Sertai Pakatan atau BN ibarat memikul biawak hidup
MARANG - "Pas tidak bersama Pakatan Harapan kerana bercanggah dengan
dasar dan konsepnya manakala di dalamnya ada parti dan pemimpin yang
terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau
oportunis," demikian tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi dalam satu kenyataannya hari ini, sekaligus mengulangi
pendirian parti itu untuk tidak menyertai PH malah BN dalam menghadapi
Pilihan Raya Umum Ke-14.
Menurutnya, Pas juga tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertai
parti itu dan BN kini memerintah negara dengan bebanan masalah dan
penyakit serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat Pas.
Ahli Parlimen Marang itu turut menyifatkan menyertai BN laksana memikul
biawak hidup walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah
dalam BN telahpun keluar dan menyertai PH.
"Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah," katanya.
Beliau berkata, Pas memperkenalkan konsep Politik Matang dan Sejahtera
berteraskan wajib berkepimpinan Islam yang adil terhadap semua anggota
masyarakat majmuk.
Beliau sebelum itu, berkata, banyak kalangan yang bertanya sikap Pas di
antara memilih bersama PH atau BN dan hanya pihak lain sahaja berdilema
berkenaan Pas, menandakan Pas diminati semua. Adapun Pas, sedikitpun
tidak keliru bagi menentukan sikapnya.
"Pas sejak penubuhannya mewarisi para pemimpin yang berpengalaman
dengan semua keadaan, sejak zaman penjajah sehinggalah selepas negara
mencapai kemerdekaan," katanya.
Beliau berkata, di zaman penjajah dahulu, sama ada British atau Jepun
mereka yang menjadi pemimpin Pas sebelum penubuhannya berada dalam PKMM
pernah bertahaluf dengan kumpulan Nasionalis, Sosialis, sehinggalah
Komunis, akhirnya dirungkaikan.
Menurutnya, mereka yang tidak memahami konsep tahaluf, masuk hutan
bersama komunis. Adapun yang beristiqamah menubuhkan Hizbu Al Muslimin
yang akhirnya diharamkan oleh penjajah, yang bakinya bersama Umno.
"Ketika Pas ditubuhkan 1951, memuncaknya perjuangan menuntut pilihan
raya segera melalui pendekatan politik damai, Pas bertahaluf bersama IMP
dan Perikatan (Umno, MCA dan MIC), sehingga Dr Burhanuddin Al Hilmi
bersama Prof Zulkifli Mohamad, Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Datuk Onn
Jaafar menyertai Persidangan Afro Asia dan turut mendukung perjuangan
kemerdekaan.
"Apabila PRU pra kemerdekaan1955, Pas bersendirian di mana semua
komponen Pakatan Harapan belum lagi menjadi janin untuk dilahirkan,"
katanya.
Katanya, selepas kemerdekaan Pas bersendirian dan mencapai sedikit
kejayaan dalam PRU 1959, apabila berjaya memerintah Terengganu dan
Kelantan dan menjadi pembangkang di Parlimen bertahaluf dengan Parti
Negara dipimpin Al Marhum Datuk Onn Jaafar, Bekas Presiden Umno.
Menurutnya, ketika penubuhan Malaysia berlakon konfrontasi dengan
Indonesia, Pas bertahaluf dengan kumpulan pembangkang menolak penubuhan
Malaysia dan mahukan Melayu Raya. Mereka yang tidak memahami konsep
Tahaluf terus menyokong Sukarno bersama kumpulan pembangkang lain dan
yang beristiqamah terus bersama Pas.
6 orang berkata:
Cakap orang yg tak guna otak. Lupa agaknya syaitan sentiasa berusaha melemahkan kamu. Syaitan sentiasa meniupkan di telinga dan hati kamu supaya kamu menjadi ego, pendendam, takbur dan bongkak.
Anon 4.47. Kamu lupa syaitan dah berjaya membisikkan kamu supaya membenci islam dan ulama.
Anon 6.01.
Saya tak pernah benci Islam. Tapi saya benci org yg mengaku Islam sedangkan perangai mereka kerap tidak melambung mereka Islam yg baik. Islam bukan hanya di mulut tapi mesti diamalkan melalui perbuatan juga kerana Islam itu meliputi semua cara hidup.
Wow. Sopan betul ulamak sekarang ni. Ingat kilang CERMIN dah tutup kot. Pikul biawak lagi mulia dari tikam kawan dari depan belakang. Depan2 boleh sedondon dan tersenyum. Bila takde depan mata, biawak dikatanya. Ni jgn kata nak buat kawan. Nak buat org gaji pun kena taruk cctv satu rumah. Bahaya.
Jgn pulak cakap saye benci islam ye. Pasal pas bukan agama, tapi gunakan agama. Agama mane yg cakap rasuah tak pe. Tapi jgn tak sembahyang. Dosa dan akibat tak sembahyang cuma ditanggung diri sendiri dan keluarga. Tapi dosa dan kesan rasuah akan melingkup kan satu negara.
Benci perangai ahli-ahli parti tidak membawa benci kepada agama. Bila ahli-ahli parti samakan parti dengan agama bermakna ahli-ahli parti sedang menghina agama. Mohon beristigfar mudah-mudahan Allah mengampunkan kita semua.
Post a Comment