Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nuffnang Ads

Selasa, 29 Julai 2014

MULA TERAJANG KHALID






ANGKAT KAKI LAMBUNG KHALID
Maka bermusuhlah aku dengan sikhalid.....pakcik makcik felda sebulat suara siapa perintah siapa pun sama saja katanya........inilah kemuncak fakta tersendiri...kalau makcik pakcik felda pun setuju sikhalid kekal...maka...inilah musuh yang harus di kalaniskhovkan......inilah statement yang harus dipandang serius.....khalidah tempat mu dihatiku telah ku alihkan ....sewa suah naik...so anda harus keluar dari ini rumah sewa...penyewa baru yang berkualiti mau masuk....tak reti reti cari rumah sewa lain.....dimana nak cari....ni telunjuk ni...tengok mana dia tuding........KELUBANG HIDUNG LERRRRR..............kalau umno pukimak...sebelum lu lun lekat pukimak...baik lu belah....IKAN KELI IKAN KEMBUNG...ANGKAT KAKI LAMBUNG LAH KHALID...... on SIAPA ITU KHALID IBRAHIM
DIDI KOTA BELUD
on 7/29/14

KHALID WIRA BERAS JATI
Selepas PRU Ke 13 Malaysia tahu sukar menang BN Walaupun beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang Ianya tidak menjadi masalah kerana negara masih dinaungan kuasa pusat PR macam main tak sampai air keluar Kah kah kah Sayugia selepas itu kita lihat Pergolakan.demi pergoalakan Samada wujud dengan sendiri
Atau diwujudkan oleh daulah gelap Kita boleh agak.agak Pasti.kesemua ini mencorakkan senario Politik.ekonomi.dan sosial.negara NGO tumbuh macam cendawan selepas hujan Samada.ianya.bercorak fundamental atau.tidak kurang pasti Hakikatnya.NGO nie.lantang.bersuara Lantang berteriak lantang berdemo Lantang membakar semangat Kekitaan.atau kekuasaan Kah kah kah BerbagaI isu berbagai sengeta

Kerana mulut badan.binasa Semakin terang berlampu Semakin cerah matlamat Selepas perak dan.kedah Sasaran.kita semua terhadap selangor Kenapa.Khalid.yanh ditentang dahulu sedang diwira wirakan.oleh. pejuang.beras Jati Musuh.bersama.dengan matlamat bersama Kesemuanya menaguk.di.air keruh Atau.sengaja on SIAPA ITU KHALID IBRAHIM
Anonymous
on 7/28/14


--------
Nuffnang Ads

Selasa, 29 Julai 2014

Jangan nilai perbualan peribadi kami, kata AJK PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meminta akar umbi, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat tidak menganggap serong perbualan peribadi antara kumpulannya dalam mesej 'WhatsApp' yang dibocorkan dan tersebar luas dalam media sosial. 
 
Dzulkefly berkata, pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. 
 
Katanya, tidak adil jika menuding jari dan menyuruh AJK PAS Pusat bertanggungjawab kerana menimbulkan kontroversi PAS mahu keluar Pakatan. 
 
 "PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.
 
 "Secara tegasnya, olahan perancangan senario Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya. Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata kenyataan Zuhdi yang mahu mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP. 
 
Katanya, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan, termasuk Buku Jingga. Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi, tetapi pandangan Zuhdi itu ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan, "walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan," kata Rafizi. Mengulas kenyataan Rafizi yang mahu tindakan disiplin diambil atas Zuhdi, Dzulkefly berkata 'keluar Pakatan' bukan satu-satunya perancangan yang diusulkan di dalam perbincangan kumpulan mereka. 
 
Senario lain juga turut dibincangkan, termasuk kemungkinan buruk yang akan terjadi sekiranya parti Islam itu meninggalkan Pakatan. "PAS akan berpegang teguh kepada perjuangan Pakatan, membawa Dasar Bersama Pakatan Rakyat seperti yang seringkali diulang Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya. Persoalan tentang PAS meninggalkan Pakatan timbul berikutan keengganan parti itu menerima cadangan PKR menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. 
 
 Walaupun persetujuan dicapai semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Hadi kemudiannya terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap Khalid dan kenyataannya disokong Nik Aziz. Bagaimanapun, timbalan presiden Mohamad Sabu mengatakan pendirian Hadi bukan kenyataan rasmi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menasihatkan semua pihak menunggu keputusan rasmi selepas mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos.
 
 Zuhdi dalam mesej WhatsAppnya mengatakan kalau PAS tinggalkan Pakatan dan bekerjasama dengan Umno, "lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka." Dalam Facebooknya, Zuhdi juga menghentam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggelarnya 'diktator' dalam cara dia menguruskan Pakatan. 
 
Pada 27 Julai, Zuhdi menulis status di Facebooknya: "Setelah beberapa status ini, sempena Hari Raya yang mulia saya mengucapkan Eidul Fitri al-Mubarak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, maaf zahir dan batin dengan harapan tulus ikhlas "bersaralah dari politik, sudah banyak sangat rakyat Malaysia seluruh lapisan dilibatkan dengan agenda peribadi Datuk Seri".

Muhd Taib Kritik Presiden PAS, Sokong Anwar Ibrahim.

Aku tak pernah tulis di blog secara direct. Tapi di group wassap banyak kali aku tulis perkara neh. Dengan sebut nama la kan. Seseorang diarahkan oleh seseorang untuk masuk ke dalam sesuatu parti untuk memainkan peranan, memerhati, menghasut, menyampaikan maklumat dan memastikan kelebihan berpihak kepada sesuatu parti tu. 
 
Sesuatu parti itu tidak sedar dan ahli2 parti itu juga banyak bodohnya dalam memahami propaganda politik. Sampai sucikan kesalahan lampau seseorang yang baru masuk parti atas arahan seseorang. 
 
Kerana jika kita tinjau kecenderungan seseorang kita faham sangat baju yang sesuai dengan idelogi dia ialah biru muda dan bukannya hijau. Dan bila kita kritik betapa bangangnya ahli2 hijau dok sucikan orang maka pengikut2 ahli hijau meroyan nak mampos. Sekarang yang dibela dah lawan presiden parti bahkan tak sekufu dengan TGNA juga. Apa rasa pengikut hijau? Rasa oren ke? Sedap kena tipu?

KAH KAH KAH

Dan seseorang itu semakin memainkan peranan dia. Dan jika sesuatu parti itu mahu tahu, bukan hanya seseorang je yang duduk dalam parti hijau tapi mainkan peranan untuk parti biru muda.

Ha Ha Ha Ha

Selepas hanya setahun menyertai PAS, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib secara terbuka menyalahkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor. Tegas Muhammad, Abdul Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dengan menyatakan sokongan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

 "Kenyataan Presiden PAS telah menimbulkan suasana tegang. Sepatutnya hal ini akan dibincangkan dahulu pada pada 10 Ogos akan datang.

 "Selepas itu barulah keputusan PAS dimaklumkan secara rasmi," katanya pada Selasa. Muhammad menyertai PAS pada April 2013. Beliau berkata demikian menerusi surat terbuka yang dikirimkan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tajuk 'Mengapa Menteri Besar Selangor Perlu Ditukar'.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang turut menyokong Abdul hadi mempersoalkan alasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Sebelum itu, Dewan Ulama PAS Pusat turut menyatakan sokongan mahu supaya Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan pendirian yang dinyatakan Abdul Hadi.

 Selain itu, menerusi surat terbuka itu juga, Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah hilang kepercayaan daripada ahli PAS, PKR dan DAP. - mStar.com.my

Empat maut kereta jatuh gaung, dihanyutkan arus


29/07/2014 2:26pm

TAWAU - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas kenderaan dinaiki terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Kakano, Kilometer 131.56, Jalan Sapulut-Kalabakan, dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan dari daerah ini ke Keningau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau , Rudy Fredzek berkata, pemandu kenderaan terbabit yang berusia 30 tahun terselamat selepas berjaya keluar daripada kenderaan yang tenggelam dan hanyut.

"Operasi ketika ini adalah mengesan seorang bayi lelaki yang dipercayai masih hilang dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubunhi mengesahkan kejadian terbabit. - KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0729&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz38pztyYMg
Hakcipta terpelihara

Tuesday, July 29, 2014

Mesej cadangan PAS keluar Pakatan dan bekerjasama dengan UMNO di Selangor tersebar..


Satu paparan skrin aplikasi kiriman mesej Whatapps yang terbocor mendedahkan pemimpin jawatankuasa PAS pusat secara aktif membincangkan mengenai kemungkinan senario parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ini mungkin petunjuk terbesar setakat ini bahawa ancaman perpecahan Pakatan itu menjadi benar, apabila paparan skrin itu tersebar dalam Facebook yang menunjukkan ahli jawatankuasa PAS Mohd Zuhdi Marzuki sedang membincangkan bekerjasama dengan Umno.

Beliau, seorang pensyarah, menggariskan satu senario bagaimana PAS boleh keluar daripada Pakatan dan kemudian membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di DUN Selangor melalui bantuan Umno, dengan mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Perbualan yang berlaku dalam kumpulan WhatApps melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS pusat.

Seorang anggota jawatankuasa yang tidak tidak mahu dinamakan, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa paparan skrin WhatApps itu adalah asli.

Beliau kemudiannya dalam Facebooknya tidak menafikan kandungan mesej tersebut sebaliknya menafikan beliau sebahagian daripada kumpulan itu yang membangkitkan idea meninggalkan Pakatan.
PENJELASAN ISU WHATSAPP AJK PAS PUSAT BOCOR
Kesyahduan hari terakhir Ramadan semalam telah dicemarkan oleh tindakan segelintir pihak dalam PAS, membocorkan maklumat perbincangan yang sangat sulit dan rahsia dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat. Tindakan tersebut telah membangkitkan 'fitnah yang sedang tidur' pada hari yang sepatutnya ditumpukan kepada ibadah sebagaimana nasihat al-Mursyid al-Am PAS.

Tindakan membocorkan maklumat perbincangan itu dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli yang ada dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat, sekaligus menunjukkan sikap yang sangat buruk pada individu tersebut. Ia dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa PAS keluar dari PR, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu MB Selangor.

Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario (scenario analysis) tentang cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan PAS keluar dari PR. Usul PAS keluar dari PR itu telah disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan whatsapp itu, yang sebahagian besar mereka amat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Mereka menyambut usul keluar PR yang dicadangkan itu, dengan ada yang menambah, mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu MB Selangor. Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini.

Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

Disebabkan permintaan tersebut sayapun mula melakukan analisis ringkas tersebut dengan mengimaginasi senario yang akan berlaku jika PAS keluar PR. Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira.

Dalam maklumat perbincangan yang dibocorkan itu, saya memaparkan senario yang akan berlaku sekiranya PAS keluar PR, dari segi kedudukan kerajaan negeri Selangor, dan kebebasan PAS untuk berhadapan dengan DAP dan lain-lain pihak seumpamanya yang boleh dikecapi semula selepas keluar PR. Saya menggunakan bahasa imaginasi untuk menggambarkan senario tersebut.

Berikutan dengan penjelasan ini, saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu. Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur.

Sekian, salam Eidul Mubarak dan maaf zahir batin

Yang benar,

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi PPP
Behrang Stesen, Perak

11.15 pagi
1 Syawal 1435 / 28 Julai 2014

BERPECAH ?

APAKAH PERMASALAHAN JAWATAN MB LEBIH BESAR DARIPADA HUDUD ? Pak Karamu
 
PR mungkin berpecah kerana isu MB
  • Dr Hilmi Dr Hilmi
1 / 1
GEORGETOWN - Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya tidak menolak kemungkinan PR akan berpecah berikutan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Katanya sudah nampak perbezaan dalam Pas apabila majoriti ahli parti itu menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar tetapi ada yang mempertikaikan suara majoriti itu.
 
Perbezaan dalam Pas itu dilihat apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar tetapi Timbalannya, Mat Sabtu dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar secara terbuka mempertikaikan pendirian itu.
 
"Kemungkinan besar berlaku (perpecahan). Di politik apa yang boleh berlaku akan berlaku dan ia tidak mustahil.

"Kita tunggu dan lihat," kata Hilmi, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, kepada pemberita pada jamuan malam sempena Aidilfitri di sini, semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membayangkan kemungkinan PR akan berpecah kerana krisis Menteri Besar Selangor.

Guan Eng dipetik berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival
gabungan itu tergugat.
 
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pendirian Abdul Hadi menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR untuk mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Sementara itu, jamuan malam sempena Aidilfitri, yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau, turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.
 
 Jamuan yang dihadiri lebih 10,000 orang itu diadakan secara sederhana bagi menghormati tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas. - Bernama

HARAP SEGALA KECAMAN ITU ALLAH BERIKAN MEREKA PAHALA

 PAS DIKRITIK DENGAN BERBAGAI-BAGAI TUDUHAN ADALAH SESUAI DENGAN PERANGAI DASAR PARTI MEREKA, DI HARAP PAS DARI SEKARANG TIDAK TERIKUT DENGAN SIKAP MEREKA, KERANA DASAR PARTI PAS ADALAH BERCANGGAH DENGAN DASAR PARTI MEREKA, SEHINGGA SAMPAI TAHAP PAS TERPAKSA BERTINDAK SEBAGAI "TUHAN PENCARUT".

DI DALAM PERJUANGAN PAS YANG BERTERASKAN KEPADA PERLEMBAGAAN PARTINYA, PAS BERDOSA JIKA MELAKUKAN SEPERTI APA YANG MEREKA LAKUKAN, PADA MEREKA ADALAH DISEBALIKNYA, ITULAH SEBABNYA DASAR PERJUANGAN PAS SANGAT BERBEZA DENGAN DASAR MEREKA

SATU-SATUNYA DASAR PERJUANGAN PARTI SIASAH DI DALAM NEGARA INI ADALAH PARTI PAS, BERBEZA DENGAN PARTI-PARTI DI DALAM BN ATAU PARTI DI DALAM PR, SEBAB ITU AHLI PAS JANGAN  KECIWA. PANDANGAN PAS DALAM ISU SELANGOR SUDAH BETUL MENGIKUT HUKUM HAKAM  DI DALAM DASAR PARTI TERSEBUT

MENGIKUT RENTAK DAN PERANGAI ANGGOTA PARTI LAIN DI DALAM NEGARA INI SEPERTI YANG BERLAKU SEKARANG BERERTI PAS SUDAH TERKELUAR DARIPADA DASAR PERJUANGANNYA, SEBAB ITU PAS WAJIB BERSABAR SUPAYA MEREKA YANG MENCIPTA DOSA ITU PAHALANYA AKAN BERPINDAH KEPADA KITA. SELAMAT MENGUPAT, MEMAKI HAMUN, MENGHERDIK TERHADAP PEMIMPIN PAS - Pak Karamu

 

Tuesday, July 29, 2014

Isu MB Selangor: PAS jadi sasaran kecaman warga internet..



Berikutan keengganan pimpinan PAS menerima keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ramai rakyat Malaysia melepaskan kemarahan mereka terhadap parti Islam itu di Internet dan memintanya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Sebahagian pula mengkritik pakatan yang longgar itu atas “keserabutan” yang berlaku di Selangor, sambil berkata negeri terkaya di Malaysia itu berpotensi dirampas semula Barisan Nasional jika masalah dalam Pakatan tidak diselesaikan segera.

"Ini mungkin hikmahnya – membersihkan Pakatan daripada mereka yang mempunyai visi terlalu kecil yang tidak termasuk Putrajaya," kata seorang pengguna Internet, menggunakan nama @MengoYee di Twitter, merujuk kepada PAS.

@kcwai berkata: "Jadi, Hadi sanggup untuk hilang Selangor kepada BN dalam PRU14, walaupun ada seruan menukar Khalid sebagai MB, sama seperti PAS hilang Kedah?"

Beliau merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Khalid dan keengganannya menukar menteri besar itu.

"Sebaliknya, PAS perlu keluar (dari Pakatan). Dengan itu, pihak yang sederhana boleh terus memastikan Pakatan boleh berjaya. Cukup-cukuplah lawak geng pro-Umno," kata @kcwai lagi.

Pengguna Twitter @oonyeoh bersetuju, katanya: "Tak mengapa. Saya bersedia nak tengok PAS kembali ke zaman dulu sebagai sebuah parti pembangkang yang hanya boleh memenangi Kelantan."

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sebelum ini keengganan PAS menghormati dan mematuhi pandangan yang disetujui ramai di dalam Pakatan boleh memecahkan gabungan itu.

Sementara itu, @lawofmalaysia memberi amaran: "kalau ini yang terjadi, PAS akan hilang sokongan semua bukan Melayu di Selangor!"

"Ini hanya akan membuatkan Pakatan kalah, bukan BN menanng," kata @SharaadKuttan.

Yang lain pula mengatakan sokongan kepada Pakatan akan jatuh berikutan perbezaan pendapat antara parti komponennya.

"Paras air di empangan-empangan di Selangor mungkin sama rendah dengan paras sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan. aku rasa la," kata @norman__g.

@askaychan menambah: "Permainan politik di Selangor berkaitan jawatan menteri besar, di tengah-tengah tragedi MH370, MH17 dan Gaza amat menjijikkan."

@ahmadridzalman juga berkata: "setuju 100%.. memang padan muka kalau hilang kuasa disebabkan isu ini."

Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima berbagai aduan tentang menteri besar yang sudah masuk penggal kedua perkhidmatannya tetapi didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan.

Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan bible versi Melayu dan Iban oleh Jais dan Lebuhraya Kinrara Damansara.

Anwar sepatutnya bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati dia bersalah dalam kes Sodomy II-nya melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isterinya, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding menggantikan Anwar, menang kerusi dewan undangan negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi menteri besar Selangor.

Persetujuan juga dicapai dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada hari Rabu.

Bagaimanapun, Khalid bertegas dia tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.

Sokongan Hadi kepada Khalid, diikuti kenyataan timbalan presiden Mohamad Sabu yang mengatakan Hadi hanya memberi pandangan peribadinya, mungkin memecah-belahkan parti itu.

Pemimpin berpengaruh PAS, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat juga memihak kepada Hadi yang menyatakan sokongannya kepada Khalid lapor The Malaysian Insider

PR DALAM SUASANA GERSANG

Jangan buat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin

ABD SHUKUR HARUN | .
TIDAK dapat dibayangkan bagaimana dengan tiba-tiba Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh sesetengah ahli parti sendiri berikutan ketegasan beliau mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Seingat saya, sepanjang 30 tahun lebih di dalam PAS, belum pernah terjadi hal demikian dan tidak pernahpun membayangkan akan terjadi hal seperti itu, tetapi telahpun terjadi.

Berikutan kenyataan tegasnya menyokong Tan Sri Abdul Khaid Ibrahim itu pelbagai andaian dan tuduhan dibuat terhdap Presiden PAS. Ada yang mengatakan kononnya ini isyarat bahawa PAS akan bersendirian, yakni akan berpisah dengan dari Pakatan Rakyat.

Ada pula yang berteori bahawa perkembangan ini akan membuka peluang PAS untuk menghidupkan kembali apa yang dinamakan ‘Kerajaan Perpaduan’, iaitu kerjasama PAS dengan Umno.

Semua tuduhan dan andaian ini sama sekali tidak berasas, malah ia menggambarkan bacaan dan pemikiran politik pihak yang mereka-cipta ini sangat naïf, suatu andaian yang penuh kecelaruan dan tidak berasas.

Saya dapat memahami kesedihan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad terhdap perbuatan sesetngah pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan prasangka terhadap pemimpin PAS sendiri. Dalam twitternya, beliau sendiri tidak pernah menyangkan hal seperti ini berlaku.

Secara lojik bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan tidak ada siapapun yang boleh menghalangnya. Ini sewajarnya difahami oleh semua pihak walaupun sudah ada usaha PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak projek Langkah Kajang.

Rundingan selanjutnya oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada 10 Ogos ini juga sama sekali tidak boleh menafikan hak Presiden PAS untuk membuat kenyataan menyatakan pendiriannya.

Adapun kenyataan Presiden PAS itu tidak ada sebarang isyarat – secara tersurat atau tersirat – bahawa PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka sebarang andaian ke arah itu, walau dalam apa cara dan hujahpun, hanyalah memberi peluang kepada musuh Pakatan untuk memecah-belahkan Pakatan. Hendaknya perkara ini mesti dihindarkan.

Sangat aneh untuk melihat lingkaran isu ini di mana secara jelas ialah masalah antara PKR dengan Tan Sri Khalid yang dicetuskan dalam Projek Langkah Kajang, iaitu PKR hendakkan menggantikan MB itu dengan tokoh lain.

Bagaimanapun oleh kerana PAS adalah salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP, maka masalah ini dihadapkan juga kepadanya. Tetapi secara lojiknya isu ini lebih kepada masalah PKR dengan Tan Sri Khaid.

Oleh itu mengapa PAS dengan tiba-tiba diheret begitu jauh ke dalam dalam isu ini. Sama seperti ‘pihak lain yang karam mengapa orang PAS pula yang lemas’. Analogi seperti ini muncul ketika pelbagai pihak, khususnya sesetengah pendukung PAS sendiri, melemparkan pebagai tuduhan terhadap Presiden PAS berhubung dengan kenyataannya.

Memang benar, PAS berada dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP oleh itu segala masalah Pakatan dikongsi bersama mengatasinya.

Tetapi jangan lupa projek Langkah Kajang yang hendak menukarkan Tan Sri Khalid adalah dicetuskan oleh PKR. Maka itu, sewajarnyalah PKR lebih dulu menyelesaikannya dan PAS sebagai anggota Pakatan telahpun memberikan pandangan.

Sama ada diterima atau ditolak oleh Pakatan sama sekali tidak mengurangkan hak Presiden PAS menyatakan sikap. Dengan itu terimalah hakikat ini serara rasional dengan segala kewarasan.

Presiden PAS dalam kenyataannya secara jelas mempertahankan Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana tokoh ini tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

“Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggalnya.

“Isunya ialah menunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila Jumaat lalu.

Oleh itu tidak apa yang boleh menimbulkan kekeliruan yang mencetuskan kontroversi terhadap kenyataannya itu. Ini kerana kenyataannya itu berdasarkan pandangan syarak dan hasil penyelidikannya dari pebagai sumber.

Bagaimanapun, Insya-Allah, kemelut di Selangor ini, tidak akan menjejaskan keutuhan Pakatan Rakyat. Oleh itu jangan terperangkap akan jerangkap samar musuh Pakatan dalam isu ini.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muafakat dalam Pakatan Rakyat akan tetap kekal dalam menghadapi isu sekitar pertukaran Menteri Besar Selangor.

“Saya percaya semangat muafakat dalam Pakatan akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat,” katanya.

Akhirnya semua pihak dalam Pakatan supaya bertenang, sabar, mengekalkan kewarasan fikiran, tidak mereka-cipta pelbagai andaian dan tuduhan mengenai isu ini. Dengan berbuat demikian, dengan izin Allah s.w.t. boleh menyelamatkan Pakatan Rakyat dan pemerintahannya di Selangor.

Selamat menyambut Idul-Fitri, maaf zahir batin kepada para pembaca.

Aidilfitri berdarah di selatan Thailand
  • thailand
1 / 2
NARATHIWAT - THAILAND. Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.

Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.

Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.

Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.

Sementara itu, di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampong Mat-useng Haji Abubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.

Suchat berkata Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa.

Semalam, kira-kira sejam selepas umat Islam di Thailand diumum akan menyambut Aidilfitri hari ini, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan diletupkan di Kampungg Kadunong dalam daerah Saiburi, Pattani.

Beliau berkata bom itu diaktifkan ketika anggota renjer melakukan rondaan dengan berjalan kaki.

Letupan bom itu menyebabkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut dan dua anggota renjer serta lima orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera. - Bernama

Monday, July 28, 2014

TERKINI ! DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR DIBUBAR ??

Apakah maksud Khalid Ibrahim ini?



Apakah beliau bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sekaligus mengadakan Pilihanraya Negeri?

Anda baca di bawah :

Pakatan Rakyat tidak harus memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Khalid, kalau Pakatan Rakyat mahu menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya, ia perlu meminta semula mandat daripada rakyat.

"Walaupun rakyat bersetuju bahawa Pakatan terus berkembang tetapi tidak boleh diperalatkan untuk dijadikan batu loncatan kepada Putrajaya.

"Kalau ini nak dijadikan adalah baik meminta mandat semula kepada rakyat Selangor," katanya dalam satu wawancara dengan Selangorkini...

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/minta-semula-mandat-rakyat-jalan-terbaik-tukar-mb-khalid-ibrahim-40817?cp

Raya di Selatan Thai dicemari keganasan

28/07/2014 8:12pm

NARATHIWAT- Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.

Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.

Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.

Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.

Di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampung Mat-useng HajAbubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.

Suchat berkata, Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa. - Bernama
Isu MB: Peralihan kesinambungan Langkah Kajang
  • Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
1 / 1
SHAH ALAM - Kurang 24 jam selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor itu diingatkan sekali lagi bahawa peralihan kerusi panas itu adalah kesinambungan daripada Langkah Kajang pada Mac lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pertukaran menteri besar baharu itu telah dimuktamadkan pimpinan parti itu sejak 15 Januari lalu dan Abdul Khalid telah pun dimaklumkan sebelum itu.

"Abdul Khalid sendiri telah dimaklumkan semenjak Mac 2014 dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah pun dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) minggu lalu.

"Saya percaya semangat muafakat dalam PR akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat," katanya dalam satu kenyataan medianya, semalam.

Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata, jawatan Abdul Khalid perlu kekal berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Abdul Hadi juga dilaporkan sebagai menyebut semua pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan itu walaupun wujud perbezaan pandangan.

Rabu lalu, mesyuarat Majlis Pimpinan PR memutuskan menerima cadangan PKR untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid.
Nik Aziz: Berbincang, usah biar rakyat bosan
  • Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
1 / 1
SAYA pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadan di tahun hadapan.
Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh ALLAH SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Presiden Pas yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Ramadan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik.

Seolah-olah kenyataan Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyataan Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau.

Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Abdul Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan.

Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan?

Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti.

Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

Pas ini ada nakhodanya iaitu Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan.

Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini.

Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli Pas hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Presiden.

Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik.

Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir.

Jangan keruh di hulu diheret panjang.

Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri.

Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara.

Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas.

Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadan. Teruskan saki baki Ramadan dengan amal kebajikan.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am Pas,
28 Ramadan 1435H bersamaan 26 Julai 2014M

KHALID ANAK IBRAHIM

Nuffnang Ads

Isnin, 28 Julai 2014

SIAPA ITU KHALID IBRAHIM



KAH KAH KAH

bila musuh tibai kamu
ertiny kamu baik
bila musuh puji kamu
ertiny kamu dah musuh

KAH KAH KAH



---------
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.