Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMALI BUKAN LUKA KECIL, TAPI LUKA BESAR

PENGADILAN MEMALI ADALAH UNTUK KEADILAN, BUKAN KESAH DAN AGENDA POLITIK. BOLEH FAHAM ?

KUMPULAN LAIN JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN PAS, JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG.

TEMGOK TEPI KAIN SENDIRI YANG SEMAKIN BAU DAP&BERSATU.

APAPUN PAS WAJIB ULANG BALIK UCAPAN  ORANG PAN YANG KETIKA DULU TELAH MEMBUAT UCAPAN KETIKA MEREKA BERADA DIDALAM PAS TENTANG MEMALI

 

-Pak Karamu-

 

 Desak laksana tujuh tuntutan isu Memali

0
  Desak laksana tujuh tuntutan isu Memali
Muhamad Sanusi (dua, kanan) pada sidang media, kelmarin.
 
BALING - Pas Kedah mengulangi tujuh desakan terhadap kerajaan dalam menyelesaikan isu tragedi Memali pada 1985.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pertama, kerajaan mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua mangsa dan waris Memali.

“Pas juga mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali secara adil dan telus di luar pengaruh politik seterusnya mendakwa pihak terbabit di mahkamah,” Katanya.

Beliau berkata demikian selepas ceramah isu Memali: Luka Lama Bukan Luka Kecil di Parit Panjang, kelmarin.

Menurutnya, desakan ketiga fakta kerajaan melalui Kertas Putih Memali diperbetulkan.
“Pas Kedah berpendirian, peristiwa berdarah mengorbankan 14 syuhada dan empat anggota polis adalah satu kesilapan besar pihak pemerintah.

“Kesilapan ditutup dengan laporan direka dalam Kertas Putih Memali (Kertas Perintah 21 tahun 1986- Peristiwa Memali) dan dibentang dalam Parlimen tahun itu,” katanya.

Tegasnya, semua waris syuhada dan ahli keluarga terlibat dalam peristiwa itu perlu dibayar pampasan yang munasabah.

Katanya, selepas tiga dekad, kerajaan hanya membayar wang sagu hati sekali beri kepada keluarga 14 penduduk terkorban.

“Kes ini dibicara di Mahkamah Tinggi Alor Setar sebelum ke Mahkamah Tinggi Ipoh.
“Setiap keluarga hanya dibayar RM23,000,” katanya.

Tambahnya, dua lagi desakan perlu diberi perhatian ialah harta benda dan wang ringgit madrasah dirampas perlu dikembalikan. Manakala nama-nama mangsa perlu dibersihkan.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Ya memali mmg luka besar, parut masih berdarah. Pas wajib saman parti perintah yg bertanggungjawab dlm trajedi di memali, sila saman umno/bn, tuntut rm90juta utk setiap mangsa memali.

IrWrWs said...

Kau ni baru lahir kut.. pas sudah mengambil segala tindakan yg perlu sebelum ini.. tapi kau tak tahu sebab zaman tun m kau belum lahir lagi tu yg tak tahu..

IrWrWs said...

Lagi satu apalah sangat rm90 juta seorang mangsa memali jika dibandingkan dgn rm83 bilion SEORANG!

Anonymous said...

Org besar ambik bilion.
Toyol kecik2 ambik tabung kecik2

Anonymous said...

Isu memali kena saman kerajaan Malaysia...faham.
Berani atas kerajaan Malaysia. Dan bila tertubuhnya RCI , batulah dipanggil individu berkaitan.
Apa kena mengenanya dgn parti tertentu.
Agak2 boleh ke?
Ramai yang sangkut dan bertambah kusut

IrWrWs said...

Fitnah2 macam ni aku suka korang org pan war2kan.. sebabnya sebelum ni dah byk kali fitnah2 yg seumpama ini disebarkan.. alhamdulillah sehingga tinggal 1% sahaja kini sokongan kpd pan..

Pernah dengar tak atgna kata kalau syaitan nak membantu kerja2 islam, pas masih boleh menerima? Oleh kerana sokongan kpd pan hanya tinggal 1% maka ini pastinya amatlah baik utk islam.. persoalannya siapalah gamaknya yg telah memainkan peranan sbg syaitan kpd dap yg menyebabkan islam lebih gemilang?

Anonymous said...

Toyol pun dah pandai pakai serban. Tuan toyol pakai serban dan janggut naik atas kepala unta

Anonymous said...

Bapak dia pun dah kata ajaran dia sesat sejak terpengaruh dwngan sorang dari aloq setaq. Pas kena tubuh rci ni

IrWrWs said...

Pak dia sokong umno lah tu.. keh keh

Unknown said...

qzz0529
canada goose outlet
tory burch outlet
supreme uk
uggs outlet
ferragamo outlet
visvim shoes
canada goose jackets
true religion jeans
cheap jerseys
canada goose outlet

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.