Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO CAM TU MUKTAMAR TAK PAYAH TEGANG LEHER BINCANG PERHUBUNGAN PKR DAN PAS

Majlis syura yang putuskan nasib Pas, PKR
 Hashim Jasin
Hashim Jasin

ALOR SETAR - Hanya Majlis Syura Ulama Pas yang akan membuat keputusan sama ada Pas perlu memutuskan hubungannya dengan PKR atau sebaliknya, kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.

Beliau berkata walaupun Muktamar Agung Pas penghujung April ini akan memutuskan kata sepakat daripada perwakilan mengenai perkara itu namun ia mesti mendapat keputusan majlis berkenaan selepas itu.

"Pas ada garis panduannya untuk memutuskan sebarang keputusan untuk berkawan dengan siapa, mahu berlawan dengan siapa ataupun mahu berkecuali untuk berkawan.

"Majlis Syura lah akhirnya akan membuat penilaian dan menilai sama ada menerima atau tidak apa-apa ketetapan daripada muktamar nanti.

Pas bukan parti yang bodoh kerana kita boleh menilai sesuatu itu sama ada baik atau tidak," katanya pada perasmian mesyuarat Pas Kawasan Kuala Kedah di sini, petang ini.

Hashim berkata walaupun ketika ini semua kawasan sedang mengadakan mesyuarat di peringkat masing-masing, terpulanglah kepada mereka membuat usul untuk tidak bersama PKR atau mana-mana parti yang lain bagi dibincangkan pada muktamar nanti.

Katanya biar perwakilan pada muktamar nanti menyuarakan pandangan mereka dan membuat keputusan yang kemudiannya akan dimuktamadkan selepas itu.

Sementara itu, Hashim berkata, Pas tidak kisah siapa yang akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 selepas BN memutuskan ia akan kekal sebagai RUU persendirian.

"Kalau Lim Kit Siang mahu bentangkan pun tidak apa kerana (bekas mursyidul am Pas) Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata Pas menerima sesiapa sahaja yang mahu menolong termasuklah syaitan," katanya.

Beliau berkata, apa yang penting adalah matlamat untuk memartabatkan Mahkamah Syariah itu tercapai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata kerajaan tidak akan membentangkan pindaan RUU itu di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian.

Kata, Najib ia susulan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu. - Benama

21 orang berkata:

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2104] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 900 JUTA , wassalam.


Lan said...

MSU buat keputusan . Elok lah tu . Yg dok dalam MSU siapa ? Din Ayam , Nik bduh , niki amore , din Audi , presideng ( ulamak kereta mewah ) ....belum mesyurat pun dah boleh agak keputusannya ....cuma ayat arab apa yg nak d gunakan belum tau . Muktamar ...nak buat apa dengar cakap akar umbi . 90j buka dapat dekat dia orang pun . X gitu Din Ayam oiiii ??

Anonymous said...

Lan.. bahasa awak melambangkan perangai awak.. kami orang islam boleh bersabar dan minta perlindungan Allah dari segala fitnah.

Lan said...

Apa kah bahasa ulamak awak tu .........pengkhianat , munafik , kafir hatta biawak sekalipun melambangkan perangai ulamak . Lu fikirlah sendiri bro ..... Jangan hanya kerana nak pertahankan Ruu355 yg sendiri di akui sebagai bukan hudud maka dah mengaku pejuang islam ....

Lan said...

Tambah sket . Wa ni bukan ulamak ....ustaz pun bukan . Tapi kalau di ambil hujah lu . Bahasa melambangkan perabgai . Agak2 lu lah , Bahasa Presideng lu tu ....yg kata biawak ...agak2 perangai dia macam apa ? Jangan marah ....itu hujan lu ....hujah makan diri ....

Anonymous said...

Tuang Presideng PA$ kalo petik nama2 binatang di mulutnya kesemua menggambarkan diri ketua lebai tu sendiri..babi dlm bukit, anjing menyalak bukit, biawak lidah bercabang. Barua, broker, kafir dan byk lg.

Satu jari tunjuk kat org 4 lg tunjuk kat diri ketua lebai munafik tu. Allah buka hijabnya krn peralatkan agama.Fikir2kan..

Anonymous said...

Lebai dia tu doktor vaterina kot?
Tu yg suka sgt sebut nama binatang.

Anonymous said...

Kami orang melayu ada peribahasa. Biawak hidup tu peribahasa.. lebih baik awak banyak belajar lagi bahasa melayu. Sedih la kalau warga malaysia tak faham bahasa..

Anonymous said...

Ada tak peribahasa anjing menyalak babi dalam bukit yg tuan guru ko sebut dulu tu? Tu peribahasa org majlis ulamak ke?

Anonymous said...

Kalo level lebai gunalah kiasan yg molek2 di dgr sesuai dgn akhlak Islam..Ohh lupa pulak sejak lebai2 jual agama dpt 90juta, PAS skrg mengamalkan politik NATANG. Patutlah dlm PA$ banyak keldai2 tunggangan.

Lone ranger pomen said...

Nak tambah ke. Bahasa bengkel lagi teruk. Kalau tak tahan meleleh air hidung mendengar nya. Tak caya pegi lepak bengkel 1 hari.

Anonymous said...

Politik NATANG kenalah selalu sebut nama binatang. Lagi byk sebut nama binatang, lagi afdal.

Lone ranger pomen said...

Kata pas tak bodoh. Utk org pakai yg ada biawak. Utk diri sendiri pakai bertegang urat. Pakai la anjing menyalak bukit. Pilih pilih lak ye.

Anonymous said...

Kat tempat ana pun sama. Ana baruakan aje org yg lawan ana. Kalu orang kritik ana, ana anjingkan je. Kalu orang nasihat ana, ana babikan aje. Ana ikut peribahasa tg ana.

Anonymous said...

Hahaha...
Contohnya, pas ni spt anjing nenyalak bukit.
Kan sedap bunyi peribahasa tu.
Kan?

Anonymous said...

Dia dah jadi barua amno.
Cantik peribahasa ni.

Anonymous said...

Niki amore tu sapa?
Peminat jermen ke?
Kompius aku.

Anonymous said...

Elehhhh bhaiii, org politik ni klu tak menipooo tak sah, bhaii. Kadang2 lagi tinggi serban, lagi tinggi dia punya belit.

Nak cari duit bagi makan anak bini, bhaii. Lagi banyak bini, lagi byk nak pakai duit, lagi byk belitnya, lagi tinggi serbannya.

Anonymous said...

Ulamak dan pejuang islam sebenar kalau ikhlas nak mendaulatkan islam, dia akan buat dengan penuh berhemah dan sopan santun.

Yg mengaku ulamak dan pejuang islam dgn cara maki hamun, mengkafir tu boleh tolak ke laut. Itu pejuang syaitan.

Anonymous said...

Ulamak dan pejuang Islam sebenar pasti ramai antara mrk dah jd penghuni, merengkok dlm penjara kalo ikhlas dlm perjuangan memertabatkan Islam.

Ulamak2 hamPA$ hidup bermewah2, berjuang spt syaitan bisu atas kerusi empuk beraircond di parlimen.

Bila menjelang pru, ulamak2 hamPA$ mula terpekik terlolong melacurkan agama utk raih undi org melayu. Inilah namanya pejuang syaitan bertopengkan serban dan jubah.

Unknown said...

ysl handbags
michael kors handbags outlet
hollister clothing
ed hardy
ray ban sunglasses outlet
true religion
kate spade
mcm outlet
replica watches
under armour
20174.15wengdongdong

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.