ISLAM TAK SAMPAI MANA JIKA BERGURU DENGAN BUKU.
DALAM KEADAAN MASYARAKAT ISLAM TERKELIRU DENGAN BERBAGAI PANDANGAN TENTANG HUKUM AGAMA, MAKA MAJLIS FATUA PULA MENJADI BISU.
DI MALAYSIA RAMAI PENGIKUT AHLI SUNAH WAL JAMA'AH, SELAIN DARIPADANYA SYI'AH DAN WAHABI. MEREKA MASING-MASING DENGAN PENDIRIAN.
MEREKA MASING-MASING BERHAK MENGEMBANGKAN AJARANNYA, SEMENTARA RAKYAT YANG TAK FAHAM HUKUM, AKAN TETAPI TERASA NAK BERCAKAP JUGA, MAKA MEREKA AKAN BERGURU KEPADA BUKU.
INILAH ISLAM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.
MERDEKAAAA !
-Pak Karamu-
Isu iftar di Gurdwara: Ikut sunnah nabi bukan tafsiran sendiri - Saifuddin
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menggesa umat Islam
untuk mengikuti ajaran dan amalan sebenar sunnah Nabi Muhammad SAW dalam
aturan isu-isu hubungan antara agama.
Saifuddin yang juga menteri
perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata panduan sunnah
nabi akan menghalang pihak tertentu daripada "merampas" pemahaman Islam.
"Perkara
agama ini kita dipandu oleh sunnah Nabi Muhammad SAW dan amalan para
sahabat. Saya sebagai seorang Muslim memberikan pandangan berdasarkan
panduan apa yang diamalkan di zaman nabi dan para sahabat.
"Saya tidak mahu memberikan pandangan berasaskan cara orang Melayu Malaysia mahu memahami berdasarkan amalan di sini.
"Jadi ada di kalangan di negara ini, ada pihak mahu memberikan tafsirannya sendiri, itu hak mereka.
"Tetapi
saya menggesa orang Islam cuba memahami ajaran sebenar Islam supaya
tidak ada orang keliru. Jadi pandangan Islam tidak 'dirampas' oleh
mana-mana pihak.
"Kalau kita ikut ajaran sebenar nabi, boleh
(hubungan antara agama). Tapi di sini, kumpulan ini kata tak boleh,
kumpulan itu kata tak boleh. Jadi kita ada masalah," katanya yang
ditemui di Bukit Mertajam selepas majlis berbuka puasa malam tadi.
Selanjutnya, Saifuddin berkata panduan sunnah nabi dan amalan para sahabat cukup jelas dalam isu ini.
Beliau
memberitahu kisah khalifah Umar al-Khatab yang menziarahi gereja ketika
pemerintahannya dan meskipun dibenarkan menunaikan solat di rumah
ibadat itu, beliau enggan berbuat demikian, sebaliknya bersembahyang di
sebelah bangunan itu.
"Beliau tidak mahu wujud salah faham di
kemudian hari mengenai hal itu. Bagaimanapun, Umar menunaikan solat di
luar gereja dan hari ini sebuah masjid dibina bersebelahan gereja," kata
MP Kulim-Bandar Bahru itu.
Menjawab soalan sekiranya orang Islam
boleh mengunjungi tempat ibadat agama lain, Saifuddin berkata
berdasarkan amalan nabi dan khalifah tiada halangan dalam berbuat
demikian: "Jawapannya, ya (boleh).
Terdahulu, beliau dimina mengulas titah terbaru Sultan Johor Sultan Ibrahim
Sultan Iskandar yang menegur MP Johor Bahru Akmal Nasir kerana hadir
majlis iftar hubungan antara agama di rumah ibadat Sikh, Gurdwara di
negeri itu pada Selasa lalu
Sultan Ibrahim bertitah tindakan itu tidak menjaga sensitiviti umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa.
Baginda juga bertitah acara seumpama itu di rumah ibadat bukan Islam membuka ruang kepada bukan Islam menyebarkan dakyah mereka.
Mengulas
hal ini, Saifuddin memetik seorang sarjana Islam yang menulis sebuah
buku bahawa orang bukan Islam memiliki kebebasan beribadat seiring
dengan orang Islam, malah boleh melakukan ritual mereka di dalam masjid.
Beliau merujuk buku berjudul The Higher Objective of Humanity
oleh Azman Hussin, yang memetik sirah Nabi Muhammad mengenai kunjungan
rombongan Kristian dari Najran yang menziarahi Rasulullah SAW di
Madinah.
Nabi Muhammad SAW menurut buku itu menyambut rombongan
Kristian Najran di masjid, yang mana mereka dibenarkan melakukan ibadat
mereka, jelas Saifddin.
"Apa maknanya? Maksudnya (Islam)
membenarkan orang Kristian masuk ke dalam masjid. Dalam sirah ini,
malahan mereka dibenarkan melakukan ibadat agama mereka.
"Dalam perkara agama sebegini saya tidak mahu dipandu bagaimana orang Melayu di Malaysia faham Islam.
"Saya
mahu dipandu oleh rujukan yang kuat. Rujukan contoh amalan Nabi sangat
kuat, rujukan pada khalifah Umar yang hidup pada zaman nabi juga sangat
kuat," katanya lagi.
2 orang berkata:
Tahniah pH and macai's too..
"elephant fight elephant.. grass dying in the middle.." suddently he pick up Singapore Prime Minister name..OMG..!!
I have always been proud of Malaysia and how Malaysians interact on an international platform but that video tells me something is either really wrong with our education system or Fake Degree we are just too stupid that we can be led by Ministers of this standard. Poor us...!
kikikiki...Besar sungguh pengaruh filem Avengers dlm kerajan PH...Mat Sabu
"Saya terpaksa berlawan dengan kuasa-kuasa besar dengan cara soft way and hard way. Perasan Avengers le tu."
Padahal bunyi macam soft porn and hardcore saja...kikikiki
video link ucapan mat sabu
https://youtu.be/iz9pBXGc4-I
Post a Comment