Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB TIDAK MAKAN HASUT

NAJIB DAN ZAHID TAK BERJAYA DIPISAHKAN WALAUPUN BANYAK FITNAH DILAKUKAN OLEH PAKATAN HARAPAN

PAKATAN HARAPAN JANGAN PUTUS HARAPAN, KOT-KOT ADAFITNAH YANG LAIN PULAK !

  NI RAKYAT NAK TUNGGU LAGI KOT-KOT ADA LAGI FITNAH NAK KASI PECAH BELAH YANG LAIN PULAK

 

 -Pak Karamu-

 

 'Saya tetap yakin dengan Zahid'

0
'Saya tetap yakin dengan Zahid'
Najib (tengah) melancarkan Jentera Barisan Nasional Bahagian Shah Alam pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam dan Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di SMK Seksyen 18 hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan keyakinan beliau terhadap timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebalik apa yang dilihat sebagai cubaan seorang bekas pemimpin negara untuk melaga-lagakan mereka.

Mereka berdua telah bersama-sama mengharungi waktu susah dan senang sejak 1986, kata Najib yang merujuk kepada semasa beliau menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum disertai Ahmad Zahid sebagai setiausaha politiknya.

Selain itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau dulu pernah membantu Ahmad Zahid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno Bagan Datoh (kini Bagan Datuk).

"Sebab itu saya ingin beritahu anda bahawa pimpinan Umno kukuh, yakinlah… saya tetap yakin pada timbalan saya (Ahmad Zahid). Kita tidak usah fikir bab ini, banyak lagi yang perlu kita lakukan," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini mendakwa Ahmad Zahid pernah menemui beliau dalam cubaan menjatuhkan Najib dua tahun lalu.

Namun Ahmad Zahid,  naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, dilaporkan berkata beliau mempunyai bukti rakaman bagi menangkis tuduhan itu.

 Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) turut memperkatakan tentang tindakan Dr Mahathir menggunakan kuasanya ketika menjadi perdana menteri apabila menahan Ahmad Zahid di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

"Bayangkan Ahmad Zahid yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia kena masuk ISA. Dia (Dr Mahathir) kemudian hantar dua SB (pegawai Cawangan Khas)  pergi jumpa Ahmad Zahid dan beritahu kalau nak keluar daripada  ISA lebih awal Ahmad Zahid perlu tandatangan surat letak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia...akhirnya dia tandatangan lepaskan jawatan," kata perdana menteri.

Najib seterusnya berkata Ahmad Zahid sekali lagi didatangi pegawai SB keesokannya dan memintanya menandatangan satu lagi surat bahawa dia meletak jawatan atas kerelaan hati.

"Ahmad Zahid ditekan ibarat pistol di letak pada kepalanya… sebab itu Ahmad Zahid tidak lupa… sebab itu tidak masuk akal dia jumpa Tun M minta sokongan untuk gulingkan saya. Ini satu fitnah sama sekali, " tegas perdana menteri.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari.

Mengenai kehadirannya pada perasmian mesyuarat hari ini, Najib berkata beliau memilih Shah Alam daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor bagi menghantar satu mesej politik. iaitu sekiranya UMNO dan BN ingin mengubah landskap politik dengan kembali berkuasa di negeri itu, gelombang kuat harus bermula di kawasan Parlimen Shah Alam.

"Jangan sampai tiga kali (kecundang dalam cubaan kembali berkuasa di Selangor). Kali ini kita bangkit semula dengan kekuatan baharu, kita rampas Shah Alam dan Selangor… jadikan negeri ini milik UMNO dan BN," katanya.

Untuk tujuan itu, Najib berkata UMNO dan BN perlu menyusun strategi dan perancangan bersepadu untuk meyakinkan rakyat Selangor bahawa pentingnya mempunyai kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan daripada parti yang sama.

Katanya, rakyat harus diperlihatkan bahawa kerajaan UMNO dan BN telah mencapai banyak kejayaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan sekiranya parti yang sama memerintah Selangor, negeri itu akan pesat membangun pada masa akan datang.

"Kita kena beritahu rakyat janji mudah, cakap mudah oleh pihak pembangkang murah nilainya, tetapi kestabilan politik dalam negara, keamanan dan keharmonian dibawa UMNO dan BN tinggi nilainya dan tidak boleh dipandang sepi," kata Najib.

Menurutnya, rakyat Selangor perlu mengetahui tentang kegagalan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat melaksanakan janji yang dibuat pada pilihan raya umum (PRU) lalu, seperti kegagalan menyediakan pendidikan percuma di negeri itu.

"Sebab itu kita akan sediakan manifesto PRU ke-14 untuk Selangor yang boleh dipercayai dan mampu dilaksanakan. Kita dah rasai keperitan jadi pembangkang dan kita nak tawar satu kerajaan lebih baik untuk rakyat Selangor," katanya.

Pada majlis sama, Najib mengumumkan peruntukan RM3 juta kepada UMNO Bahagian Shah Alam untuk melaksanakan program kemasyarakatan di kawasan parlimen itu termasuk kemudahan surau, masjid dan aktiviti rumah ibadat bagi penganut agama lain.- Bernama

7 orang berkata:

Anonymous said...

Kat mulut je. Kat dlm dup dap dup dap dup dap

Anonymous said...

NAMPAK TELINGA DAH MERAH

Anonymous said...

TIGA EKOR NAIB PRESIDEN, TIGA EKOR YANG AKUR, UCAPAN INI SEMASA PENUTUP PERHIMPUNAN AGONG UMNO DILAFAZKAN OLEH PRESIDEN UMNO. SEKARANG DAH TINGGAL DUA EKOR, SEBAB SEEKOR DAH TAK AKUR

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [3341] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 990 JUTA ,
DAN PESUGIHAN TUYUL

dNAN SAhARA said...

Ada telinga dengaq.
Ada mata tengok.
Ada akai pikiaq.
Jgn jdi tolol bongok.

Unknown said...

SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH BUDI HARTONO,KARNA BERKAT BANTUANNYA SAYA YANG DULUNYA CUMA PENGUSAHA KECIL,DAN SEBAGAI PENGUSAHA KECIL,SAYA SANGAT MEMBUTUHKAN YANG NAMANYA TAMBAHAN MODAL UNTUK USAHA,ALHAMDULILLAH ATAS BANTUAN MBAH BUDI HARTONO,YANG MEMBERIKAN PESUGIHAN DANA GAIB TANPA TUMBAL SEBESAR 10.M,KINI USAHA SAYA MAKIN BERKEMBAN,DAN SAYA TIDAK PERLU LAGI PINJAM UANG DI BANK YANG PENUH RESIKO,KINI HANYA DENGAN MELAKUKAN TRIK RAHASIA MBAH BUDI HARTONO SAJA SAYA BISA SUKSES,DENGAN PENUH HARAPAN SAYA YANG DULUNYA SELALU MENCARI-CARI TAMBAHAN PENGHASILAN,DAN SECARA TIDAK SEGAJA SAYA MENEMUKAN BEBERAPA KOMENTAR TENTANG MBAH BUDI HARTONO,DI INTERNET BISA MEMBERIKAN PESUGIHAN,KARNA PENASARAN AKHIRNYA DENGAN SISA UANG SAYA YANG TINGGAL SEDIKIT,DAN SAYA JUGA MENGIKUTI SARAN MBAH BUDI HARTONO DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH TERBUKTI,JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI MBAH BUDI HARTONO.DI 085-256-077-899 UNTUK INFO LEBIH JELASNYA BUKA BLOG MBAH

KLIK PESUGIHAN DANA GAIB TANPA TUMBAL

BANTUAN MBAH BUDI HARTONO TIDAK ADA EPEK SAMPING,AMAN TANPA TUMBAL,DAN MEMAN TIDAK ADA DUANYA WASSALAM DARI SAYA IBU HERLINA..

PAK SUKIMAN said...

Maaf jika lewat pasan ini saya publikasikan dan sampaikan kisah sukses saya.
saya seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
angka yang di berikan waktu itu 4D 
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.