Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
NFC: Shahrizat bersih, kata SPRM
Jamilah Hamzah
31 Mei 2012 

 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat sama sekali dalam keputusan menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan RM250 juta, yang muncul kontroversi akhir tahun lalu.

Justeru, Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan berkenaan pembabitan Sharizat dalam kes NFC kini ditutup.

"Kami mendapati beliau tidak terlibat dalam  proses penganugerahan pinjaman," kata beliau pada sidang media hari ini.

Shahrizat dibenarkan pinda tuntutan saman terhadap Zuraida, Rafizi

May 31, 2012
Shahrizat (tengah) menuduh dua ahli PKR itu sengaja melancarkan kempen bagi mencemari nama baik beliau. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
 
Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu berikutan tiada bantahan daripada Zuraida dan Mohd Rafizi.

Shahrizat diwakili peguam Datuk Ahmad Redza Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Mohd Rafizi.

Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Ketua Wanita Umno itu mendakwa kedua-dua defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk “serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah” beliau dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.
Perbicaraan kes saman tersebut ditetap pada 6 dan 10 Ogos. — Bernama



Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berkuatkuasa serta merta - Facebookers PR jaga-jaga.

Thursday, May 31, 2012

Apa akta yang merepek lagi mengarut neh? Sebenarnya akta neh takde merepek sangat tetapi bn buat ia jadi merepek. Maksudnya aku, daripada tak berapa nak merepek kepada merepek habis setelah melalui pindaan 2012. Bagaimana bn buat ia jadi merepek? Dan bagaimana repekan bn akan menyusahkan kita terutamanya penyokong2 pr di facebook, blog dan twitter? 


Meh baca kat bawah neh sat ;

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut. 
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya. 
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya. 
Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya. 
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya. 
 -AMANZ-

Bagaimana akta merepek neh boleh menganggu aku? Mudah. Sesiapa yang tulis komen kat blog aku, dan komen tersebut menyebabkan ada orang bn sakit ahti, mereka hanya perlu report kepada SKMM, dan SKMM akan gunakan akta neh terhadap aku.

Sama juga di page, di twitter, di youtube dan apa2 medium yang mana aku aktif sepenuhnya. Malahan jika sesiapa gunakan gambar aku dan nama aku untuk meroyan di di facebook dan seme tempat tak pasal2 aku yang dapat bala. Aku sepatutnya tak upload gambar aku dari dulu lagi. Alamak aii dah menyesal pula.

Ini betul2 kerja gila. Orang lain yang komen orang lain pula kena hukum. Bayangkan jika ada penyokong2 BN sengaja menyamar untuk menyusahkan hidup aku bagaimana? Bayangkan jika ada penyokong2 bn menyamar sebagai fans kbsb yang aktif berkomen bagaimana? Bayangkan juga jika ada cybertroopers umno yang sengaja nak menyusahkan admin kbsb bagaimana? 

Memang perkara sebaliknya boleh berlaku, iaitu penyokong2 pr menyamar sebagai penyokong2 bn untuk mengenakan dia tetapi ko tunggu lah sampai helang boleh beranak kucing, baru lah PDRM dan SKMM akan amek tindakan. Keadaan neh berbeza bila ia melibatkan bn. Undang2 zalim neh dibuat khusus untuk PR jek sebenarnya. 

Akta neh harus ditentang sepenuhnya oleh ahli parlimen pembangkang. Aku berharap mereka boleh bersuara sekeras-kerasnya membantah akta neh dan kalau boleh kita berdemo untuk bantah akta neh. Dan sementara tue, korang penyokong2 bn jangan nak merepek kat blog neh pula. Kang tak pasal2 aku jadi individu pertama didakwa di bawah akta neh. Esok plak tue dikuatkuasakan. 

kah kah kah

Sebarkan. Kita nak alert kekawan kita mengenai hal neh der. Supaya masing2 boleh berjaga2.
Panel SPRM mahu kes Azmin dibuka semula
JAMILAH HAMZAH
31 Mei 2012
Panel SPRM mahu kes Azmin dibuka semula
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuka semula kes membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali susulan dakwaan laporan portal Malaysia Today, kendalian Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengarahkan agensi itu agar kes rasuah jutaan ringgit beliau ditutup.

Arahan itu dikatakan diberikan 17 tahun yang lalu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu agensi tersebut dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Arahan supaya kes tersebut diteliti semula dikeluarkan oleh Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM hari ini.

Pengerusi IPO, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, untuk melakukan siasatan semula kes Azmin, ia memerlukan bukti yang kukuh kerana maklumat sebelum ini masih tidak lengkap.

Semalam, Azmin berkata, beliau telah memberi kerjasama kepada BPR dan siasatan telah dijalankan terhadapnya ketika itu.

"Tuduhan Raja Petra ini memang sesuatu yang jahat dan tidak berasas.
"Saya rasa beliau sudah hilang pertimbangan dan mempunyai agenda tertentu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin juga berkata, sekiranya beliau dipanggil untuk disiasat semula itu, terpulang pada pihak berwajib.

Akta 1961 pada masa itu, bersesuaian dengan kes Azmin pada tahun 1995, namun untuk dibuka semula kes ini, mereka (SPRM) memerlukan bukti yang sahih dan kukuh.

"Dalam akta lama itu juga tak mengatakan Azmin melakukan rasuah walaupun Badan Pencegah Rasuah sebelum ini nyatakan beliau memilik harta tersebut," kata Hadenan.

Hadenan turut menjelaskan bahawa siasatan yang akan dibuat terhadap Azmin adalah di bawah kertas siasatan tahun 1999 setelah bukti yang lengkap diperolehi.

"Pada tahun 1999 kes Azmin telah dibuka semula kerana ada maklumat baru diberikan kepada SPRM.

"Namun pada masa itu, maklumat yang diberikan tak lengkap dan perlu ditambah," kata Hadenan lagi.

Laporan portal itu adalah sebahagian daripada siri pendedahan dibuat oleh pihak yang berkenalan dengan Azmin sejak kebelakangan ini.

Pendedahan yang sama pernah dibuat oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR terhadap Azmin dan Anwar.

Awal bulan ini, rakaman video seks, didakwa Azmin, didedahkan oleh beberapa portal. Azmin menafikan perkara itu dan mengambil tindakan ke atas sebuah akhbar harian.

Laporan media memetik portal Raja Petra berkata, Anwar mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Azmin ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Raja Petra mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu bil tindakan lanjut (NFA) ke atas Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya.

Malah menurut Raja Petra, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan BPR yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu.
Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen berkenaan, BPR mempunyai bukti jelas Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.

Semua urus niaga yang disah dan diperakui bank adalah antara beratus-ratus fail dokumen yang diserahkan pegawai SPRM itu selain laporan polis dan siasatan, penyata akaun dan bank, salinan cek, baucer dan nota kontrak.

“Saya mesti nyatakan bahawa kandungan fail yang tebal itu mengambil masa cukup lama untuk dibaca dan difahami, bukan saja sangat menarik tetapi memberi kesan yang sangat buruk kepada Anwar dan Azmin," kata Raja Petra dalam portalnya.

“Dalam fail itu juga menyatakan Azmin menerima RM15,000 sebulan daripada seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri dan perkara itu masih berlaku.

“Paling penting adalah bagaimana Anwar meminta kes itu ditutup sedangkan BPR mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwa Azmin,” kata  Raja Petra.

Hadenan juga berkata, siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.

"Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang.

Malah menruut beliau, mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.

Hadenan berkata, bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu.

Beliau juga berkata, SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah BPR, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.

LUKA LAMA BERDAH KEMBALI ?

Thursday, May 31, 2012

Prebet Adam dan adiknya mangsa kekejaman dan kezaliman Sultan Johor

Baiklah, untuk penulisan kali ini, saya akan mengupas tentang prebet adam. Saya pasti, ramai rakan di luar sana langsung tidak tahu menahu tentang tuan empunya nama ini. Namun, inidividu inilah yang sebenarnya mendatangkan impak yang mendalam terhadap sejarah Malaysia terutama dalam soal keselamatan dalam negeri dan imuniti raja-raja.

Anda kenal kerabat diraja Johor? Tahukah anda, sultan johor adalah satu-satunya sultan yang tidak menggunakan baju melayu sebagai baju rasmi mereka ketika memerintah sebagai agong. Mereka sememangnya lebih mencontahi barat dari segi etika dan cara pemakaian. Tidak ada salahnya, hanya ingin menerangkankan sahaja. Namun ketahuilah bahawa kerabat diraja johor adalah yang paling warak dan alim dalam kebanyakan sultan di Malaysia. Malah, sultan johor dengan mudahnya dapat mengetahui sebarang bacaan yang salah sekiranya baginda dalam majlis bacaan quran. Baik, itu semua adalah kelebihannya.


Cerita ini sememangnya diklasifikasikan ‘keselamatan negara’ memandangkan melibatkan kerabat diraja. Saya juga tidak pasti sama ada ianya benar atau tidak, namun kes amukan prebet adam ini sememangnya berlaku dan hangat dikupas oleh akhbar-akhbar tanah air pada waktu tersebut. Sekiranya pembaca ada mengetahui hal yang lebih lanjut, anda digalakkan menambah isi-isi penulisan saya.

Prebet adam merupakan seorang askar melayu pada masa tersebut. Amukan prebet adam sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik prebet adam merupakan seorang ‘caddy’ kepada sultan johor pada ketika itu. Saya kurang pasti siapa sultan Johor pada waktu tersebut namun adik prebet adam merupakan ‘caddy’ diraja. Anda tahu apa itu ‘caddy’? Untuk pengetahuan anda ‘caddy’ adalah penolong kepada pemain golf, individu yang bertanggungjawab mengangkat segala kayu-kayu golf si pemain.


Pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik prebet adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya kepada ‘caddy’ tersebut. Ketahuilah bahawa, kayu golf tersebut amat keras dan sememangnya boleh menjadi senjata sekiranya disalah gunakan. ‘caddy’ tersebut mati ditempat kejadian.

Disebabkan pada ketika itu raja-raja melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakanundang-undang. Setelah sampai ke pengetahuan prebet adam, maka apa lagi, mengamuklah si adam tersebut. Sekiranya ini berlaku kepada anda, apakah agaknya yang mampu anda lakukan untuk menarik perhatian semua? Anda tertindas dek undang-undang yang telah disalah guna dan yang paling malang, anda adalah mangsa penyalahgunaan undang-undang tersebut.

Pada malam 18 oktober 1987, prebet adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Pada mulanya, prebet adam telah pergi menembak di sebuah stsyen minyak esso disitu yang terletak berhadapan dengan Maybank. Nasib baik tidak meletup. Kemudian dia lari pergi menembak ala-rambo membuta tuli dan telah terkena sorang cina di hadapan Hankyu dan soeorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Yang peliknya, orang Malaysia sedikit pun tidak lari menyelamatkan diri mahupun meniarap ketika ditembak malah pergi mengikut mengejar prebet adam dari belakang sampai ke Kampung Baru. Jika di Amerika Syarikat, tentunya semua sudah menjerit, maklumlah, merekapenakut sebenarnya, haha~

Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chowkit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan dimerata bangunan disitu bagi mengesanprebet adam namun gagal. Cerdik juga prebet adam kerana dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran prebet adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelanh dikepung polis pun, prebet adam tetap enggan menyerahkan diri.

Akhirnya, kehadiran bos prebet adam yang berpangkat kolonel atau jeneral telah berjaya memujuk prebet adam dan kemudian dia pun ditahan. Bagi mengelakkan prebet adam bersuara dan mententeramkan situasi negara pada ketika itu, prebet adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

Selepas daripada kejadian inilah Mahathir telah melakukan rombakan pada institusi diraja dimana sultan dan raja tidak lagi kebal. Namun, ianya mengambil masa yang agak lama kerana pembatalan kuasa imuniti raja-raja hanya berlaku pada 17Mei 1994, pada krisis kedua perlembagaan.
Sumber:http://jemaribebas.blogspot.com/2009/07/prebet-adam.html 
Sekian sahaja, sebarang komen amat dialu-alukan......
 
Blog Kerajaan Rakyat 

31 Mei, 2012

Rupa-Rupanya Pejabat Umno Nih Di Bina Atas Tanah Rezab Sekolah Agama

SHAH ALAM, 31 MEI - Kerajaan Negeri Selangor digesa menyiasat status bangunan Pejabat Umno Ampang yang didakwa dibina di atas tanah yang dikhaskan untuk Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang. Demikian menurut Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Razali, satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk mengetahui kronologi dan keadaan sebenar tanah yang melibatkan kepentingan masyarakat di situ.

“Jika dapat dibuat dengan bantuan Pejabat Tanah, saya percaya kita dapat leraikan isu ini.


“Meskipun saya tak dapat berikan jawapan samada adakah benar tapak bangunan Pejabat Umno yang ada didirikan atas tanah rizab sekolah agama, tetapi saya yakin memang ada sesuatu luar biasa di situ,” katanya.


Razali mendakwa mungkin bangunan pejabat Umno terbabit dibina melebihi hingga ke tapak tanah sekolah, oleh itu Kerajaan Negeri perlu melantik juru ukur bertauliah untuk tentukan sempadan terlebih dahulu.


Beliau juga hairan bagaimana Ahli Majlis ketika itu boleh meluluskan pelan pembinaannya dalam keadaan status tanah tersebut diragui.


“Walaupun rata-rata penduduk setempat memang tahu kawasan itu dikhaskan untuk tapak sekolah, tetapi masalahnya saya percaya Kerajaan Negeri dahulu tidak pernah mewartakan dengan rasmi bahawa tanah tersebut adalah rizab untuk sekolah.


“Kerajaan Negeri perlu segera jalankan siasatan dengan mendalam dan perlu mengambil tindakan segera untuk mewartakan mana-mana tanah yang diperuntukan untuk masjid, sekolah, perkuburan dan lain-lain,” kata beliau lagi.


Sebelum ini dalam isu yang sama, Adun Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz memberitahu TVS, tanah yang menempatkan bangunan Pejabat Umno di Jalan Ampang adalah tanah rizab sekolah.

“Tetapi ketika BN mentadbir negeri Selangor, tanah itu telah diracik-racik dan sebahagiannya diberikan kepada Umno dan sebahagian lagi diperuntukkan untuk pembinaan sekolah.

“Lebih malang lagi, Umno diberikan di sebelah hadapan yang lebih strategik, tetapi tapak sekolah di sebelah belakang,” ujar Khasim.


Menurut Khasim, walaupun penduduk di kawasan itu pernah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menghalang tanah tersebut diambil oleh Umno, tetapi ia tidak berjaya disebabkan ketika itu Umno-BN terlalu berkuasa.


TVS difahamkan Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang siap dibina sekitar tahun 2006 manakala pembinaan Pejabat Umno Ampang pula siap dibina kira-kira setahun selepas projek pembinaannya terhenti beberapa kali. ~
selangorku

Giliran Penganjur INDRAF 2.0 Pula Dipukul Malam Tadi


Petaling Jaya: Penganjur Perhimpunan Indraf 2.0, V Ganabatirao dan saudaranya Raidu diserang oleh tiga lelaki malam tadi dan mengalami kecederaan serius.

Serangan yang berlaku di Klang itu dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Indraf 2.0 pada Ahad ini yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Perhimpunan yang akan diadakan di Brickfields itu dijangka akan disertai kira-kira 3,000 peserta. Lengan Raidu telah patah dengan beberapa kecederaan lain manakala hidung Ganabatirao juga telah patah.

Mengimbas kembali kejadian itu, Ganabatirao berkata serangan itu berlaku pada jam 10 malam.

"Kami berada di Meru untuk menghadiri satu upacara pengkebumian apabila tiga samseng itu menghampiri kami. Salah seorang daripada mereka menggunakan kunci stereng kereta dan menyerang kami," kata Ganabatirao yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Klang.

Beliau juga mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat di atas serangan tersebut.

"Seorang inspektor polis telah merekodkan kenyataan saya pada pukul 3 pagi tadi. Bagaimanapun polis belum lagi mengambil percakapan Raidu," katanya, sambil menambah bahawa Raidu telah menjalani pembedahan.

Ditanya mengenai punca serangan tersebut, Ganabatirao berkata bahawa samseng tempatan itu mungkin takut dengan pengaruhnya yang berjaya menarik lebih ramai sokongan orang ramai di Meru. -FMT

Laporan sebelum ini

klik untuk baca




BRAHIM DESAK SULTAN TARIK PINGAT KEBESARAN NIZAR MACAM DIA...


KUALA LUMPUR 30 Mei - PERKASA mendesak Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana membuat pertuduhan yang tidak berasas berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran Kenderaan Baginda tersebut.
 
 Ibrahim Ali berkata (yang telah menderhaka kepada Sultan Kelantan sehingga dilucut Pangkat kebesarannya), tindakan Nizar disifatkan sebagai biadap kerana membuat kenyataan secara terbuka menerusi laman sosial Twitter miliknya itu.
 
Lantaran itu, Ibrahim Ali turut menggesa Sultan Perak menarik semula pingat kebesaran yang telah diberikan kepada Nizar sewaktu memegang kuasa selaku Menteri Besar Negeri tersebut kerana tidak mempamerkan seorang Pemimpin yang menjadi contoh kepada masyarakat Melayu khasnya.
 
"Saya nak Nizar supaya mohon maaf bagi menarik balik secara terbuka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana buat tuduhan melulu dan tak berasas. Saya mohon kepada Sultan Perak supaya tarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerah pada Nizar.
 
"Bukan sahaja mohon ampun tetapi pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan sewajarnya kerana dia cuba nak merosakkan institusi raja," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan pertubuhan itu, petang tadi.
 
Turut hadir beberapa Pimpinan PERKASA termasuklah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin.
 
..... Dia ingat Sultan Perak bodoh macam dia... dia sendiri derhaka pada Sultan Kelantan sebab tue YM Sultan tarik balik pingat kebesaran....

Naib Ketua Umno Hulu Selangor keluar parti



10 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar Umno serta merta dengan rela hati tanpa ada desakan mana-mana pihak.

Ekoran tindakannya itu, menyebabkan ramai pengikutnya bertindak mahu mengikut jejak langkah beliau.

Mereka bertepuk tangan sambil menjerit 'semua ikut' sebaik sahaja ditanya sama ada kehadiran mereka sebagai tanda sokongan atau turut sama keluar parti.

Dalam sidang media sebagaimana dipetik dalam satu video, Yusri berkata keputusannya itu mungkin memeranjatkan politik di Hulu Selangor.

"Keputusan ini adalah kehendak saya dan tiada paksaan mana-mana pihak.

"Saya Yusri Ishak, nombor ahli 0062549 dengan ini isytihar akan tinggalkan parti Umno berkuat kuasa serta merta," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas pengundurannya itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarganya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak akan timbul persepsi negatif sesetengah pihak ekoran tindakannya itu memandangkan pilihan raya umum akan berlaku tidak lama lagi.

"Saya harap pucuk pimpinan bahagian pusat menghormati keputusan saya ini.

"Mungkin sudah sampai waktunya. Saya rasa waktu saya bersama Umno hanya setakat ini. Ini sudah ditakdirkan Allah SWT," katanya yang enggan menceritakan lanjut sebab pengundurannya itu.

Dalam pada itu, Yusri menafikan beliau mempengaruhi keputusan pengikutnya turut mahu keluar Umno.

"Saya tidak mengajak mereka untuk keluar Umno sama-sama, kalau mereka nak kerluar bukan kehendak saya. Saya tidak pengaruhi mereka.

"Mungkin sokongan selama ini, saya sudah bersama-sama mereka sejak 12 tahun lalu, ini mungin balasan mereka pada saya," katanya.

Harakah Daily

Guru Wanita Trauma Ingin Bunuh Diri Kerana Dicabul


Kuala Lumpur: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Gambar: ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.



THUNAMI DARI SELATAN

Tsunami politik PRU13 dari selatan, kata Pas
Wartawan Sinar Harian
31 Mei 2012
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
SHAH ALAM - Jika perubahan senario politik empat tahun lalu dikaitkan dengan tsunami politik dari utara, perkembangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa akan bertolak dari selatan Semenanjung - yang Pas mengatekorikan sebagai "tsunami dari selatan."

"Pada PRU kali ini, saya melihat kecenderungan tsunami muncul dari arah selatan di mana sokongan di negeri Johor khususnya semakin meningkat, tidak seperti dahulu di mana kita sering hilang deposit. Kita nampak peningkatan kali ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam temu bual dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.


Ekoran tsunami politik 8 Mac 2008, Pas-DAP-PKR yang membentuk kerjasama politik, menawan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.


Kelantan diterajui Pas sejak 1990. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak tumbang awal 2009 ke tangan Barisan Nasional (BN).


Selain lima kerajaan negeri itu, ketiga-tiga parti itu turut memperoleh 84 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN.


Selepas kejayaan itu, ketiga-tiga parti tersebut membentuk kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat (PR).


Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pihaknya yakin bahawa tsunami politik kali ini akan muncul dari selatan sebab "tsunami dari arah utara sudah kering, sudah tepu."


"Jadi tsunami dari arah selatan pula," katanya secara berseloroh tetapi memperlihatkan keyakinan perikatan berusia empat tahun itu.


Dilihat ada kaitan dengan tanggapan itu, Pas mahu menurunkan Naib Presidennya, Salahuddim Ayub bertanding di Johor.


Sebelum ini, Salahuddin mengesahkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan ia akan menjadi keutamaan beliau.


Sebelum ini, Salahuddin, anak kelahiran Johor, bertanding kerusi Parlimen Kuala Krai.


Bertolak dari itu, menjawab soalan berapa negeri yang PR yakin akan menang pada PRU13, Mustafa berkata, negeri-negeri yang dimenangi sebelum ini akan dikekalkan.


"PR yakin untuk menang (balik) di Perak,  Terengganu, Negeri Sembilan, (manakala) Johor, Melaka dan negeri yang lain akan berlaku peningkatan sokongan terhadap PR.


"Di Pahang, keluasannya besar dan merupakan negeri (kelahiran) Perdana Menteri, tidak mudah bagi PR tetapi yakin akan berlaku peningkatan sokongan," kata pemimpin dari Terengganu ini.

30 May 2012


AISYAH CALON PAS PARLIMEN JEMPOL?

 

Apakah PAS bakal menurunkan bekas penyanyi popular lewat 80an dan awal 90an Wan Aishah Wan Ariffin sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Jempol, Negeri Sembilan?

Desas desus ini bertiup kencang di kalangan ahli dan penyokong PAS di Negeri Sembilan sejak Aishah muncul di sebuah ceramah di Seremban minggu lepas.
Dalam ceramah tersebut yang dihadiri lebih 1,000 penyokong dengan separuh daripada hadirin merupakan golongan wanita; selain berkongsi pengalaman menuntut dan tinggal di New Zealand selama 10 tahun, Aishah juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita politik.
Sebaliknya Aishah menyatakan beliau menyertai PAS sejak dua bulan lalu atas kesedaran ingin membantu parti tersebut dengan menyampaikan mesej tentang perjuangan parti itu dan membantu mendapatkan sokongan orang ramai terhadap parti PAS.
“Saya tidak pernah bercita-cita menjadi pemimpin parti politik atau menjadi wakil rakyat.
“Walaubagaimanapun sekiranya saya ditawarkan menjadi calon PRU, saya memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam tentang tawaran tersebut.
“Saya tidak boleh ambil ringan tentang cadangan atau tawaran tersebut kerana menjadi calon dan menjadi wakil rakyat (sekiranya menang) memerlukan pengorbanan, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap rakyat yang memilih saya.
“Justeru itu cadangan sedemikian saya perlu kaji sedalam-dalamnya.
“Setakat ini tidak ada mana-mana pemimpin PAS tertinggi yang menawarkan saya menjadi calon walaupun beberapa pemimpin PAS tertinggi ada ‘hint’ pada saya tentang cadangan tersebut.
“Buat masa ini saya lebih suka dan selesa bergerak sebagai ahli biasa di pentas PAS dengan berkongsi pengalaman hidup saya dengan orang ramai”, kata Aishah apabila ditanya wartawan apakah beliau bersedia menjadi calon PAS pada PRU13 jika ditawarkan oleh kepimpinan PAS.

Reaksi PAS Negeri Sembilan
 

FMT menghubungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani untuk mendapatkan kenyataan beliau berhubung cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol pada PRU akan datang.
Mohd Taufek berkata beliau tidak menolak faktor Aishah mempunyai peminat yang ramai jika beliau dicalonkan sebagai calon parlimen Jempol memandangkan sememangnya Aishah amat popular atas statusnya sebagai seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.
“Malah saya faham kenapa nama Aishah dicadangkan oleh beberapa ahli PAS untuk parlimen Jempol kerana Aishah berasal dari Batu Kikir. Batu Kikir sememangnya terletak di bawah parlimen Jempol.
“Secara peribadi saya bersikap terbuka dan mengakui kekuatan Aishah sebagai calon parlimen Jempol memandangkan beliau mempunyai
latar belakang pendidikan yang tinggi, membawa imej artis yang telah berubah menjadi seorang muslimah mengikut ajaran Islam dan Aishah merupakan calon tempatan.
“Walaubagaimanapun cadangan sedemikian perlu mendapat persetujuan daripada peringkat cawangan dan PAS kawasan dari parlimen Jempol. Biasanya keputusan untuk meletakkan calon popular ditentukan oleh PAS Pusat,” jelas Mohd Taufek.
Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, tidak menafikan bahawa sejak seminggu ini beliau dihujani panggilan telefon daripada ahli dan penyokong PAS yang meminta beliau mencalonkan Aishah untuk kerusi parlimen Jempol.
Aishah “winnable candidate”
Seorang pemimpin Muslimat PAS Negeri Sembilan yang tidak mahu nama beliau dinyatakan di dalam laporan ini meminta PAS Pusat mengkaji secara serius cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol untuk memecah kubu kuat Umno di Jempol.
“Kita mempunyai peluang terbaik untuk mencipta kejutan di Jempol jika mencalonkan Aishah kerana Aishah menepati criteria “winnable candidate”.
“Saya ingin bertanya berapa peratuskah kehadiran golongan wanita di mana-mana ceramah anjuran PAS sebelum ini? Selalunya hanya dalam 10 ke 20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.
“Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun.
“Daripada jumlah hadirin lebih 1,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.
“Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu.
“Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda,” kata pemimpin tersebut.
Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga “carry weight” dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.
Artis popular
Aishah pernah mencipta nama sebagai artis popular di New Zealand, Australia dan Asia pada tahun 1985 dengan kumpulan “The Fan Club”.
Pada masa yang sama beliau juga melanjutkan pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.
Pada tahun 1990 Aishah menjadi antara artis yang paling popular di tanah air apabila lagu ‘Janji Manismu” menjadi hit dan seterusnya merangkul anugerah “Juara Lagu”.
Setelah memenangi gelaran “Juara Lagu,” Aishah menjadi salah seorang nama besar di dalam industri muzik tempatan dan beliau merakamkan beberapa album lagi dalam berbahasa Melayu.
Nota : Sesiapa sahaja boleh menjadi calon PAS andai ianya memenuhi kriteria ketat yang digariskan oleh Majlis Syura Ulama' dan AJK PAS Pusat.

Panas

Thursday, May 31

HOT: Dua ADUN UMNO disebut dalam kes Sosilawati

PANAS!! Dua ADUN UMNO terlibat urusan jual beli tanah kes bunuh Sosilawati..

SHAH ALAM - Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.


Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (gambar bawah) pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil (gambar atas) menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.
Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.
Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.

Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.

“Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari,” katanya.

Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.

Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain? Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?

Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.

Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini?

Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.

Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.

Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab ‘dia seorang berkuasa’ dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah.

Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Datuk Wira Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu.
Perbicaraan bersambung hari ini.

Sinar Harian

Datuk Dr.Asri Ulas Isu Nizar-Sultan Johor


Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan.

Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri, tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.

Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;


Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini.

Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin.

Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana. -sozcyili

Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri -Twitter Datuk Dr.Asri 30/5/2012
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.