SPRM digesa siasat kekayaan keluarga mahathir
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa
melakukan siasatan segera terhadap kekayaan luar biasa yang dimiliki
keluarga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Shah Alam, Wan Mohamad
Ashraf Nasjaruddin, siasatan itu perlu agar rakyat mengetahui sama ada
Mahathir seorang yang pemimpin yang bersih atau sebaliknya.
"Dari maklumat yang kita perolehi, keluarga Dr Mahathir memiliki 488
syarikat di dalam negara. Ini termasuk yang dimiliki Dr Mahathir sendiri
serta empat anaknya.
"Maka, kita desak siasatan segera dan telus dapat dilakukan oleh SPRM
sebelum tibanya PRU14," katanya pada sidang media selepas membuat
laporan dan menyerahkan dokumen kepada SPRM, di sini semalam.
Wan Mohamad Ashraf berkata, beliau tidak takut dengan pendedahannya itu
dan bersedia berdepan dengan sebarang tindakan oleh partinya.
"Bagaimana saya dapat maklumat itu, tidak perlu tahu tetapi isi kandungan itu yang perlu diambil tahu.
"Kalau dipecat sekalipun, saya tiada masalah kerana kami berjuang atas nama rakyat Malaysia
"Saya sama sekali tidak akan bertindak keluar parti," katanya yang menyertai Bersatu sejak awal penubuhannya tahun lalu.
Menurutnya, biarpun isu kekayaan luar biasa keluarga Mahathir telah
lama di bangkitkan, namun sehingga kini tiada penjelasan mengenai
perkara itu.
"Bukannya kami tidak pernah bangkitkan isu ini, tetapi mereka (pemimpin atasan) tidak pernah menjawab pertanyaan kami.
"Sebelum ini Exco Armada membuat kenyataan dalam sidang media. Malangnya mereka di dituduh sebagai pengkhianat.
"Di mana demokrasi dan kebebasan bersuara dalam parti, sedangkan ahli di akar umbi mahukan jawapan," soalnya.
4 orang berkata:
Sprm takde telo. Patut siasat semua termasuk dedak rm90juta yg masuk ke affin bank.
X payah pakai baju bersatu lah, yg lapor ni org umno yg menyamar utk merosakkan bersatu dari dalam.
Ehhh ada ketua bhg umno dlm gambar tu...mcm kenal je. Sejak bila dia ni ahli bersatu?
Diharap asyraf dapat buat laporan kpd sprm tentang kekayaan anak najib serta isterinya sekali. Jgn lupa jugak buat laporan kekayaan anak hadi sekali. Minta sprm siasat sebelum pru14. Tq
Mulanya memang masuk bersatu. Tapi tewas sbb ada tawaran dedak yg menggiurkan.....
Cam abang tuang hj presdeng pengerusi parti agama zimbabwe (PAZ) jugokkk ....
Post a Comment