BILA TUN MAHADHIR GADUH DENGAN KU LI MAKA SEMANGAT 46 DITUBUH.
BILA TUN BERGADUH DENGAN ANUAR, MAKA PKR DITUBUH.
BILA TUN GADUH DENGAN NAJIB, MAKA BERSATU DITUBUH.
BILA PARTINYA BUAT PROGRAM NOTHING TO HIDE MAKA DIA TAK BOLEH JAWAB.
BILA ADA CADANGAN SUPAYA MELAWAT MAKAM KAT MAMALI, DIA RASA SERAM ?
NI MAHADHIR PANDAI KONA SANA KONA SINI AKHIRNYA RAKYAT MALAYSIA TAHU SIAPA MAHADHIR DAN BERSATU.
NI JADI MODAI PRU 14 BAGUS NI ! ADA BUKTI ! YANG PARTI BERSATU DIKETUAI OLEH ORANG MAHADHIR !
-Pak Karamu-
Berehatlah Tun, henti pecah belahkan Melayu
KOTA BHARU – Tun Mahathir Mohamad dinasihatkan untuk berehat dan beri
ruang kepimpinan negara kini meneruskan pembangunan daripada terus
memecah belahkan bangsa Melayu dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia , Datuk Shahrul Nasrun
Kamarudin berkata, jelas apa yang berlaku dalam Nothing to Hide 2.0
adalah kelemahan pihak penganjur Armada Bersatu itu sendiri.
“Janganlah berfikiran singkat dan kurang cerdik dengan mempersalahkan
Umno segalanya. Adakah percetakan kemeja Bersatu datang dari kilang
Umno? Adakah Umno yang membuat jemputan?
Jangan hanya gah dengan tajuk
program sahaja, tetapi tidak mampu untuk menjawab soalan dengan jujur
dan terbuka,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Menurutnya, permainan politik program ini hanyalah semata-mata mahu
menyelamatkan Tun M daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tun M akan
memberitahu bahawa segalanya telah dijawab secara terbuka oleh beliau
semasa program tersebut.
Beliau berkata, sudah cukup untuk Tun M meneruskan niat memecah
belahkan bangsa Melayu umat Islam kerana akhirnya bangsa hari ini akan
menjadi minoriti di bumi sendiri.
“Adakah Tun lupa tertubuhnya Semangat 46 kerana perebutan kuasa Tun
bersama Tengku Razaleigh dan Umno serta BN tewas di Kelantan. Adakah
Tun lupa tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat kerana pemecatan Datuk Seri
Anwar Ibrahim dari Umno sehingga BN tewas di Selangor, Terengganu dan
Pulau Pinang.
“Hari ini Tun sendiri menubuhkan Parti Bersatu kerana kerakusan kuasa
dan harta. DAP tidak pernah menang majoriti di dalam PRU dan mereka tahu
untuk menjatuhkan parti BN adalah dengan menggunakan orang Melayu
sendiri.
5 orang berkata:
Tun memang jahat PAS berpecah dan tertubuhnya AMANAH pun sebab Tun juga, lepas ni tak tahu apa Tun nak buat, telor bawah perut sendiri tak nampak sebab perut buncit, telor bawah perut orang saja yang nampak.....
Biarkan melayu dlm dunia melayu
Tapi tahun 1980an madey tak keluar fuckwa kafirkan ahli parti lain gantung kat dinding. Madey tak solat 2 imam.
Memang tak perlu fatwa kalau nak bunuh org memali..
Pas berpecah sebab ada pengkhianat langgar sumpah baiah.. simple
Post a Comment