NI POLIS KENA JAWAB !
-Pak Karamu-
DAP salahkan polis insiden kekecohan Ahad lalu
KUALA LUMPUR - Aspek keselamatan dalam forum Nothing to Hide 2.0 Ahad lalu didakwa merupakan tanggungjawab polis.
Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh berkata, adalah tidak adil untuk
polis menyalahkan penganjur tidak menjaga aspek keselamatan.
"Adalah jelas apabila mana-mana parti politik sama ada BN atau Pakatan
Harapan anjurkan sebarang aktiviti, menjadi tanggungjawab semua termasuk
polis yang bertugas untuk menjaga keselamatan dan memastikan program
berjalan lancar.
"Polis sepatutnya menyiasat siapa yang mulakan kekecohan kerana mereka
yang bertanggungjawab. Janganlah menuding jari dan cuba alihkan
kesalahan kepada penganjur," katanya dalam sidang media di sini, hari
ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar bahawa aspek keselamatan dalam forum Nothing to Hide
2.0 merupakan tanggunggjawab penganjur.
Menurut Khalid, polis akan memanggil pihak penganjur iaitu Armada Bersatu kerana dilihat gagal mengawal aspek keselamatan.
Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, penganjur telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
"Keempat-empat pasukan keselamatan dari Pakatan Harapan telah aturkan
supaya mempunyai anggota yang cukup untuk kawal keselamatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Tindak DAP, Eddie Ng berkata, penganjur telah
mengikut arahan oleh polis Shah Alam dan menyediakan 150 anggota
keselamatan.
"Tak adil nak tolak tanggungjawab kepada penganjur kerana tak kira apa
keadaan, polis merupakan anggota yang wajib jaga keselamatan," katanya.
3 orang berkata:
Dunia2.
Money is the King
Ingat.,
Money is the King
Kalau polis tidak dipertanggung jawabkan habis bayar gaji 42 anggota polis yang ditempatkan disitu buat apa????
Buat bodoh
Post a Comment