Permohonan BNM siasatan tertutup ditolak
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) memulakan siasatannya
hari ini dengan menolak permohonan Bank Negara Malaysia (BNM) agar
prosidingnya ditutup kepada media dan orang ramai selepas dua laporan
dikemukakan saksi.
Pengerusi panel RCI lima anggota itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan
berkata, Seksyen 21 (2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 “menyebut bahawa
semua keterangan yang dikemukakan semasa siasatan merupakan keistimewaan
mutlak dan tidak boleh dikenakan pendakwaan atau saman.”
Kata beliau, tiada guna RCI diwujudkan jika semuanya diklasifikasikan sebagai rahsia.
Mohd Sidek berkata, orang ramai dibenar terus mengikuti prosiding itu,
tetapi dokumen tidak boleh diberi kepada orang lain, kecuali kepada
pesuruhjaya.
"Ini adalah siasatan dan tiada siapa yang dibicarakan, maka kami
meneruskannnya untuk mencari kebenaran. Kami mempunyai masa yang sangat
terhad untuk menyelesaikan urusan ini menjelang Oktober,” katanya.
Mohd Sidek, yang juga pengerusi Petronas, dibantu Hakim Mahkamah
Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa
Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas
Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota
Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan.
Setiausaha suruhanjaya itu ialah Datuk Dr Yusof Ismail, Setiausaha
Bahagian, Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan.
Pada 15 Julai tahun ini, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan
terhadap penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat kerugian dialami Bank
Negara Malaysia dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an mengikut
Akta Suruhanjaya Siasatan.
Peguam Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili BNM, meminta suruhanjaya itu
menggunakan kuasanya untuk tidak membenarkan orang ramai dan media
mengikuti prosidingnya kerana dua laporan berkenaan diklasifikasikan
terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Hock Chuan berkata, dua saksi akan mengemukakan laporan berkaitan urus
niaga mata wang asing antara 1988 dan 1994, tetapi, menurut beliau,
laporan berkenaan terletak di bawah OSA.
Katanya, Seksyen 8 (g) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 tidak
membenarkan orang ramai dan media mengikuti bahagian siasatan itu.
Beliau memberitahu, panel siasatan itu bahawa kedua-dua laporan
berkenaan diklasifikasikan terletak di bawah OSA dan RCI tidak mempunyai
kuasa untuk mengubah status laporan berkenaan.
Oleh itu, kata beliau, kandungannya tidak boleh dikemukakan sebagai keterangan.
Dua laporan berkenaan ialah Urusan Perakaunan mengenai Kerugian
Berpunca Daripada Pengurusan Rezab Aktif 1988-1994 dan Laporan Audit
mengenai Bahagian Operasi Mata Wang Asing, Jabatan Perbankan dan
Cawangan Pemprosesan bertarikh 21 Januari 1994.
Hock Chuan berkata, kesemua pesuruhjaya mempunyai kekebalan penuh,
tetapi dua saksi berkenaan tidak mempunyai kekebalan dan mereka boleh
berdepan dengan prosiding undang-undang sekiranya mereka mendedahkan
kandungan laporan yang diklasifikasikan terletak di bawah OSA.
"Tuan meminta mereka (dua saksi berkenaan) melanggar OSA. Tuan tidak boleh memaksa mereka," katanya.
Pegawai pengendali tidak berhujah tentang isu itu. - Bernama
7 orang berkata:
Yg kebal cuma 1mdb-dijaga oleh najib dan jho low, dijamin halal oleh lebai hadi dan disokong oleh walaunta ekstrimis yg gila nak mati syahid.
Golongan pancacai dan "baruah2" dap lgbt sudah meroyan dan kepanasan seoerti anon 11.21. Dalam keadaan seronok fitnah pm dan pas isu 1mdb dan dedak 90 juta,,tup2 isu bnm rugi urusniaga forex berpuluh billion sehingga diakui bank dunia skandal terbesar industri bank dunia rupanya2 didalangi tun maha....dan anwar aljuburi ,,dua otai auta dan kaki kelentong yg dipuja2 baruah2 dap....ha ha...lagi rci memali yg mana tun m adalah dalang sebenar akan ditubuhkan lagi,,,,,baruah2 anjing kurap dap yg dahulunya org pas gila meroyan jadinya.
BN yg melingkup duit forex, bunuh org memali, melingkup perwaja steel, melingkup 1mdb. Pas melingkup balak, pijak org asli, aniaya org kelantan. Elok sangat la bn dan pas bersatu padu atas nama islam. Takbirrr.
Politik menjelang pru14
Fitnah2 macam ni aku suka korang war2kan.. sebelum ni dah byk kali fitnah2 yg seumpama ini disebarkan.. alhamdulillah sehingga tinggal 1% sahaja kini sokongan kpd pan..
Pernah dengar tak atgna kata kalau syaitan nak membantu kerja2 islam pun kita terima.. jadi bila dah termakbul hingga sokongan pan tinggal 1% shj di mana ini amat baik utk islam, siapalah gamaknya yg telah jadi syaitan ni sebenarnya?
Ni pas kena buat rci ni
Rci 1% ke? Keh keh
Post a Comment