang beristiqamah terus bersama Pas.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Cakap orang yg tak guna otak. Lupa agaknya syaitan sentiasa berusaha melemahkan kamu. Syaitan sentiasa meniupkan di telinga dan hati kamu supaya kamu menjadi ego, pendendam, takbur dan bongkak.

Anonymous said...

Anon 4.47. Kamu lupa syaitan dah berjaya membisikkan kamu supaya membenci islam dan ulama.

Anonymous said...

Anon 6.01.
Saya tak pernah benci Islam. Tapi saya benci org yg mengaku Islam sedangkan perangai mereka kerap tidak melambung mereka Islam yg baik. Islam bukan hanya di mulut tapi mesti diamalkan melalui perbuatan juga kerana Islam itu meliputi semua cara hidup.

Lone ranger pomen said...

Wow. Sopan betul ulamak sekarang ni. Ingat kilang CERMIN dah tutup kot. Pikul biawak lagi mulia dari tikam kawan dari depan belakang. Depan2 boleh sedondon dan tersenyum. Bila takde depan mata, biawak dikatanya. Ni jgn kata nak buat kawan. Nak buat org gaji pun kena taruk cctv satu rumah. Bahaya.

Lone ranger pomen said...

Jgn pulak cakap saye benci islam ye. Pasal pas bukan agama, tapi gunakan agama. Agama mane yg cakap rasuah tak pe. Tapi jgn tak sembahyang. Dosa dan akibat tak sembahyang cuma ditanggung diri sendiri dan keluarga. Tapi dosa dan kesan rasuah akan melingkup kan satu negara.

Anonymous said...

Benci perangai ahli-ahli parti tidak membawa benci kepada agama. Bila ahli-ahli parti samakan parti dengan agama bermakna ahli-ahli parti sedang menghina agama. Mohon beristigfar mudah-mudahan Allah mengampunkan kita semua.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.