Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OK ATURKAN SECARA LANGSUNG, PAKAI QURAN TAUUU !

ANDAINYA PAKAI HADIS ATAU APA-APA HUJAH YANG BERTENTANGAN NGAN QURAN TU KIRA HUJAH YANG MUNGKAR, KASI JADI, JANGAN TAK JADI, YANG KALAH KENA UBAH SEKALIPUN JAMA'AH/PERTUBUHAN  MELINGKUP - Pak Karamu
 
Rais: Tokoh agama, mufti akan sertai Hadi di TV

31 Disember 2012
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
 
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Presiden Pas itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.

Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.

Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Rais meminta parti-parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.

Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa, katanya.

"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.

"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang Umno pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula mengesyorkan supaya Hadi mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Menurut Ahmad tindakan Presiden Pas itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.

"Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini, hari ini.

Ahmad berkata pada sidang akhbar Sabtu lepas selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.

"Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Bernama

Monday, December 31, 2012

PESTA MENGAWAN TAHUN BARU (GAMBAR)

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/375344_10200186616057507_1269315847_n.jpg
Bapak yang biarkan anak perempuannya keluar pd malam tahun baru untuk aktiviti lagha adalah bapak yang DAYUS...Pastikan anak2 anda tidak mengejutkan anda dengan kelahiran cucu segera.......

RAKAM KALO BAIK TAK YAH, BIAR AMANAT TINGGAL DISITU

Hadi mahu siaran langsung TV, bukan rakaman
RAIHAM MOHD SANUSI 31 Disember 2012
 Hadi mahu siaran langsung TV, bukan rakaman Abdul Hadi menyarung jaket keselamatan untuk menaiki bot meredah banjir bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di bahagian Dun Air Putih.
 
KEMAMAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk berdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa beliau menjelaskan mengenai isu Amanat Haji Hadi menerusi televisyen.

Sehubungan itu jelas beliau, penjelasan itu harus disiarkan secara langsung di RTM atau TV3 dan bukan dalam bentuk rakaman.

“Terpulang pada kerajaan bila mahu diadakan (sesi penjelasan) tetapi dengan syarat ia perlu disiarkan secara langsung selama sejam, saya tidak mahu rakaman sebab ia boleh ditipu (diedit).

“Dalam soal ini, mestilah jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. Kalau diadakan dialog semasa penjelasan itu dilakukan pun boleh,” kata beliau mengulas mengenai kesediaan RTM untuk menyiarkan penjelasannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Kelmarin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi, namun ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang ini berkata, jika menteri bersetuju dengan permohonannya itu tidak perlu lagi pihaknya menulis surat rasmi kerana permintaannya itu disiarkan media.

“Hal itu (permintaan bersiaran) media dah siar jadi tak perlu lagi buat surat rasmi, dia (kerajaan) buka peluang, jadi saya akan pergi,” katanya ketika di temui di Surau Kampung Jaya sebelum melawat dan menyampaikan bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir di Dun Air Putih dan Dun Chukai di sini, hari ini.

Monday, December 31

PANAS: Dr Asri neh HANTAM sapa pulak dah... kahkahkah...

Haha...
Betoi la tuh..!! Cakap pongpang-pongpang pun tak guna...
Ada berani mari bersemuka....
1Malaysia desak Ustaz Fathul Bari supaya JANGAN LARI...!!
Kahkahkah...

INGAT POLIS BODOH KE ?

Jangan terperangkap permainan politik, MB Johor nasihat polis

31 Disember 2012
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman
 
JOHOR BAHRU - Pegawai dan anggota polis di Johor diingatkan supaya tidak mudah 'terperangkap' dengan permainan politik mana-mana pihak yang sengaja menyalahkan polis terhadap sesuatu isu yang berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, tanggungjawab polis pada pilihan raya umum kelak pastinya cukup hebat memandangkan provokasi biasanya akan digunakan bagi menguji kesabaran pasukan keselamatan.

"Berdasarkan pengalaman, ada puak atau pihak sengaja menjadikan pasukan keselamatan sebagai sasaran mereka. Saya berharap para pegawai dan anggota tidak mudah terjebak dengan perangkap ini supaya jadi tidak keruan.

"Jika ia berlaku, maka dengan mudahlah pasukan keselamatan dijadikan sasaran alasan dan dipersalahkan dalam sesuatu peristiwa atau isu yang berlaku," katanya berucap pada majlis makan malam penghargaan kerajaan negeri terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor, di sini, malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri berkeyakinan pasukan polis mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapi pada musim pilihan raya umum kelak berdasarkan pelbagai cabaran ditempuhi dalam pilihan raya sebelum ini termasuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang, tahun lepas.

Beliau berkata, kecekapan dan kesabaran pasukan polis dapat dilihat pada pilihan raya kecil itu apabila proses mengundi tetap berjalan lancar dalam keadaan hujan lebat manakala keselamatan penduduk tetap terjamin walaupun dilanda banjir.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, keselamatan di negeri ini akan terus berada pada tahap terbaik berdasarkan keupayaan kontinjen PDRM Johor mengekalkan penurunan indeks jenayah buat lima tahun berturut-turut sejak 2008.

Katanya, sebagai petanda kejayaan, PDRM Johor mendapat pujian dari pelbagai pihak menerusi pendekatan kepolisan yang diterjemahkan sepanjang penganjuran Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) kelapan, pada 4 hingga 6 Disember lepas.

Menurut Abdul Ghani, kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada PDRM bagi menjamin keselamatan di negeri ini seiring dengan perkembangan ekonomi khususnya pembangunan Iskandar Malaysia.

"Kerajaan negeri yakin cabaran perkhidmatan polis tidak ada noktahnya selagi nadi manusia berdenyut lebih-lebih lagi dengan kepesatan pembangunan Iskandar Malaysia termasuk kewujudan beberapa destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang menuntut lebih perhatian daripada PDRM.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri turut berharap agar pelbagai kaedah dan inisiatif seperti skuad bermotor dan polis dalam komuniti diperkasakan supaya lebih berkesan dalam menjamin kehidupan di negeri ini," katanya. - Bernama

Mahalnya wang hantaran!
Wartawan Sinar Harian 31 Disember 2012
Muka depan Sinar Harian edisi Selangor/Wilayah Persekutuan hari ini. Muka depan Sinar Harian edisi Selangor/Wilayah Persekutuan hari ini.
Wang hantaran. Sekadar gambar hiasan Wang hantaran. Sekadar gambar hiasan
RAMAI pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata.
Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan. Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri.

“Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak.

“Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti  berkahwin secara berhutang,” ujar beliau.

Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak.

“Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar.

"Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu,” jelas Hushim.

Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit.

“Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta. Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci.

“Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai.

“Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling,  puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri.


“Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman. Akhirnya bercerai,” akhiri  beliau.

BIRO AGAMA DAN ALAMA MAJLIS VETERAN MANA ADA STANDARD


Sanggup bersemuka Abdul Hadi, Nik Aziz
Wartawan Sinar Harian 30 Disember 2012
KOTA BHARU - Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno.
Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama.

Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu.

“Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat.

Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa.

“Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya,” katanya.

Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri.

Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.

APA GUNA CAKAP BANYAK, BAGI JE PELUANG, KALO NAK TAHU KAFIR ATAU TIDAK


Guna peluang RTM sebaik mungkin, Zahid nasihat Hadi
30 Disember 2012
ABDUL HADI AWANG ABDUL HADI AWANG
 
TUMPAT - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menggunakan sebaik-baiknya peluang ke udara di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperjelas amanatnya pada 1981 yang dikatakan mengkafirkan Umno.

Menggesa demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu (amanat) itu telah mengakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
Beliau menyifatkan amanat itu sebagai 'fatwa politik'.

"Ia pendapat politik yang harus dibayar harganya dengan mahal kerana apa yang berlaku dengan masyarakat Islam di beberapa kawasan seperti perpecahan dalam keluarga dan masalah dalam komuniti.

"Perkara ini perlu diperbetulkan," kata Ahmad Zahid mengulas keputusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi peluang kepada Abdul Hadi untuk membuat penjelasan menerusi RTM.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan siap siaga sepanjang musim tengkujuh bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

"ATM turut menempatkan pasukan perubatan di kawasan memerlukan sebagai bantuan tambahan kepada Kementerian Kesihatan," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata ATM juga sedia mencurah tenaga untuk membaiki rumah mangsa banjir yang rosak akibat bencana alam itu.

"Kami tidak mempunyai peruntukan untuk membeli bahan-bahan bagi kerja membaik pulih tetapi kita akan bantu daripada segi tenaga kerja," tambahnya. - Bernama

BANGANG TAK RETI INSAF

December 30, 2012

Jom Tengok Muka-Muka Mereka Yang Suruh Haji Hadi Bertaubat

1
http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/12622_527435693956221_380114555_n.jpg 
bertaubatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt......

SERBAN MACAM ULAQ BESAQ


Monday, December 31

TERHOT: Haji Hadi konfom kalah ngan mamat neh [Gambar]

Serban Dia Kalah Tuan Guru Haji Hadi...

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berhak meletakkan sebarang syarat kepada kerajaan untuk memberi penjelasan tentang amanatnya pada 1981 yang mengkafirkan UMNO, kerana perkara itu melibatkan soal akidah.

Bekas ahli seumur hidup dan aktivis Pas, Zainon Ismail (gambar) atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani berkata, beliau hairan dengan tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat untuk menjelaskan amanat tersebut tetapi tidak pula memberi sebarang syarat ketika amanat itu dibuat 31 tahun lalu.
Katanya, tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat menunjukkan Presiden Pas itu lebih mengutamakan politik daripada meletakkan kepentingan akidah umat Islam yang terpengaruh dengan amanat beliau sehingga sanggup mengkafirkan keluarga sendiri.

P/S:
Hebat betoi la akhbar Utusan Malaysia neh... Patut sangat la Utusan menjadi akhbar penjilat bontot nombor satu Umno dewasa ini. Depa hanya pilih serban yang besar-besar belaka sebagai sumber berita depa... hehe...

Kalaulah bab serban sapa yang lagi besar, memang konfom dah Haji Hadi yang kalah...
Kahkahkah...

Buku Inikah Yang Dimaksudkan Oleh Dr. Asri Supaya Jangan Dibeli?


Jangan bazirkan wang RM150 untuk membeli buku 165 m/s tentang kisah seorang yang 'wallahu a'lam'. Belilah buku2 yang ilmiah dan manfaat. ~ Dr Maza

Apakah buku yang beliau pesan jangan membazir jika beli ada buku seperti di atas? - King Jason

Mengikut laporan sebelum ini, buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan bulan depan - menyamai ciri-ciri buku yang dimaksudkan oleh Dr. Maza!

December 30, 2012

Nik Amar Jawab Isu Amanat Haji Hadi. Orang Umno Boleh Tengok! Jangan Buta Hati!

Perkasa selar Mohd. Amar perlekeh TPM dalam kuliah agama

KOTA BHARU 29 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memperlekehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan kuliah Jumaat di pekarangan Pejabat Pas Kelantan di sini semalam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Mohd. Amar itu mencemar kesucian Islam kerana menggunakan pentas agama untuk menghina dan mengutuk Timbalan Perdana Menteri.

“Nik Amar bercakap atas platform kuliah agama, tetapi bercakap mengenai politik serta mengata orang. Adakah ini nilai orang yang belajar agama dan cerdik apabila sanggup menghina orang lain.

“Timbalan Perdana Menteri amat berhati-hati dalam setiap tutur katanya. Beliau menegur sekiranya perlu sahaja, beliau menegur Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat celupar selepas Menteri Besar itu sering mengeluarkan kenyataan yang merosakkan perpaduan serta mengelirukan orang ramai.

“Ini menunjukkan keperibadian Muhyiddin dan Nik Abdul Aziz amat berbeza, jauh langit dengan bumi," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Mohd. Amar yang menyelar dan menyifatkan Muhyiddin celupar ketika menyampaikan kuliah Jumaat bagi menggantikan Nik Abdul Aziz semalam.

Ia ekoran tindakan Muhyiddin menyifatkan Nik Abdul Aziz celupar kerana menyatakan menyokong UMNO satu perbuatan yang mungkar.

Dalam kuliah tersebut, Mohd. Amar turut menyelar Ibrahim kerana mendakwa Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberikan maklumat yang salah mengenai isu tanah balak yang membabitkan dua pemimpin DAP Perak.

Sementara itu, Ibrahim menegaskan beliau hanya mempersoalkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan kerana memberi pajakan yang terlalu lama kepada syarikat bukan bumiputera dari luar Kelantan.

“Benar tanah ini tidak bertukar milik, tetapi kita persoal kenapa pajakan tersebut diberikan kepada syarikat bukan bumiputera dari luar negeri ini dan ia dalam tempoh berpuluh tahun. Dalam masa sama Kerajaan Pas Kelantan tidak mendedahkan jumlah premium yang diberikan oleh syarikat terbabit.

“Setakat hendak tebang balak, anak-anak Kelantan pun boleh lakukan, ada gergaji dengan lori semuanya dapat dilaksanakan. Kerajaan Pusat juga ada mengambil pelabur luar, tetapi dalam industri berteknologi tinggi yang tidak mampu dilakukan oleh rakyat tempatan.

“Saya percaya ini ada kena mengena dengan komisen yang diperoleh pihak tertentu. Kalau kerajaan Pas Kelantan jujur dan betul, dedah semua sekali senarai tanah-tanah yang dipajak termasuk kawasan balak, pamer dan tunjuk senarai itu kepada rakyat," katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, December 30, 2012

Presiden PAS diberi peluang beri penjelasan di RTM

Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang
APA punya bahalol si Rais Yatim ni... kalau tiada nilai berita.. apa pasal TV3, Utusan Malaysia, RTM, Berita Harian .. dok keluar cerita ini saban hari..???? 
Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang didakwa mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
    
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.
    
"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di ibunegara hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember.  
    
Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno dari sudut akidah.
    
Presiden PAS itu hari ini berkata beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.
    
Ditanya mengenai masalah masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus akibat masalah teknikal, Rais berkata ia bukan kesalahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Katanya syarikat telekomunikasi harus memberi penjelasan lengkap kepada pengguna mengenai masalah itu dan menyatakan jumlah talian  terputus dialami pengguna telefon bimbit pada setiap bulan.
    
"SKMM boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya syarikat telekomunikasi masih gagal mengatasi masalah tersebut," katanya.
    
Minggu lepas, media melaporkan mengenai masalah talian telefon mudah alih terputus yang semakin teruk di negara ini.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Pembangunan Industri dan Sumber Perancangan SKMM Datuk Ali Hanafiah telah memberi amaran dan berkata SKMM tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
    
Berhubung cadangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak meletakkan had pada harga telefon pintar 3G bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rebat sebanyak RM200, Rais berkata beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet pada 2 Jan depan.
    
Mengenai persiapan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, Rais berkata beliau berpuas hati dengan raptai hari ini yang lancar.
    
Beliau berkata Dataran Merdeka dipilih untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas, sambutan Tahun Baru 2013 serta acara Larian Tahun Baru 1Malaysia pada 31 Dis ini kerana ia adalah lokasi bersejarah untuk negara. 
    
"Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru diadakan serentak kali ini untuk memberi kelainan dan menyemarakkan semangat perpaduan semua kaum di Malaysia selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya.
    
Beliau berkata Ketua Paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam turut dijemput untuk mewakili masyarakat Kristian pada rumah terbuka itu.
- Bernama

ALAMAK !


30 Disember, 2012

Dr. Asri Sindir Ustaz Fathul Bari..


Adakah kali ini Ustaz Fathul Bari berani menyahut cabaran yang di lontarkan oleh Sinar Harian. Debat sinar bertajuk Uli Amri bersama Dr. Asri.

Kali ini jugak Dr. Asri harap Ustaz Fathul Bari jangan mencari sejuta alasan untuk melarikan diri.


Jikalau Ustaz Fathul Bari berani mempertahankan pemimpin Umno sebagai Uli Amri sepatutnya beliau berani menyahut cabaran debat Sinar ni.. sama-samalah kita tunggu..
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.