Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LA NI DIA DAH MASUK PEH

Mat Taib

Mat Taib: Jadi MB, naib presiden Umno pada usia muda
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
SEPTEMBER 29, 2013
Tan Sri Muhammad Muhd Taib jadi menteri besar dan naib presiden Umno ketika usia 40-an. 
Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 September, 2013.

Semasa sedang enak menikmati ikan bakar di salah sebuah warung di Kuala Lumpur, bekas naib presiden Umno yang pernah menggemparkan negara suatu masa dahulu menghubungi dan minta hadir ke rumahnya di Shah Alam setelah beberapa temu janji yang dirancang tidak berjaya.
Rumah orang kenamaan itu seperti yang sering digambarkan televisyen adalah rumah banglo atas bukit tersergam indah dengan barisan kereta mewah dan ada beberapa pembantu rumah.
Di laman rumahnya, ada dua buruh binaan yang sedang melakukan kerja pengubahsuaian.
Beliau sedang melayan dua tetamu yang terlebih dahulu datang bertandang dan butiran perbualan mereka banyak berkisar tentang politik.Setelah memberi salam, kelibat personaliti minggu ini, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyapa dengan penuh mesra dan menjemput masuk ke singgahsananya.
Sementara menunggu giliran menemu bual bekas veteran Umno itu, peluang yang ada digunakan bagi melihat keindahan segenap penjuru rumah.
Anak perempuannya memiliki enam ekor kucing yang sangat comel dan ditunjukkan kepada kami.
Setelah kira-kira 10 minit menunggu, orang yang ditunggu pun bersedia untuk ditemubual mengenakan kurta putih dan berkain pelekat.
Melihat garis muka di wajahnya, teringat pesanan awal beliau yang tidak mahu jurugambar hadir pada sesi temu ramah hari ini.
Logo kerajaan yang tertera pada cawan minuman kami, jelas membayangkan pengalamannya berkhidmat bersama kerajaan ‘minoriti’ hari ini.
Tanpa banyak membuang masa, soalan pertama terus diajukan untuk mengetahui apakah aktiviti sehariannya setelah tidak lagi bergiat aktif dalam arena politik.
"Saya ke surau setiap hari bagi mendalami isi kandungan al-Quran kerana sebagai umat Islam sepatutnya menjadi budaya sedari kecil hingga ke liang lahat. Ini satu proses berterusan.
"Kita perlu mendidik masyarakat kepada perkara benar dan mendidik anak bangsa kerana ini yang diterapkan oleh Nabi Muhammad dalam ajaran agama kepada seluruh umat manusia,” katanya dalam nada tenang memulakan perbualan.
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Taib menceritakan sejarah bagaimana beliau mula berkecimpung dalam arena politik.
"Ibu dan ayah saya aktif dalam pergerakan Umno. Bapa saya pernah menjadi Ketua Cawangan dan Ibu saya juga pernah menjadi Ketua Wanita Cawangan. Boleh dikatakan sejak kecil lagi saya bergelumang dengan dunia politik.
"Namun dalam 10 orang adik-beradik, hanya saya anak ketiga dari kalangan mereka yang menceburkan diri dalam arena politik. Saya mempunyai tujuh adik-beradik lelaki dan tiga perempuan.
"Ada di kalangan ahli keluarga saya menjadi seorang doktor, saintis, pegawai bank, jurutera elektrik dan pensyarah. Ayah saya dahulu cenderung menghantar adik perempuan saya ke kolej Islam dan lelaki diterapkan dalam bidang akademik dan profesional,” katanya.
Bekas Menteri Besar Selangor itu dikurniakan 11 cahaya mata dan cucu seramai tujuh orang.
“Anak perempuan saya yang bongsu kini bersekolah menengah di tingkatan dua,” katanya yang teragak-agak memberitahu umur anak bongsunya itu.
The Malaysian Insider pastinya tidak mahu melepaskan peluang mendalami dasar pemikiran pemimpin veteran ini yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara amnya dan negeri Selangor khususnya.
Nada pertuturan beliau mula bersemangat apabila tabir kisah politik dibuka ibarat deruman motosikal berkuasa tinggi menuju ke sempadan.
Muhammad yang seakan sudah sinonim dengan perjuangan parti simbolik Melayu itu melihat Umno perlu mendidik dan membuka akal fikiran dengan menyampaikan situasi sebenar negara.
Aksi Mat Taib ketika ditemubual.Aksi Mat Taib ketika ditemubual.Katanya, pemimpin Umno perlu segera mengelak membesar-besarkan isu remeh dan parti itu perlu menjadi ketua serta payung kepada semua kaum kerana sejak akhir-akhir ini parti itu dilihat cuba memainkan sentimen perkauman.
"Sentimen itu pula terang bertentangan dengan ajaran Islam. Nabi Muhammad sendiri semasa menjadi pemerintah di Madinah berlaku adil kepada orang Islam dan bukan Islam. Jika menyampaikan bantuan semua pihak dapat.
"Nabi sebelum wafatnya berpesan jangan meninggalkan solat dan lindungi orang yang lemah di antara kamu. Ini yang sepatutnya diamalkan Umno bukan berterusan menjaga kepentingan sesuatu kaum sahaja.
"Mereka mengaku beragama Islam tetapi adakah mereka mengikut ajaran Islam? Kita harus membantu kaum di Malaysia mengikut nisbah mereka tanpa ada muslihat tertentu,” katanya yang faham asam garam perjuangan parti Melayu itu.
Pemimpin yang baru sahaja menyertai PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu menegaskan sudah tiba masanya kerajaan menilai semula bantuan yang diberikan kepada kaum Bumiputera.
Katanya, selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, banyak pihak yang boleh menerima program khas untuk Bumiputera seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahu mencapai sasaran penguasaan ekonomi Bumiputera sebanyak 30 peratus tetapi perkara itu semua telah berlalu.
"Program ini tidak berjaya. Salah siapa? Sekarang Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib mahu wujudkan pula program pemerkasaan ekonomi Bumiputera dan saya berpendapat ia tidak sesuai. Kerajaan perlu adil menjaga kebajikan semua kaum.
"Kaum bukan Bumiputera datang ke sini bukan salah kita. Penjajah dan peniaga asing yang membawa mereka ke sini. Sekarang bukan lagi masa kerajaan memberi bantuan sepenuhnya kepada orang Melayu tetapi pembangunan minda dan semangat juang mereka perlu ditingkatkan.
"Permaisuri Victoria di Britain suatu masa dahulu mencerdaskan orang Barat dengan ilmu dan geran penyelidikan maka lahirlah pencipta kapal terbang, kereta dan telefon semasa zaman Revolusi Industri,” katanya yang mahu kerajaan mengambil iktibar kegagalan DEB.
Beliau berkata, pemimpin Jepun pada masa itu turut tidak mahu ketinggalan dengan menggunakan pendekatan sama sehinggakan Jepun menjadi bangsa berilmu dan ahli perniagaan ternama.
Menurutnya, Malaysia harus mengambil pendekatan tersebut dengan menyediakan banyak peluang kepada rakyat selain pendekatan kerajaan kini yang gemar menggunakan jalan mudah menghulurkan wang untuk mendapat sokongan serta menggunakan pendekatan perkauman bagi menentang kaum lain dalam negara ini.
Muhammad yang menyertai Umno pada 1964 menyifatkan mereka yang menyertai Umno pada masa kini hanyalah untuk mendapat kontrak, menjadi kaya dan menjaga kepentingan diri sendiri.
Beliau berkata, ahli Umno kini tidak lagi berjuang untuk bangsa dan tugas hakiki mereka pula diserahkan kepada agensi kerajaan.
"Umno mesti jadi ketua pembangunan. Apa program tingkatkan mutu orang Melayu? Pemimpin yang dilanda masalah juga mahu bertanding. Saya lihat Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi layak dipilih menjadi naib presiden Umno.
"Saya lihat Senator Datuk Maznah Mazlan boleh memimpin sayap Wanita Umno. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil nak buat apa lagi?," katanya yang menyenaraikan calon pilihannya dalam pemilihan Umno kelak.
Selain itu, beliau berpendapat PR sudah memenangi PRU13 dan sepatutnya menubuhkan kerajaan.
Katanya, rakyat jelas menolak BN dengan bukti undi popular mereka hanya 47 peratus dan BN membentuk kerajaan minoriti.
“Sistem nisbah kerusi dengan jumlah penduduk Malaysia yang tidak seimbang menyumbang kemenangan BN.
"Saya tiada bukti mendakwa penipuan dalam PRU13 tetapi biasanya kerajaan pemerintah mahu mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun,” katanya dalam nada tenang yang sekali sekala mengusik mahu perhatian pada lontaran ideanya.
Mengabaikan kelibat jurugambar yang gemar mendapatkan aksi terbaik, beliau sempat mengulas entiti akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dilihatnya tidak adil dalam laporan.
Beliau berkata, sudah tiba masanya masyarakat perlu dididik dan akhbar tidak seharusnya menjadi berat sebelah dengan menyiarkan ulasan pihak menyokong sahaja kerana sesuatu isu perlu dibahas dengan meluas.
"Utusan wajar mencontohi media asing yang lebih bersifat nenyeluruh. Selain itu, rakyat juga perlu bijak menilai dan jangan terus percaya kepada tulisan mereka tanpa usul periksa.
"Jika kaum Melayu masih terus dihidangkan dengan bahan bacaan di peringkat jumud, bagaimana kita mahu menjadi masyarakat antarabangsa, hebat dan mampu mengupas sesuatu isu yang lebih besar?
"Kerajaan sepatutnya memberi kebebasan akhbar untuk mengupas sesuatu isu dengan lebih luas dan mendalam sebagaimana yang diamalkan di Indonesia. Akhbar mereka bebas membuat liputan dengan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak,” nadanya kambali tegas dengan sekali-sekala mengetuk meja melontarkan idea.
Muhammad juga nyata bersetuju supaya lebih ramai orang muda menerajui Umno supaya lebih banyak idea segar dan baru mampu dijana.
“Tiada salahnya. Saya jadi Naib Presiden lebih muda daripada Mukhriz. Saya dalam lingkungan awal 40-an dah jadi MB Selangor dan Naib Presiden Umno. Mukhriz sekarang 49 tahun. Beliau ada ketokohan, berwawasan dan mempunyai profil cemerlang. Saya lihat dia salah seorang yang boleh dibawa ke depan,” katanya.
Katanya, Umno perlu segera keluar daripada ideologi membentuk pasukan tertentu yang kononnya juga bertujuan memastikan strategi kempen kemenangan mereka berjaya.
“Saya fikir tidak bagus diwujudkan pasukan kerana akan melemahkan perjuangan. Pilih siapa yang layak. Pengundi yang baik akan dipilih berdasarkan prestasi.
“Prestasi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sayap Pemuda Umno berada dalam keadaan terbaik. Saya lihat dia boleh bertahan dengan segala ujian yang diberikan kepadanya. Khairy seorang pemimpin yang boleh pergi jauh dan boleh disokong.
“Kepimpinan beliau sesuai dengan zamannya. Jika dahulu pendekatan pendesak mungkin berkesan kerana suara akar umbi tidak didengari. Tetapi Khairy seorang menteri, apa nak desak lagi? Lakukan apa yang dirancang,” katanya yang menafikan keperluan kumpulan pendesak dalam sayap Pemuda Umno.
Dengan segala yang  dilaluinya, beliau kini sudah berasa pahit manis dan jatuh bangun dalam kerajaan dan Umno.

“Saya terima hukum dan apa yang ditakdirkan kepada saya. Jika setakat ini perjalanan saya, cukuplah. Saya akan terus menyumbang dan memberi teguran baik kepada pihak PAS mahu pun Umno,” katanya yang ingin bergegas mengakhiri wawancara untuk segera menunaikan solat Zohor. – 29 September, 2013

Ahad, 29 September 2013

Najib lebih tenang di luar negara dari dalam negara..!!!


Datuk Seri Najib Razak berucap di Perhimpunan Agung PBB ke-68 di New York semalam. Gambar oleh Reuters.Datuk Seri Najib Razak berucap di Perhimpunan Agung PBB ke-68 di New York semalam. Gambar oleh Reuters.Antara sebab mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menikmati masanya berada di luar negara begitu banyak ialah hanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau di bilik mesyuarat Waldorf Astoria di New York, penonton masih terpersona dengan ceramahnya mengenai Malaysia sebagai model negara Islam yang sederhana.

Keadaan ini berbeza di tanah airnya yang dipenuhi kumpulan berhaluan kanan khususnya  dalam Umno, hilangnya toleransi agama dan kaum, kata-kata "kesederhanaan" tersebut hanya akan dipandang sinis. Atau lebih teruk lagi, menghina.

Ia didedahkan di Parlimen bahawa Perdana Menteri membelanjakan sejumlah RM44 juta untuk berjalan ke luar negara antara Mac 2008 dan Mei 2013.

Fakta tersebut memeranjatkan malah di kalangan ahli politik Umno sendiri. Sebahagian daripada mereka tertanya-tanya mengapa menghadiri perhimpunan PBB atau merasmikan pejabat Khazanah Nasional di San Francisco menjadi begitu penting, atau wujudkah keperluan Najib melawat Thailand untuk berehat selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Namun, terdapat penjelasan mudah mengapa beliau menikmati kebahagian berada di luar negara berbanding di Malaysia. Beliau perlukan sesuatu untuk mengalihkan pandangannya daripada masalah harian yang dihadapinya di Malaysia, masalah yang berpunca daripada kesanggupannya membenarkan suara-suara sumbang menentukan hala tuju negara, selain ketidakmampuannya menangani masalah utama iaitu rasuah hingga ke masalah perlanggaran undang-undang.

Masalah lain termasuk wujudnya ramai pemimpin berhaluan kanan dalam Umno, barisan Kabinet yang tidak berkesan, pembangkang yang agresif, parti komponen lemah dan tidak relevan, defisit fiskal meningkat, selera yang tidak pernah puas daripada kroni dan ahli perniagaan, selain kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengacau pentadbirannya.

Dengan latar belakang ini, meletakkan sedikit ruang antara Malaysia dan dirinya, mana satukah yang menjadi pilihan Najib.

Fikirkanlah. Apa yang berlaku kepada kanak-kanak di sebuah rumah apabila keamanan dan ketenangan adalah sesuatu yang jarang berlaku, ketegangan dan perbalahan berlaku setiap hari? Biasanya kanak-kanak akan memberi alasan untuk melepak di rumah kawan kerana mereka boleh menerima pujian dan belaian.

Apa yang berlaku kepada seorang pelajar yang merasakan dirinya ketinggalan di sekolah, tertekan dengan permintaan ibu bapa dan guru, dan terpaksa berdepan dengan pembuli? Kemungkinan pelajar tersebut akan ponteng sekolah atau melakukan sesuatu supaya jarang dilihat berada di dalam kelas.

Situasi tersebut sama dengan PM Malaysia. Sebahagian daripada rombongan yang berada dengannya berkata, beliau kelihatan tenang apabila berada di luar, menikmati masanya bersama ahli perniagaan dan pemimpin luar negara, bercakap mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global dan menawan mereka dengan kelancaran penyampaian beliau, berpakaian segak dan berupaya untuk mempersonakan orang Barat dengan cara beliau bercakap.

Di New York, penonton memberi penghargaan kepada Najib apabila bertepuk tangan kepadanya selepas menyampaikan hujahnya "dialog menghadapi konfrontasi, rundingan menghadapi konflik".

Berbeza dengan negara yang dipimpinnya, apabila wujud konfrontasi daripada dialog mengenai agama dan kaum.

Parti yang diterajui beliau tidak berminat untuk berkompromi atau mengambil jalan tengah, sebaliknya memilih untuk menindas hak mereka yang tidak mengundi Umno/Barisan Nasional dalam PRU13. Malahan, Najib juga sendiri membuktikann dirinya penyokong kuat agenda mereka yang berhaluan kanan.

Malah, The Economist, sebuah penerbitan yang sangat bermurah hati memuji Najib sebagai seorang pembaharu pada masa lalu, juga menyedari perkara yang sedang berlaku di Malaysia.
Mereka mendedahkan ekoran prestasi buruk BN pada 2013, "parti itu kembali kepada cara politik jijik yang lama berasaskan kaum untuk menyokong kaum Melayu, daripada segi pengagihan peruntukan kepada mereka yang mengundi pembangkang".

"Mangsa utama langkah ini adalah Najib sendiri. Sebelum pilihan raya dia dilihat sebagai seorang pembaharu besar, beliau memansuhkan undang-undang keselamatan yang sudah lapuk tetapi secara perlahan-lahan kembali kes sistem mengutamakan etnik. Namun untuk terus hidup daripada serangan pihak konservatif , Najib dipaksa untuk berpatah balik," kata Economist.

Ia kemudiannya membuat kesimpulan ekonomi Malaysia yang lembap perlu dipertingkat bagi  meningkatkan bantuan berbilion-bilion ringgit untuk program tindakan afirmatif baru dan menegaskan kekurangan rakyat Malaysia yang berbakat akan berlanjutan, kerana jijik dengan perkauman yang jelas berlaku di sini.

"Terlalu banyak dengan pembaharuan oleh Najib," kata Newsweekly .
Apabila Najib kembali ke Malaysia minggu depan, PM akan berdepan kembali masalah yang dihadapi dalam negara. Tetapi seminggu ini, beliau boleh menikmati hidupnya - di mana beliau diraikan sebagai seorang pemimpin yang sederhana.

APA DAP BOLEH BUAT ? ADA BERANI LAWAN ROS ?

Jangan main-main dengan DAP, kata Karpal

  • Karpal Singh Karpal Singh
1 / 1
PETALING JAYA - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), supaya jangan 'bermain-main dengan parti itu kerana mereka akan terus teguh berdiri walaupun pelbagai sekatan yang dikenakan oleh badan tersebut.

Menurutnya, DAP merupakan sebuah parti yang kuat serta mendapat sokongan majoriti daripada rakyat pada PRU13 yang lalu.

"Saya ingatkan ROS bahawa DAP parti yang teguh.

"Jadi jangan 'main-main dengan DAP," katanya ketika memberi ucapan pembukaan bagi sesi pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP yang berlangsung, di One Utama Hotel, di sini, hari ini.

AGAMA NASIONAL

Sunday, September 29, 2013

Pahang bakal ditransformasi menjadi 'Serambi Buddha' melalui 1Malaysia Spiritual Tourism ?


Apa cerita ni?.. Disebuah negara Islam sebuah negeri akan ditransformasikan sebagai serambi Buddha terbesar dalam dunia..

Menurut laman web ‘Enchant Acres’ projek ‘1 Malaysia Spiritual Tourism’ ini akan mempromosikan agama Buddha, Taoisme , Hindu , Sikh, Confucian , Kristian, serta Sai Baba dan pergerakan I- Kuan Tao.

Projek ini akan dibangunkan di Gambang, 35 Km dari bandar Kuantan, Pahang di atas tapak seluas 500 ekar lebih besar dari KLIA.

Antara yang dirancang dalam projek ini ialah pembinaan piramid setinggi 30 tingkat , yang akan menjadi piramid yang terbesar di dunia, dimana patung gergasi berputar Kuan Yin akan didirikan dipuncak piramid.

Patung gergasi Kuan Yin itu dipercayai yang terbesar didunia dan Kuil Kuan Yin yang akan didirikan juga merupakan yang terbesar didunia.

Piramid yang dibina merupakan bangunan untuk menyimpan abu mayat (Columbarium) paling besar didunia.

Selain itu pembinaan kawasan rekreasi dan komersial yang terdiri daripada hotel dan pusat peranginan , kedai-kedai makanan dan minuman, kemudahan rekreasi seperti kelab-kelab dan pusat-pusat hiburan , taman, taman-taman, pusat-pusat perniagaan , dan juga universiti- kolej, sekolah antarabangsa , dan pusat-pusat pengajian yang lain.

Pengarah Urusan Kumpulan Enchant Acres Sdn Bhd, Datuk Dr Allan Ho pemaju projek ini mendakwa projek ini disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan juga menyediakan tanah untuk mereka.

Selain itu dakwanya Kerajaan Malaysia juga membantu menyediakan dana untuk pembangunan projek ini..


Yang menghairankan ialah Kerajaan negeri Pahang dilaporkan tidak tahu menahu tentang projek ini.. baca di SINI ..sedangkan mana mungkin dalam memajukan projek yang sebegini besar kerajaan negeri tidak tahu kerana ianya melibatkan tanah seluas 500 ekar bukan 5 inci..

Tapi.. mengikut apa yang tercatat dalam laman Enchant1MST yang screenshotnya di bawah, Najib tahu..

Siapa yang bohong dalam hal ini.. Pemaju atau Kerajaan Negeri?

Persoalannya disini wajarkah kompleks ini dibina di dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi?

Tapi aku nampak lain macam saja projek ni.. sebab siap ada marketing plan lagi macam MLM pulak..lihat di SINI

Eh?? Najib dari Pahang kan?.. kenapa dia tak hebahkan projek ini kepada rakyat?

29 September, 2013

DAP Belasah SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibidas DAP kerana mendapat peruntukan sebanyak RM1 juta tetapi hanya tujuh kes disiasat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, serta mendesak untuk tampil telus membuat penjelasan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan mempertikaikan keupayaan SPRM berbanding dengan kumpulan bebas Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) yang tidak mendapat sebarang peruntukan tetapi dapat mengesan banyak salahguna kuasa yang berlaku semasa PRU berjalan.
"Ia sangat mengejutkan selepas berbelanja RM1 juta bagi perbelanjaan saraan belanja hidup ke atas pegawainya semasa PRU13, SPRM hanya menemui tujuh kes sahaja yang berkemungkinan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Lagi..

KONTRAKTOR ORANG KITA, MAMPUIH !


Ahad, 29 September 2013

Gambar : Terengganu Runtuh Lagi !!!





 Sumber gambar DISINI

Sebuah Masjid di Kampung Terbauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Terengganu yang baru siap di bina oleh telah runtuh dibahagian siling pagi tadi kira-kira jam 2.00 pagi.

Bagaimanapun Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Kerugian pula masih tidak dapat dipastikan.Tidak dapat aku bayangkan jika kejadian ini berlaku ketika orang ramai sedang solat berjemaah di dalam masjid.

Selepas Kerajaan Umno Terengganu pimpinan Idris Jusoh meruntuhkan Masjid Bujal di Kemaman beberapa tahun lalu,kejadian runtuhan di Terengganu sering berlaku.Hinggakan negeri ini terkenal dengan jolokan Terengganu DARUL RUNTUH ~ TINTA HIJAU DKBTU KERJA KONTRAKTOR YANG

SEKULAR MEMANG BEGITU

Dr Mahathir sokong tahan tanpa bicara, baik untuk rakyat

TMI
Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyokong langkah kerajaan membuat pindaan untuk mengukuhkan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang dibentangkan baru-baru ini di Dewan Rakyat bagi menahan seseorang individu tanpa bicara.

Bekas perdana menteri itu paling lantang mengecam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memansuhkan beberapa akta kontroversi sebelum ini menyifatkan langkah tersebut baik demi kepentingan rakyat.

“Saya berpendapat undang-undang (pindaan PCA) tersebut baik untuk kepentingan rakyat,” kata Dr Mahathir semasa sidang media di Sunway Universiti hari ini.

 Najib pada 2011 telah memansuhkan beberapa akta yang menahan seseorang tanpa bicara, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).
 
Menurutnya lagi, undang-undang keras tersebut perlu dilaksanakan di Malaysia memandangkan rakyat masih tidak membangun dan tidak berpendidikan.
“Dalam negara ini kita masih perlukan undang-undang begitu (tahan tanpa bicara), sebaik kita mansuhkan undang-undang tersebut lihatlah apa yang berlaku.

“Orang ramai masih tidak berpendidikan dan membangun untuk menghargai undang-undang sedemikian,” terang Dr Mahathir lagi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir memberi amaran supaya pemerintah tidak menyalahguna undang-undang tersebut untuk tujuan kepentingan sendiri.

“Jika kamu salah guna undang-undang, kamu perlu menerima padahnya,” katanya lagi.
Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun.

Pindaan berkenaan akan menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.

PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.

Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.
Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi.

PCA bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak kerana ia dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai Malaysia, dan pindaan hari ini akan memasukkan peruntukan melibatkan dua negeri berkenaan.
Lebih 300 korban gempa bumi di Pakistan
  • Lebih 300 korban gempa bumi di Pakistan Helikopter tentera udara digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat.
1 / 1
ISLAMABAD - PAKISTAN. Lebih 300 terbunuh (sehingga jam 10 malam waktu tempatan) dan ribuan rumah musnah selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 skala Richter melanda daerah Awaran di wilayah Balochistan, Pakistan, kelmarin.

Jurucakap kerajaan, Jan Muhammad Buledi berkata, ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

"Enam daerah terjejas teruk adalah Awaran, Kech, Gwadar, Panjgur, Chagi dan Khuzdar dengan populasi penduduk lebih 300,000 orang.

"Kami kini kekurangan keperluan perubatan dan lokasi terhad untuk merawat mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelamat Balochistan, Syed Ali Shah berkata, angka kematian dijangka meningkat berikutan usaha menyelamat penduduk di kawasan pendalaman terganggu kerana terputus hubungan.

"Jalan utama sudah terputus. Kini kami berusaha menggunakan laluan udara untuk mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan," katanya.

Media Time of India juga melaporkan, gegaran kuat turut dirasai di Karachi, Hyderabad dan ibu negara India, Delhi.

Sanggup Terjun Bangunan Elak Diri Dari Dirogol


Kuala Lumpur: Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol.

Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah.

Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta.

Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut.

Seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Arif berkata, sebelum itu dia mendengar suara jeritan wanita meminta tolong. -HM

woit ? taboq banyak sikit, gerenti boleh menang !

PRK Dun Sungai Limau: BN punyai peluang cerah
  • Hasan Malek Hasan Malek
1 / 1
SHAH ALAM – BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil di kerusi Dun Sungai Limau berdasarkan rekod dan prestasi BN yang semakin baik setelah berjaya merampas Kedah daripada Pas pada PRU13 lalu.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, kemenangan Umno-BN dalam mana-mana pilihan raya akan tercapai jika jentera dan kepimpinan di semua peringkat dapat bekerjasama dan tidak berpecah-belah.

“Insya-ALLAH, sekarang kerajaan BN di Kedah, saya lihat kita ada harapan (Dun Sungai Limau).

“Kita semua perlu bekerja kuat, kalaulah semua orang Umno khususnya orang kita bersatu, kemenangan boleh kita perolehi, jangan kita berpecah,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kerusi Dun Sungai Limau yang dikosongkan oleh penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak selepas meninggal dunia pada 11.10 pagi semalam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada umur 69 tahun selepas menghadapi komplikasi jantung sejak dua hari lalu.

Pada 9 Mei lalu, selepas PRU13, Azizan menjalani pembedahan untuk memotong untuk kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang akibat kencing manis.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 4 Ogos selepas keadaannya agak stabil.

Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggalkan dua isteri iaitu Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta lapan anak.

Azizan sebelum ini adalah Pesuruhjaya Pas Kedah sebelum diambil alih oleh Datuk Mahfuz Omar.

Pada PRU13, Azizan menang di kerusi Dun Sungai Limau menewaskan calon BN, Mohd Fazilah Mohd Ali dan dua calon bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.

28 September, 2013

(Gambar) Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Turut Beri Penghormatan Pada Allahyarham Ustaz Azizan

Sheikh Mohd Mahmood Siyam adalah Bekas Rektor Universiti Islam Gaza Palestine, Bekas Imam dan Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestine tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan menegakkan islam di bumi Allah.
Lagi..

TERJUN MENGEJUT, MATI MENGEJUT

Wanita cari 'port' sesuai terjun bangunan

  • Wanita cari 'port' sesuai terjun bangunan Mayat Sau Chian ditemui di tepi tangga Flat Taman Pakatan, Bercham dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan itu, malam tadi.
1 / 1
BERCHAM - Seorang wanita sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dipercayai bertujuan mencari 'port' sesuai sebelum bertindak terjun bangunan, malam tadi.

Wanita dikenali Chong Sau Chian yang tinggal di Taman Liew Yap Sin, Gunung Rapat di sini, dikatakan membawa diri ke kawasan perumahan Flat Taman Pakatan itu sebelum ditemui mati dipercayai akibat terjatuh dari rumah pangsa empat tingkat itu.

Wanita berusia 46 tahun itu juga dipercayai telah mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mayat mangsa dijumpai seorang penduduk yang menyedari banyak anjing menyalak kuat di kawasan berhampiran tangga bangunan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima panggilan awam kira-kira jam 9.15 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Tibanya di kawasan terbabit, kelihatan seorang wanita tertiarap di atas jalan dipercayai terjun dari tingkat empat.

"Namun, wanita terbabit disahkan telah meninggal dunia selepas pembantu perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) melakukan pemeriksaan atas badan wanita terbabit" katanya di sini, malam tadi.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata mahupun racun.

"Bagaimanapun, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

UMNO PARTI ISLAM TERBESAR DIDUNIA (PARTI ISLAM UMNO SEMALAYSIA)

Perjuangan yang dipandu agama
UMNO bukan sebarang parti. Ia adalah parti Islam terbesar di dunia, dan tunjang kepada parti utama yang paling lama memerintah di dunia.

Umno adalah parti yang berperanan besar memerdekakan Malaysia, memulih maruah bangsa Melayu-Bumiputera dan umat Islam, serta melindungi rakyat semua kaum di negara ini.


Jika tidak kerana usaha Umno dan falsafah perjuangannya, tidak mungkin negara kita maju dan progresif. Umno terlalu penting untuk bangsa, negara dan agama Islam, manakala jasa dan sumbangannya kepada rakyat semua kaum amat jelas dan besar sekali.


Hari ini, kita semua dapat hidup aman sentosa. Kerana itu, Umno mesti terus kuat dan dipertahan kelangsungannya.


Pemilihan kepimpinan Umno bukanlah semata-mata untuk mengisi jawatan. Ia adalah tanggungjawab untuk memilih barisan individu yang akan bekerja sebagai satu pasukan melaksanakan amanah seperti yang diharapkan oleh lebih tiga juta ahlinya, dan memenuhi aspirasi rakyat Malaysia.


Justeru, pemimpin yang dipilih haruslah mereka yang cekap, berilmu dan memiliki nilai-nilai yang diperlukan untuk melonjakkan parti dan memenuhi harapan ahli dan semua pihak. Perebutan jawatan janganlah sampai melemahkan parti. Elak sabotaj calon lain atau mengkhianati bangsa dan parti sendiri.


Musuh dalam selimut lebih berbahaya daripada musuh yang nampak.

Perjuangan Umno jelas.

Kita berjuang untuk memulia dan memajukan bangsa, agama dan negara. Sebagai calon Exco Pergerakan Wanita Umno, saya berikrar untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran, dan beriltizam menguatkan parti bersama-sama barisan kepimpinan menggapai masa depan yang lebih cerah. Kejayaan dalam pertandingan bukanlah matlamat semata-mata tetapi untuk menjayakan perjuangan. Inilah pegangan saya.


Harapan saya ialah untuk memanfaatkan ilmu yang ada serta pengalaman bertugas dalam kerajaan dan dalam bidang akademik demi perjuangan Wanita Umno dan parti, termasuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka lebih sengit daripada yang baru lalu.


Antara perjuangan Umno yang utama ialah mendaulatkan agama Islam dan mempelopori perpaduan ummah. Kita bersyukur kerana Malaysia hari ini aman dan sejahtera. Agama Islam yang kita anuti terus berkembang dan terpelihara.


Kita berdoa umat Islam negara ini terus berpegang kepada tali ALLAH dan bersatu padu. Kita mempertahankan al-Quran, hadis dan sunnah kerana ini asas kepercayaan orang Islam. Surah An-Anfaal ayat 60 menyuruh kita membuat persediaan mempertahankan umat Islam.


Kita ambil panduan agama dan gunakan akal fikiran, daya usaha dan menggembleng tenaga untuk memastikan umat Islam di negara ini hidup aman, selamat, bersatu padu dan berjaya.

Ini penting memandangkan mutakhir ini adanya ancaman ajaran sesat dan pelbagai aliran fahaman atas nama demokrasi dan hak asasi.

Tidak terkecuali pihak yang suka putar belit dan sanggup menjual maruah agama bersekongkol dengan puak cauvinis dan rasis untuk dapatkan undi. Dalam keadaan umat Islam dicabar dengan pelbagai insiden yang menghina Islam, Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan negara, puak ini lebih menjaga kepentingan sekutu politik.


Dalam usaha memulihkan perpaduan, Umno berpandukan ajaran al-Quran, sunnah dan hadis. Pendekatan yang diambil ialah keluhuran dan kesederhanaan, di mana agama yang memandu politik, bukan dipandu politik. Sifat wasatiyyah yang dituntut agama bukan sahaja dapat mengembalikan perpaduan malah mengembangkan lagi syiar Islam serta membolehkan

Umno bekerjasama dengan kaum lain dan memberi perlindungan kepada mereka.

Umno terdiri daripada orang Melayu-Bumiputera yang bersemangat kebangsaan tapi tidak membelakangkan agama.


Orang Umno tidak pernah ragu dengan keislaman mereka. Semangat kebangsaan dalam Umno bukan untuk menjadikan Melayu-Bumiputera eksklusif tapi bertujuan meningkatkan kebolehan mereka agar menjadi bangsa dan umat Islam yang bermaruah, dihormati dan berjaya. Ini sejajar dengan tuntutan agama.


Umno akan terus pertahan Perlembagaan dan kedudukan istimewa Melayu-Bumiputera dan hak kaum lain.


Umno akan pastikan Melayu tidak hilang di dunia, malah kekal maju, progresif dan pencapaian hebat.

PERIKSA BARAPA HARTA KELUARGA DIA !

Saturday, September 28, 2013 


Semakin hari Tun Mahathir semakin mengarut. Dia dah nak mampus agaknya!


Nampak gayanya kenyataan mantan presiden Umno selama 22 tahun, Mahathir Mohamad semakin hari semakin terserlah mengarutnya. Semalam Mahathir nasihatkan ahli Umno agar jangan pegang jawatan terlalu lama. Apakah dia telah lupa bahawa dia pernah pegang jawatan presiden parti haprak itu selama 22 tahun dan menjadi presiden Umno serta perdana menteri yang paling lama memegang jawatan? Mahathir juga menasihatkan ahli Umno agar jangan amalkan budaya cantas mencantas. Apakah dia lupa sebenarnya amalan mencantas pemimpin pelapis berwibawa itulah yang dia sendiri amalkan selama dia berada persada kuasa kepimpinan Umno!! Mahathir mancantas Tengku Razaleigh dan dia jugalah yang mencantas Anwar Ibrahim hanya kerna kededua pemimpin itu jauh lebih cerdik, berwibawa dan bersih darinya. Aduhai kesiannya: Semakin hari Tun Mahathir semakin mengarut. Dia dah nak mampus agaknya!.
Nasihat Mahathir: Usah pegang kuasa terlalu lama
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berharap pemimpin Umno tidak memegang kuasa terlalu lama sehingga tidak disenangi ahli dan rakyat yang akhirnya akan menjejas parti dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, seseorang pemimpin itu perlu mempunyai tempoh tertentu memegang kuasa dan kemudian menyerahkan kepemimpinan kepada pelapis demi masa depan parti dan negara.
"Pemimpin berwibawa perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa bagi mengelak ahli dan rakyat membenci parti kerana dibanjiri ramai pemimpin yang tidak disenangi mereka," katanya pada Bicara Wawasan 2020 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), di sini, kelmarin.
Beliau ditanya peserta mengenai kemunculan ramai pemimpin menawarkan diri dalam pemilihan Umno bulan depan, termasuk golongan muda.
Mantan presiden Umno itu sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Umno sebagai "sudah tua dan bakal mati".
Kelmarin, Dr Mahathir turut meminta pemimpin Umno agar bersikap terbuka menerima golongan yang lebih bijak daripada mereka untuk memimpin parti, bukannya mengamalkan budaya suka mencantas.

"Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin lebih pandai kerana takut tergugat. Budaya cantas mencantas ini tidak baik untuk parti dan sekiranya berlaku ia perlu dihentikan segera," katanya yang ditukil Berita Harian Malaysia (BHM).
Ketika ditemui media kemudian, Dr Mahathir yang ditanya peluang anaknya, Datuk Mukhriz, memenangi jawatan Naib Presiden, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Menteri Besar Kedah itu menentukan masa depannya.
"Terpulang kepadanya (Mukhriz)... seperti pemimpin lain yang menawarkan diri merebut pelbagai jawatan dalam parti, perwakilan mempunyai kuasa sama ada memilih beliau atau sebaliknya.
"Bagi saya kualiti seorang pemimpin yang baik dinilai daripada pelbagai aspek termasuk kewibawaan, potensi dan latar belakang perkhidmatan.
"Namun, terserah kepada kebijaksanaan perwakilan memilih pemimpin untuk berkhidmat kepada parti dan demi masa depan negara," katanya.
Dr Mahathir turut menafikan dakwaan bahawa seorang daripada calon Ketua Pemuda Umno, Encik Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi adalah proksinya bagi menentang penyandang jawatan itu, Encik Khairy Jamaluddin.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.