'Kit Siang, kamu lahir di mana?'
BATU PAHAT - Penasihat DAP, Lim Kit Siang didesak supaya
berterus-terang tentang tempat kelahirannya berikutan desas-desus yang
mendakwa beliau tidak dilahirkan di negara ini.
Desas-desus berkenaan turut dimuat naik di laman media sosial dan
mendakwa beliau hanya datang ke negara ini pada tahun 1957, namun
kemudiannya ia disunting dan menyatakan Kit Siang lahir di negara ini.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata,
pihaknya ingin mengetahui status sebenar yang pemimpin DAP berkenaan
lahir di Malaysia atau ‘ditibakan’ sahaja di negara ini.
Katanya, itulah sebab pihaknya membuat laporan polis, dan laporan
berkenaan dilakukan pada minggu lalu di Petaling Jaya, manakala semalam
mereka bertemu dengan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu
Pahat untuk siasatan dapat dilakukan secepat yang mungkin.
“Sebelum laporan polis dibuat, laman sosial menyatakan yang Kit Siang
tiba di Malaysia pada tahun 1957, tetapi selepas laporan polis dibuat
semua diedit balik dan menyatakan beliau dilahirkan di Malaysia.
“Jadi persoalannya mengapa perlu diubah…semua boleh melihat ianya
diubah dan ini boleh menimbulkan satu keraguan, jika dia ‘ditibakan’
beritahu sahajalah…kalau dilahirkan beritahulah, lahir dekat
mana…hospital mana…bidannya siapa…dan siapa yang mengesahkan kelahiran,
mudah dan ianya amat mudah serta tidak perlu dolak-dalih.
“Jadi benar, seharusnya dia tidak perlu berbangga jadi rakyat Malaysia
dan tidak ada alasan untuk berdolak-dalih, saya berharap polis boleh
menyiasat secepat yang mungkin untuk mengetahui status sebenarnya,”
katanya ketika sidang media, hari ini.
Sidang media berkenaan di lakukan di hadapan IPD Batu Pahat selepas
pertemuan pimpinan pertubuhan terbabit mengadakan pertemuan dengan polis
di sini, yang turut dihadiri oleh Pegawai Tindakan Khas pertubuhan,
Shafik Abdullah.
Tambahnya lagi, pihaknya kini sedang menunggu keputusan siasatan polis
dan kalau terbukti yang Kit Siang ‘ditibakan’ daripada China serta
bukannya dilahirkan di Malaysia, pihaknya tidak teragak-agaknya untuk
menghantar memorandum kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar.
“Jika terbukti dia tidak di lahirkan di sini, kita minta Tuanku halau
beliau dari bumi Johor, kerana ia memalukan bangsa Johor dan seterusnya
ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) minta lucutkan statusnya,”
Sementara itu, menurut Shafik pula dia ingin Kit Siang tidak terus
berdiam diri dan terus menjawab tempat lahir beliau, sebab kenyataannya
sebelum ini banyak yang bercanggah.
“Beliau menyatakan, sekejap lahir di Melaka…sekejap lahir di Batu
Pahat, kami sekarang ini mahukan pengakuan daripada beliau secara
bertulis supaya yang diakui itu adalah yang benar,” katanya.
4 orang berkata:
ramesh roa lu lahir dimana,imdia ka atau mana mana estet
Pak karam dan bngook dah mula main isu bangsa dan kaum pulak. Tak ada kerja lain selain buat provokasi dan mengganggu keamanan masyarakat majmuk di malaysia. Suka kot tengok malaysia kacau bilau.
Dah tua pun bodoh
pak karamu sekarang dah jadi bloger batu api, penghasut pengutuk .....
Bila melayu persoalkan kelahiran org cina, dikatakan boleh timbulkan kacau bilau tapi bila cina persoalkan hukum islam, pan buat2 tak dengar.. dasar barua dap! Ntahlaa..
Post a Comment