Dana kes saman fitnah dari poket ahli Pas
KUALA LUMPUR - Ahli Pas merupakan penyumbang utama dana bagi kes saman
fitnah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak
Report, Clare Rewcastle-Brown.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap ahli
diwajibkan memberi sumbangan dalam program dianjurkan parti.
"Jangan takut kita dapat dana dari mana, yang pasti bukan dari Umno.
Kita dah isytihar dalam program kita, ahli Pas wajib memberi sumbangan
sebanyak RM5.
"Dalam setiap program kita lancar tabung, jadi duit saman adalah dari
poket ahli Pas," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini
hari ini.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan Rewcastle-Brown mempersoalkan
sumber dana yang diperoleh Abdul Hadi bagi mengambil tindakan
undang-undang terhadapnya di London.
Ini kerana, menurut Rewcastle-Brown, kos bagi pembiayaan guaman di United Kingdom adalah sangat tinggi.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, sumbangan daripada ahli Pas merupakan tanggungjawab dan kecintaan mereka terhadap parti.
"Ia juga sebagai tanda kemarahan terhadap fitnah yang dilemparkan kepada Presiden Pas," katanya.
April lalu, Abdul Hadi memfailkan prosiding fitnah terhadap
Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London dan telah menyerahkan saman
itu.
Saman itu bertujuan mendapatkan ganti rugi dan perintah injunksi
berikutan penyiaran satu artikel dalam portal Sarawak Report pada 6 Ogos
2016 bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many
other Criminal Connections – COMMENT”.
Artikel itu dikatakan telah mendakwa Abdul Hadi mendapat dana daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
17 orang berkata:
Pak karam dah derma ke rm5 kat tabung tin milo? Kan tn berahim cakap wajib. Ahli pas ada 1juta x rm5 = woww rm5juta
Hahaha
Atasan songlap 90 jota trus joli katak bagi bini Audi, Velfire....
Bawahan kena tanggung kos collect $5 sorang letak dlm tin milo
Kesian...siap letak harga minima sumbangan...hampehhhh
Dah wajib pulak dah....
Mana ayat quran cakap wajib bayar? Mana hadis kata wanib bayar duit saman hadi. Hadi pun pernah pil kuda jugak. Jgn temberang laa. Aku pun ahli pas, wajib bayar kot?
Derma tu sunat aje.
Tapi kalu derma hadi dah jadi wajib.
Ada surat kebenaran polis ke kutip duit kat org awam tu? Ada buat audit tak?
Kutip derma tak guna permit kalu ikut undang2 jabatan agama negeri boleh denda tak lebih 1000 atau penjara tak lebih 6 bulan. Mesti ada resit rasmi dan bernombor series.
Baruah2 kpd babi dap sudah mula kepanasan. Ha ha,,fitnah pas makan rasuah 90 juta tak laku, isu balak sprm tak layan, vellfire org beli duit sendiri, hanya babi2 baruah dap saja yg kebingungan...kenapa ahli pas sanggup berkorban? Kerana islam mengajar kami betkorban utk ugama,,org fitnah parti kami, parti islam,,kami berkorban untuknya. Baruah2 lain cerita,,hampa betkorban utk babi dap..kah kah...
Anon 0610 ko berkorban agama untuk dedak. Cerita lebih je....
hahaha
Itu hanya FITNAH yg diulang tayang.. hakikatnya sampai sekarang tiada bukti pas makan dedak.. nak harap husam dedahkan pemilik akaun affin, dia pun dah gelabah dah bila pas mula saman SR! Apa lg yg boleh diharapkan kpd para barua dap ni?
Huse batu asas tu ke?? Kih kih...apa jadi dgn projek2 huse di klate?...he he..gedegum gedegam fitnah pas,,ingat dak haritu,,dengan bangganya tunjuk gaya professional pergi us nak saman org tu, nak saman org ni,,akhir sekali dia yg gugurkan saman krn habuk pun tarak...poorah huse dan baruah2 dap penyokong mat sabu sikhalwat bini kawan dan penyokong aljuburi ....
Ayat puak umNGOK dan PIGS
Jgn ayat puak alkhalwati al juburi al kapir dap sudah lah,,umno dan pas sama2 org islam.
Bukan makan dedak la wan. Cuma melahap dedah je
Pas boleh undi umno. Umno boleh undi pas. Alhamdulillah jangan gaduh2 lagi
Betultu. Kalau blh kawin terus....
شركة قمة الدقة للخدمات المنزلية
شركة امست لمكافحة الحشرات بالخبر
شركة تنظيف مجالس بالخبر
Setuju tapi biarlah hanya kerna RUU 355.. pan ada masalah ke? Kami faham kalau pan sokong juga RUU 355 nanti dap lahanat jeling semacam je.. tak pe; mula2 takutkan manusia lama2 nanti belajar takutkan Allah pula..
Post a Comment