Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HILANGNYA MELAYU BERGANTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGUNDI UMNO MENGUNDI  DAP/P.H, MEREKA TUKAR BANGSA MEREKA DARI MELAYU KE MALAYSIA MALAYSIAN, IKUT DAP.

SEKARANG INI PENGUNDI DARI UMNO ITU DIANTARA MEREKA DAH JADI TALI BARUT P.H

INI SEMUA KEHENDAK RAKYAT YANG LEMAH KESEDARAN SIVIK.

-Pak Karamu-

Najib dakwa lepas PRU14, DAP jadi 'kingmaker’

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Pengerusi Lembaga Penasihat BN Najib Razak mendakwa DAP merupakan ‘kingmaker’ (penentu) selepas Pakatan Harapan berjaya merampas kerajaan dari BN dalam pilihan raya umum ke-14 lalu.

Bekas perdana menteri mendakwa sebelum PRU14, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah memberi gambaran kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengenai rancangan tersebut.

Najib berkata Kit Siang mencadangkan penguasaan PH di Putrajaya dapat dicapai melalui rampasan 10 hingga 15 peratus daripada undi Umno . 

Menurut MP Pekan itu lagi, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang pemimpin yang dahulunya pernah bersama Dr Mahathir ketika menentang Umno, dan kini pemimpin yang tidak dinamakan itu merupakan salah seorang teman rapatnya.
Iklan
“Dia (pemimpin tidak dinamakan) ada dalam mesyuarat tu. Dia seorang pemimpin masa dulu menentang kita (Umno), dia ikut Dr Mahathir, dia dengar sendiri Kit Siang kata; ‘Dr Mahathir, tubuh parti Melayu yang baru.’ Dia (Kit Siang) kata dalam bahasa Inggeris; ‘Mahathir set up a new Malay party.’ 

“Dan matlamat, your objective dia kata; ‘tarik 10, 15 peratus undi Umno saja, kita boleh tubuh kerajaan’ - maknanya kalau mereka berjaya, kita akan jatuh. Tetapi, yang jadi ‘kingmaker’ (penentu) adalah parti DAP,” dakwanya. 

Najib berkata demikian dalam perhimpunan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pekan hari ini menerusi siaran langsung Facebook beliau.

“Inilah menyebabkan keadaan yang kita hadapi hari ini, sebab itu kerajaan hari ini terpaksa beri jawatan menteri kewangan yang saya tak sebut menteri kewangan tapi menteri 'kewayangan' kepada Lim Guan Eng.

“Terpaksa bagi (jawatan) peguam negara kepada calon mereka, terpaksa bagi jawatan penting yang lain kepada DAP, yang menyebabkan hari ini tekanan demi tekanan dilakukan kepada kita semua,” katanya lagi.

Ini bukan kali pertama, Najib yang juga bekas presiden Umno membuat dakwaan yang hampir sama.

Julai lalu, Sinar Harian memetik Najib berkata parti Bersatu yang ditubuhkan pada September 2016 itu merupakan ilham daripada Kit Siang kepada Mahathir, sebagai platfrom menarik pengundi Umno.

Dakwanya, cadangan Kit Siang yang bertujuan untuk memecahbelahkan orang Melayu itu dilihat berjaya apabila 10 peratus undi Melayu kepada Umno ketika PRU lalu berkurangan.

Najib dalam laporan itu juga berkata cadangan Kit Siang itu dilontarkan dalam satu mesyuarat bersama Dr Mahathir dan pemimpin lain sebelum tertubuhnya Bersatu.

Najib dilaporkan mendedahkan perkara tersebut ketika berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pendang pada 12 Julai lalu.

Bagaimanapun, dakwaan Najib mengenai DAP menjadi 'kingmaker' berbeza dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum pilihan raya umum yang berharap parti pimpinannya bakal menjadi kuasa penentu politik negara.

Kurang sebulan selepas PH memenangi PRU14, Abdul Hadi akhirnya mengakui bahawa matlamat partinya gagal, sebaliknya Mahathir, yang juga merupakan pengerusi PH adalah pencatur utama, apabila menjadi teras parti pemerintah dengan berbekalkan 13 kerusi parlimen yang dimenangi oleh Bersatu.

10 orang berkata:

ted manoff said...

Apa yg najibby ckp dh tk penting..dia cuma perlu tunggu hukuman saja..dap itu,dap ini dh tk beri apa2 kesan pada org melayu..masa ada kuasa knape tk haramkn saja dap..nii semua utk takut2 melayu saja..prOoTt💨💨arghhh leganya..💦💩

Anonymous said...

He he,,baruah dap ....kami org melayu akan usaha melingkupkan dap. Kami 70% penduduk. Babi2 dsn dan baruah2 mereka bersiap sedia utk tinggalkan putrajaya. Tak lama lagi dah....

Anonymous said...

DAP perintah
MELAYU senANG..
ISLAM terbilANG..
CAI kenyANG..

Idup DAP
IDUP wan jiiiii..

Anonymous said...

IDUP dol prOoTt..

Anonymous said...

IDUP makbapak dol prOoTt..

Anonymous said...

arghhh leganya...
����������

Anonymous said...

Abah nak tanyo nihh..

sapo bole jawab abah bagi adiah..!!

Mano lagi 'POWER' kuasa di Mesia pasal pelajaran Jawi

i. PIBG
ii. Aljubori
iii. Mazlee
iv. Tun Mahathir
v. Tokong

A. i dan v
B. ii dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv
E. ii, iii dan iv

Anonymous said...

F. Tokong saja

Anonymous said...

G. Tokong & Kuil

Anonymous said...

klu tepat jawab abah nak bagi hadiah BMW...




kikikikiki

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.