Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MELAYU TERUS GELISAH ?

ADA LAGI KE ORANG MELAYU KAT MALAYSIA ?


 


   

SEJAK PAKATAN HARAPAH MEMERINTAH NEGARA ORANG BERBANGSA MELAYU TERUS MERASA TERTEKAN, AKIBAT KERAKUSAN ORANG-ORANG PAKATAN HARAPAN YANG RAJIN MENGUSIK KEPENTINGAN ORANG MELAYU DAN AGAMANYA, MASA TU HANG DIAM, BISU !.

JIKA ADA DIANTARA ORANG MELAYU YANG TELAH BERKESEDARAN MAKA MEREKA TAK PERLU MENGELUH KERANA NEGARA MELAYU DAN BANGSA MELAYU TELAH LAMA BERTUKAR KEPADA BANGSA MALAYSIA.

BANGSA MELAYU DAH JADI MALAYSIA, CINA , HINDU,  ORANG ASLI, BUGIS , JAWA ,MANDAILING, RAWA DEGIL, MAMAK SEMUANYA DAH JADI MALAYSIA. HMMMM WAN AZIZAH JANGAN MIMPI SIANG HARI, DIA TAK PERLU SERU KERAJAAN  UNTUK MELAYAN MELAYU.

JIKA ADA MELAYU YANG MERASA MELAYU YANG NAK BANGUN SENDIRI, BIAR MEREKA BANGUN SENDIRI KERAJAAN TAK PERLU AMBIL TAHU, JANGAN SIMPATI DENGAN ORANG MELAYU, NANTI ADA  KAWAN DARI PAKATAN HARAPAN MARAH ENYINGA DAN MERAH MATA.

JIKA PAKATAN HARAPAN NAK BINCANGPUN TENTUKAN BANGSA MALAYSIA, AGAMA MALAYSIA. YANG MENJADI HAIRANNYA MENGAPA WAN AZIZAH SENTUH ISU INI ? SEDANGKAN ISU INI SUDAH BASIPUUUUN !

PENDIRIAN ANUAR IBRAHIM DARI DULU HINGGA SEKARANG

ASAS KERJASAMA PATUH KEPADA PUCUK PIMPINAN

KERJASAMA YANG DIUJUDKAN PERLU BERHATI-HATI DARI GOLONGAN YANG BERADA DARI DALAM KUMPULAN MASING-MASING ATAU DARI KUMPULAN YANG MEMUSUHI POLITIK ISLAM.

85% UJUD GOLONGAN YANG HENDAK MEMISAHKAN KERJASAMA ANTARA PAS & UMNO.

SEMENTARA ITU VETERAN PAS BERKATA:

Subky: Islam Memimpin formula satukan PAS dan Umno


   

Islam memimpin - tema yang diangkat pada Muktamar PAS tahun lalu dilihat sebagai formula untuk satukan PAS dan Umno.

Veteran PAS, Subky Latif berpendapat, PAS melalui formula itu sudah memberi isyarat kepada semua pihak (termasuk Umno) untuk mencari menjalinkan perpaduan.

"Perkara ini bukanlah payah bagi PAS dan Umno untuk mengikuti formula ini.

"Ia bukan syarat kepada Umno, tetapi kita sampaikan dakwah dan formula untuk bersatu melalui Islam Memimpin. 

“Pandai-pandailah tafsir," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hala tuju kerjasama antara PAS dan Umno dalam landskap politik semasa.

-Pak Karamu-

'PRK Semenyih penentu hala tuju kerjasama PAS-Umno'

N Faizal Ghazali  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Penganalisis politik berpendapat hala tuju kerjasama antara PAS dan Umno akan lebih jelas selepas  Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih.

Malah menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar, kerjasama antara kedua-dua parti itu bergantung pada keputusan PRK yang akan berlangsung 2 Mac ini.

"PRK Semenyih akan menjadi kayu ukur sejauh mana kerjasama itu dapat diteruskan. Jika pembangkang menang kemungkinan besar kerjasama itu akan berterusan, sebaliknya akan berlaku sekiranya mereka kalah.

"Saya tak nampak kerjasama PAS dan Umno boleh bertahan lama sekiranya mereka mengalami kekalahan dalam PRK Semenyih nanti.

"Kalau kita melihat kepada tiga PRK di Selangor yang lalu menunjukan bahawa rakyat Selangor masih bersama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk di kawasan majoriti Melayu walaupun sudah wujud kerjasama PAS dan Umno pada peringkat awal," katanya kepada Malaysiakini.

Kerjasama antara PAS dan Umno yang merupakan dua parti besar dalam blok pembangkang dilihat sebagai antara faktor penting yang membolehkan BN mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands pada PRK 26 Jan lalu.

Bagaimanapun Rusdi berkata, berdasarkan rekod lampau dan prinsip perjuangan kedua-dua parti, masih terdapat ketidakpastian sama ada hubungan kerjasama tersebut mampu bertahan.



Katanya, jika dilihat sejarah hubungan kedua-dua parti ini menunjukkan mereka tidak boleh kekal lama kerana masing-masing mempunyai kepentingan tertentu selain ideologi politik yang berbeza. 

"Keadaan ini agak sukar untuk mereka bekerjasama dalam jangka masa panjang. Kalau kita tengok sejarah kerjasama PAS dan parti-parti lain di Malaysia juga tidak menunjukkan hasil yang baik dan berakhir seperti layang-layang putus tali.

"Konflik antara kedua-dua parti kemungkinan besar akan berlaku nanti apabila mereka nak buat pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) terutama di negeri-negeri yang mempunyai majoriti pengundi-pengundi Melayu," jelasnya.


Bersifat spontan
Sementara itu bagi Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Univeristi Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata, kerjasama kedua-dua parti itu yang terjalin kini berlaku secara spontan ekoran isu-isu yang wujud selepas pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, PAS dan Umno kini menemui titik persamaan melalui pemahaman terhadap isu-isu melibatkan Melayu-Islam.

"Antaranya apabila mereka sama-sama melihat kerajaan PH ini dikawal oleh DAP. Jadi dalam situasi Umno tertekan, berlaku perpecahan dan keluar parti, Umno melihat sangat penting untuk mereka bekerjasama dengan PAS pada masa sekarang.



"PAS juga melihat isu-isu survival Melayu-Islam ini sesuatu yang perlu mereka tangani, saya melihat hubungan PAS dan Umno buat masa ini satu simulasi bersifat spontan.

"Jadi kerjasama yang terjalin sekarang ini berasaskan isu yang berlaku sekarang. Bukan disebabkan oleh dua parti ini mempunyai dua titik persamaan dalam konteks perjuangan antara dua buah parti," katanya.

Tambah Dr Mazlan, kelangsungan kerjasama PAS-Umno itu perlu dilihat dan mengambil kira aspek sejarah hubungan kedua-dua parti.

"Saya lihat isu survival di sini, maksudnya PAS keluar gabungan BN pada 1978 itu sebenarnya berpunca daripada pergelutan antara dua parti itu sendiri.

"Ini kerana, PAS dan Umno adalah dua parti yang bersaing sesama mereka dan pengaruh yang mereka rebut adalah segmen sama iaitu pengundi-pengundi Melayu," jelasnya.

Justeru, kata Mazlan, persoalan kerjasama hari ini kekal atau tidak bergantung kepada isu-isu yang dibawa oleh kedua-dua parti berdasarkan situasi politik semasa.


Bertahan jika ada kepentingan


Sementara itu, bagi Profesor Madya Dr Awang Azman Pawi hubungan erat PAS dan Umno boleh bertahan selagi masing-masing masih mempunyai kepentingan antara satu sama lain.

Pensyarah Universiti Malaya itu berkata, Umno memerlukan PAS untuk mendapatkan sokongan dalam bentuk undi bagi memastikan kerusi-kerusi majoriti tipis pada PRU lepas dapat dikekalkan.

"PAS pula memerlukan Umno sebagai rakan sekutu baru bagi menggerakkan kerjasama untuk menentang musuh bersama mereka pada masa kini iaitu PH.

"Selagi tidak ada konflik timbul, selagi itulah kerjasama akan terus dapat berlangsung.
"Konflik boleh berlaku sekiranya berlaku isu seperti perebutan kawasan untuk ditandingi di peringkat PRK, pemilihan calon yang paling layak untuk bertanding, isu percanggahan ideologi dan pendirian politik," katanya.

Tambah Awang Azwan, situasi sekarang menyaksikan PAS mampu diyakini oleh Umno bahawa kerjasama ini bermanfaat dan penting untuk orang Melayu dan Islam.

"Penyokong PAS dan Umno berjaya diyakini melalui kempen politik yang memberi gambaran bahawa DAP sangat jahat dan bermaharajalela dalam PH. Naratif bersifat politik ini berjaya mencetuskan sentimen antiDAP setakat ini selepas PRK cameron Highland," ujarnya.

ADUUUYAI, APA SUDAH JADI MALAYSIA ?


Tuesday, January 29, 2019

Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia - Peguam Negara Letak Jawatan?

Rakyat perlu fahami berita ini kerana isunya telah memalukan Jabatan Peguam Negara dan seluruh sistem perundangan Malaysia!

Ianya digelar 'Black Monday for the rule of law' yang mendakwa Peguam Negara telah memberi maklumat yang salah sehinggakan tribunal tampak bangang kerana fungsinya untuk pecat ahli2 SPR jika ada kesalahan TAPI mereka telah pun meletakkan jawatan!

Dan jika benar ada kesalahan, PRU14 boleh dianggap tidak sah dan PRU perlu diadakan semula?

Apakah ini bermaksud Peguam Negara patut meletak jawatan secara sukarela kerana isu yg amat memalukan ini?? Jika isu yg skala besar seperti ini, beliau patut lakukannya tanpa berdolak-dalih.

Tapi to be fair, kita perlu juga mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara tentang isu 'salah maklumat' ini. Lebih-lebih lagi ianya grossly obvious. Atau mungkin ada skrip lain yg dirancang oleh Mahathir?

Anda baca:
Penubuhan tribunal untuk menyiasat salah laku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika kesemua ahlinya sudah meletakkan jawata disifatkan sebagai tragedi yang memalukan Jabatan Peguam Negara dan sistem perundangan Malaysia keseluruhannya.
Malah, peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili empat daripada enam bekas ahli SPR menggelar prosiding tribunal pada hari ini sebagai 'black Monday for the rule of law'.

Meletakkan beban itu ke atas bahu Peguam Negara, Tommy Thomas, peguam itu mendakwa, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diberikan maklumat yang salah dan kesannya, keputusan kerajaan menubuhkan tribunal adalah memalukan semua pihak.
Tegasmya, bidang kuasa tribunal cuma dua, menyiasat salah laku dan jika disabitkan salah, mereka boleh menyingkirkan ahli-ahli SPR berkenaan.
Namun, kuasa terbabit sudah hilang kuasa kerana enam ahli SPR yang dipertikaikan telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari lalu, 27 hari sebelum tribunal bermula.
"Berdasarkan kepada dokumen, aduan adalah daripada Bersih yang menulis surat kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri ajukan kepada Peguam Negara. Bertindak atas surat itu, Peguam Negara menasihatkan Perdana Menteri untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan tribunal ini.
"Jadi tribunal ini ditubuhkan semata-mata berdasarkan kepada aduan dari Bersih dengan 13 pertuduhan. 10 daripadanya adalah dakwaan dibuat Bersih, yang kemudian diterjemah ke dalam bahasa Inggeris sebagai pertuduhan ke atas anak guam kami," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tribunal lima anggota hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong selesai membuat prosiding terhadap kes tersebut di sini semalam.
Empat lagi hakim adalah Tan Sri Zaleha Zahari, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham.
Dalam pada itu, Mohd. Khairul Azam menjelaskan, jika Peguam Negara berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu wujud salah laku, maka, keseluruhan proses pilihan raya termasuk keputusan yang berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) adalah tidak sah.

"Disebabkan Peguam Negara mempersoalkan ke absahan PRU-14, (dakwa) ada salah laku, (keputusan) boleh jadi tak sah dan terbatal, kita perlu kepada pilihan raya umum baharu dan kita akan ada Perdana Menteri baharu, Peguam Negara baharu dan segala baharu.
"Anda (Peguam Negara) yang membuka pintu, saya suka untuk masuk (mengambil tindakan undang-undang susulan)," katanya.

DAP PEGANG SEMUA TERMASUK HAL EHWAL ISLAM


SESUAI DENGAN MARUAH DAN SEMANGAT ISLAM MAKA DAP TOLONG BETULKAN ISLAM KAT MALAYSIA !

TEMAN SOKONGLAH 200%, MEMANG DAP OK !

CARI LAGI YANG BERKAIT DENGAN ISLAM, BAGI DAP HANDLE !

-Pak Karamu-

Adun DAP dilantik ke lembaga pemegang amanah Yadim

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Johor Sheikh Omar Ali akan dilantik menjadi anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Menurut sumber, Sheikh Omar akan dilantik ke jawatan itu untuk tempoh dua tahun dan watikah pelantikannya akan disampaikan oleh menteri agama Mujahid Yusof di Putrajaya esok.

Sheikh Omar, yang juga exco pembangunan usahawan, koperasi, penerangan dan ekonomi kreatif Johor, mendapat pendidikan peringkat ijazah dalam bidang usuluddin di Universiti Malaya (UM) dengan pengkhususan dalam dakwah.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi dan pengesahan Sheikh Omar dan Mujahid berkaitan perkembangan terbaru ini.

Pelantikan Sheikh Omar itu dipercayai yang pertama melibatkan pemimpin DAP ke dalam institusi agama berkaitan kerajaan pusat.

Ditanya sama ada latar belakang DAP akan menjadi masalah bagi Sheikh Omar, sumber berkata tidak.

“Kalau kita ingat, Sheikh Omar dulu pernah dispekulasi sebagai bakal exco agama (Johor), tetapi tidak menjadi kenyataan. 

“Lagi pun bidang pengajiannya memang dalam pengajian Islam,” katanya.
Yadim kini dipimpim oleh yang dipertuanya yang baru Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat.

Badan amanah itu didaftarkan bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada perdana menteri. 

Ditubuhkan pada 1974, ia bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar seiring dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

BEBAL BENGONG TIDAK SEBARANG TANGGUNG

MACAM MANALAH BOLEH DAPAT JADI MENTERI !

Pak Karamu

 

BN guna sentimen kaum, agama punca PH kalah - Mujahid

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Kempen menggunakan sentimen perkauman dan agama oleh BN dengan kerjasama PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menjadi punca kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sentimen dimainkan pakatan pembangkang itu jelas merupakan fitnah terhadap beliau dan kerajaan PH.

"Mereka menuduh saya tidak menjaga agama, jual Tabung Haji (TH) dan saya ikut telunjuk DAP. Semua itu fitnah.

"Ini jelas orang Melayu masih boleh dimainkan dengan sentimen-sentimen Melayu dan Islam dan secara keseluruhan kempen BN itu mencemar usaha kerajaan PH untuk mewujudkan Malaysia Baru," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Pongal di Parit Buntar hari ini.

Beliau mengulas kemenangan BN pada PRK Parlimen Cameron Highlands semalam apabila Ramli Mohd Noor daripada BN meraih 12,038 undi untuk menewaskan calon PH M.Manogaran (8,800 undi), dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee 276 undi.

Dr Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar berkata berikutan kemenangan BN pada PRK itu, pihaknya bimbang BN akan menggunakan sekali lagi sentimen perkauman dan agama pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih, Selangor dan Rantau di Negeri Sembilan.
- Bernama

P.H CEMAS DI SEMENYIH ?

S.O.S MAHADHIR, ANUAR IBRAHIM GUAN ENG DAN MAT SABU SILA TURUN DI SEMENYIH !

GARA-GARA KESUSAHAN KEHIDUPAN RAKYAT SELEPAS P.H MEMERINTAH AKAN MENJADI ISU.

MANIFESTO, HARGA BARANG DAN SIKAP RAKUS DAP MENJADI RENUNGAN UTAMA MODAL DI SEMENYIH.

GARA-GARA MUNGKIN TERUSIKNYA PERLEMBAGAAN NEGARA JUGA AKAN MENJADI ISU DI SEMENYIH, DAN BANYAK LAGI KES YANG TIDAK ADIL MENJADI ISU.

-Pak Karamu-

PAS: Allah beri petunjuk pada pengundi tolak PH

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden PAS Abdul Hadi Awang memanjatkan syukur kepada Allah kerana memberikan hidayah dan petunjuk kepada pengundi sehingga membawa kepada kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands .

“Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands,” katanya dalam satu hantaran Facebook. 

Dalam hantaran yang sama juga, beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai satu perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.

Dalam PRK yang berlangsung hari ini, calon BN Ramli Mohd Nor menang dengan 3,238 majoriti undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan, manakala calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran meraih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang bertanding pula, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing meraih 276 dan 314 undi. Kedua-dua mereka dijangka kehilangan deposit.

Selain itu, kata Hadi, kemenangan itu merupakan satu isyarat bahawa rakyat menolak PH dan budaya politik melampau yang dibawah oleh DAP. 

Pandangan serupa turut dikongsi oleh Anggota Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali dalam hantaran Facebook berasingan, di mana beliau menyifatkan kekalahan DAP sebagai satu “amaran besar” kepada PH agar tidak mempermainkan Islam, Melayu serta keperluan hidup rakyat marhaen. 

Terdahulu, Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden, Mohamad Hasan tidak lupa memberi penghargaan kepada PAS atas kemenangan BN itu. 

Katanya, gerak kerja dan kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan hasil yang amat baik sehingga BN dapat mempertahankan kerusi di Cameron Highlands itu. 

TAHNIAH BN MENANG DI CAMERON HIGHLANDS

PERMULAAN PAKATAN HARAPAN BUNGKUS !

TAHNIAH BN MENGATASI PAKATAN HARAPAN DI CAMERON HIGHLAND

KEPUTUSAN TIDAK RESMI

Tak rasmi: BN menang di Cameron Highlands

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PRK CAMERON HIGHLANDS | Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di pusat pengiraan undi menunjukkan calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setakat pukul 6.52 petang, Ramli sudah meraih 11,320 undi, iaitu lebih separuh daripada kira-kira 22,000 yang keluar mengundi.

Calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran pula sekadar mendapat 6,942 undi.

Hadi: Keputusan Cameron ukuran kerjasama PAS, BN di Semenyih

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PRK CAMERON | Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands akan menjadi kayu pengukur bentuk kerjasama yang akan terjalin antara PAS dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK Semenyih.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan bentuk kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak, namun akan mengkaji keberkesanan kerjasama itu selepas melihat keputusan PRK Cameron Highlands.

“Setakat ini kita berpuas hati dengan kerjasama antara PAS dan BN…ia sangat positif dan yang mana negatif kita tidak akan ulang...sama ada akan teruskan kerjasama dengan BN akan kita lihat menerusi PRK Cameron Highlands nanti,” katanya.

AKHIRNYA PH TUMBANG DI CAMERON HIGHLAND

MANA NAK PILIH DIANTARA CALON YANG BERAGAMA ISLAM DAN BUKAN BERAGAMA ISLAM.

  Hadi: Keputusan Cameron ukuran kerjasama PAS, BN di Semenyih
   
PRK CAMERON | Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands akan menjadi kayu pengukur bentuk kerjasama yang akan terjalin antara PAS dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK Semenyih.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan bentuk kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak, namun akan mengkaji keberkesanan kerjasama itu selepas melihat keputusan PRK Cameron Highlands.

“Setakat ini kita berpuas hati dengan kerjasama antara PAS dan BN…ia sangat positif dan yang mana negatif kita tidak akan ulang...sama ada akan teruskan kerjasama dengan BN akan kita lihat menerusi PRK Cameron Highlands nanti,” katanya.

Muhyiddin tepis dakwaan Dr M tidak yakin dengan calon PH

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin dengan kemenangan calonnya, M. Manogaran, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Cameron Highlands, Sabtu ini.

Beliau berkata Dr Mahathir akan tetap turun berkempen hari ini dan menganggap pilihan raya kecil itu penting bagi PH.

"Biasanya Perdana Menteri tak pergi kempen kecil seperti ini tapi kerana dia fikir ini adalah PRK yang penting dan kita bertanding di sini, tentu masyarakat serta pengundi di sini mahu dengar mesej Tun sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas bersolat Maghrib dan Isyak di Masjid Sungai Koyan malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir tidak yakin dengan kemenangan Manogaran dari DAP disebabkan jadual pemimpin nombor satu itu yang tidak banyak meluangkan masa dalam kempen PRK itu.

Mengikut jadua, Dr Mahathir hanya akan berada di sini dari jam 11pagi hingga 2 petang ini iaitu perjumpaan bersama warga Sungai Koyan di Dataran Sungai Koyan 1 dan kemudiannya mengakhiri dengan solat Jumaat di Masjid Al-Muhajirin. 

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh bahawa ada Tok Batin di kampung Orang Asli sudah ‘diculik’ pihak tertentu sehingga menyukarkan PH turun berkempen di kawasan penempatan mereka, Muhyiddin berkata siasatan tidak dapat dilakukan berhubung dakwaan itu memandangkan tiada sebarang laporan polis dilakukan mengenainya. 

"Dalam masa kempen ni macam-macam perkara boleh terjadi. Tapi kalau tak ada bukti dan tak ada asas atau pun tiada laporan dibuat kepada pihak berkuasa, polis ke siapa, siasatan tak boleh dilakukan, jadi kita tak tahu apa keadaan sebenar," katanya, yang juga menteri dalam negeri.

ISH,ISH JAHATNYA PAKATAN HARAPAN !

 

 MACAM LA KERETA KERAJAAN NI ABAH DIA ORANG YANG PUNYA !

PUUUH , DAP BUKAN CALANG-CALANG JAHAT !

DAP DAN SEKUTUNYA DI DALAM PAKATAN HARAPAN SANGAT JAHAT, BILA MEMERINTAH MACAM KUDUNG DAPAT CINCING.

MEREKA BERJANJI SERIBU JANJI TAPI TAK TEPATI MEREKA TIPU RAKYAT.

SEBAB ITU BILA PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH, RAKYAT SEMAKIN SUSAH, BARANG MELAMBUNG TANPA KAWAL, SEBENARNYA MEREKA TIDAK LAYAK MEMERINTAH.

HINGGAKAN MAHADHIRPUN TAK BOLEH NAK BUAT APA-APA. YANG LEBIH JAHAT LAGI MEREKA ANTI MELAYU DAN ISLAM, DEMIKIANLAH SUASANA SEMASA KINI

-Pak Karamu- 

 

Tak undi BN, Melayu dan Islam mudarat, kata Umno dan PAS

Annabelle Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PRK CAMERON | Suasana petempatan Melayu di Kampung Keledek malam tadi tidak seperti biasa.

Jika selalunya ia tenang dan tidak banyak aktiviti, malam tadi pemimpin pembangkang hadir untuk menyatakan kepada orang ramai bahawa pembabitan mereka penting untuk menggagalkan calon DAP - dan PH - daripada menjadi anggota parlimen di situ.

Tokoh yang datang berceramah pula bukan orang biasa-biasa.

Mereka ialah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; ketua pemuda parti itu Muhammad Muhammad Khalil Abdul Hadi; dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Tidak ketinggalan pemimpin Umno yang gigih mempertautkan partinya dengan PAS, Tajuddin Abdul Rahman.

Mereka bergilir-gilir mengambil tempat untuk meyakinkan orang ramai bahawa DAP sebuah parti yang memusuhi Melayu dan Islam.

Muhammad Khalil yang juga anak presiden PAS itu misalnya mendakwa DAP mahu membuang Islam daripada agama rasmi negara ini.

Tak boleh dipercayai

Katanya sejak mendapat kuasa parti itu mengganggu pelbagai institusi Islam dan raja.

Untuk rekod dalam PRK ini calon PH ialah M Manogaran yang juga anggota DAP.

PH cuba merampas kerusi parlimen Cameron Highlands yang selama ini diwakili BN, dengan kebanyakan masa ditandingi oleh calon dari MIC.

Bagaimanapun untuk PRK kali ini BN memilih tokoh daripada kalangan Orang Asli yang juga bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, Ramli Mohd Nor.

Selain parti komponen BN, PAS turut giat berkempen untuk memenangkan Ramli.
Sementara itu Asyraf Wajdi berkata DAP sebuah parti rasis dan cauvinis. Justeru katanya parti itu tidak boleh dipercayai.

"Kita mintak (orang ramai) berfikirlah seketika, (kalau) kita nak memberikan undi kepada orang yang akhirnya akan memijak agama kita, kedudukan apa yang telah dipersetujui dalam perlembagaan.

"Mereka ini terkenal sebagai anti-Islam. Sebab itulah kita jangan sesekali biarkan parlimen Cameron Highlands ini kita berikan kepada mereka," katanya.

Kampung Keledek ialah kubu kuat PAS dan ramai penduduk setempat yang ditemui Malaysiakini sebelum ini memberitahu, mereka ialah anggota parti itu atau sekurang-kurang menjadi penyokongnya.
Kata Asyraf Wajdi semua pengundi Melayu dan Islam dalam kawasan berkenaan - tanpa mempedulikan parti masing-masing - perlu memberi sokongan padu kepada Ramli.

"Pastikan jiran tetangga kita yang hatinya berbolak-balik, nak keluar mengundi, tak nak keluar mengundi, nak boikotlah, nak macam-macam, kita katakan (kepada mereka) kalau tak keluar mengundi, calon kita kalah, calon DAP menang.

"Ia akan membawa mudarat lebih besar kepada Islam dan Melayu," katanya.

Muhammad Khalil pula memberi penegasan tambahan dengan memberitahu mengundi dalam PRK itu satu tanggungjawab yang berkaitan dengan agama.

Katanya tambahan pengundi terbabit terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

"Maka menjadi kewajiban kepada semua rakyat di Cameron Highlands ini, wajib keluar (mengundi pada) 26 Jan nanti untuk mengundi bagi menunaikan tanggungjawab, bukan saja sebagai warganegara, tapi tanggungjawab sebagai orang Islam.

"Kerana mengundi ini salah satu daripada tanggungjawab utama untuk menyelamatkan negara kita, bangsa kita, dan generasi kita untuk generasi akan datang," katanya.

ANAK JANTAN SUDAH HILANG KEJANTANANNYA


SUNYI SEPIII ! NASIB HANG LA MELAYUUUU !

TIADA PEMBELAAN YANG WAJAR DARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.

DAH BESAR PANJANG DAH, DAH BERBANPUN DAH, MASIH KENA BULI ? NI LA NASIB MELAYU !

ASALNYA SINGAPURA TANAH MELAYU, BILA ORANG PENDATANG AMBIL, MAKA MEREKA  JADI TUAN DI BUMI BERTUAH, HI, HI, HI

RASANYAPUN MALAYSIA NI DAH BUKAN MACAM MELAYU PUNYA, NAK BERGERAKPUN RASA TAKUUUUT, MACAM TERASA ADA KUKU BESI.

TANAH MELAYU DAH TAK DA, YANG TINGGAI HANYA TANAH MALAYSIYAAAA ! 

MENDEKAAAAA !

-Pak Karamu-

 

PKR Johor kesal kerajaan biar Singapura 'buli' MB

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Pengerusi PKR Johor Hassan Abdul Karim meluahkan kekecewaannya terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dilihat membiarkan saja Singapura 'membelasah' Menteri Besar Osman Sapian, berhubung dakwaan menceroboh perairan negara itu.

"Singapura membuli menteri besar Johor dan menjadikannya sebagai kambing hitam dan punching bag, manakala pemimpin di Putrajaya ambil sikap tidak peduli.

"Pemimpin kerajaan negeri Johor juga ambil sikap membisu dan kelu seribu bahasa membiarkan Osman mempertahankan diri seorang diri dalam menghadapi tuduhan liar dari Singapura, sedangkan Osman menjalankan tugas demi mempertahankan kedaulatan wilayah dan maruah negara dan negeri," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau yang juga anggota parlimen Pasir Gudang berkata akan menuntut jawapan kerajaan berhubung perkara itu - yang baginya sangat dikesalkan - apabila Parlimen kembali bersidang Mac ini.

Terdahulu, kerajaan Singapura mendakwa Osman menceroboh kawasan perairannya di Tuas pada 9 Januari lalu ketika lawatan ke kapal milik kerajaan Malaysia MV Pedoman.

Kawasan sekitar itu kini menjadi pertikaian antara kedua-dua negara.

Tidak seperti kawasan lain di Selat Johor, sempadan antara Malaysia dan Singapura di sana belum digariskan dengan jelas, dengan kedua-dua pihak membuat tuntutan wilayah bertindih.

Osman menafikan dakwaan menceroboh kawasan Singapura, dan berkata lawatannya bukan untuk mencetuskan provokasi tetapi hanya untuk melihat pasukan keselamatan Malaysia menjalankan tugas.

BIAR PUNAH RANAH NEGARA NIH


RAKYAT YANG HENDAK LAGU TU, NAK BUAT LAGU MANA !

-Pak Karamu-

Lantik Eric Paulsen langkah sumbang – Reezal Merican



 

Pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil baharu Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) disifatkan sebagai langkah yang sumbang dan merupakan satu kesilapan.

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut menyifatkan Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty itu sebagai seorang yang sangat kontroversi selain mempunyai perspektif dan pandangan sangat liberal.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak menafikan latar belakang pendidikan Eric yang baik serta kebolehan dan merit beliau sebagai seorang pengamal undang-undang, tetapi banyak penjelasan perlu diberikan berikutan sikap serta pendiriannya selama ini.

“Apakah mereka yang terlibat dalam pemilihan jawatan strategik ini tidak melihat pendirian Eric sebelum-sebelum ini?

“Antara perkara yang pernah dibangkitkan beliau ialah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mempromosi ekstremisme; Jakim dan para ulama tidak ubah seperti kasta paderi eropah; Mufti Johor dianggap sebagai Taliban dan kebanyakkan mufti serta ulama tidak siuman,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Tambah Reezal Merican pandangan Eric itu walaupun disuarakan dalam media sosial, namun tetap membayangkan akar fikiran beliau yang terlalu kontroversi dan kasar.

Sehubungan itu, Reezal Merican meminta Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah bersikap telus dan memberitahu kepada rakyat nama-nama yang telah disenarai pendek untuk lantikan itu sebelum Eric dipilih.

“Siapa anggota pemilih? Apakah tidak ada tokoh-tokoh lain yang kurang kontroversi boleh diketengahkan?

“Pelantikan ini mendatangkan kekhuatiran dalam kalangan majoriti rakyat kerana sikapnya yang terlalu melindungi kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender). Apakah ini sahaja aspek `hak asasi’ yang mahu diperjuangkan di peringkat ASEAN?” soal beliau.

Reezal Merican dalam pada itu cukup yakin ada nama-nama lain boleh dipertimbangkan pihak kerajaan termasuklah dalam kalangan anggota jawatankuasa baharu Majlis Peguam yang tidak kurang kredibilit mereka.

Begitu juga, kata beliau, dalam kalangan aktivis Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

“Kita punya ramai bakat lain yang boleh diketengahkan berbanding seorang individu yang penuh kontroversi,” tegas beliau. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/lantik-eric-paulsen-langkah-sumbang-reezal-merican-1.822553#ixzz5cdrcwjmC
© Utusan Melayu (M) Bhd

KALO ATAS BESAR KEPALA, BAWAHPUN BESAR KEPALA

Anwar kata, ada pemimpin PKR yang 'lupa diri'

M Fakhrull Halim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Nampaknya masih ada yang belum tuntas dalam PKR apabila presidennya Anwar Ibrahim malam tadi memberi teguran kepada anggota parti itu.

Kata Anwar mereka mesti berhenti 'bermain wayang' sebaliknya menumpukan usaha mengukuhkan permuafakatan dalam parti dan memperkemaskan disiplin.
"Nak sindir menyindir, dalam mesyuarat OK-lah.

"Kalau (masih) terus bermain wayang begini, kalau ada, kita minta supaya dihentikan," katanya ketika berucap di majlis Malam Gala PKR di Shah Alam malam tadi. 

PKR berdepan dengan persaingan dalaman apabila parti itu mengadakan pemilihan antara Sept hingga Nov tahun lalu melibatkan dua kumpulan utama.

Berbeza daripada parti lain dalam negara ini PKR memberikan hak kepada semua anggotanya mengundi bagi memilih pemimpin dari peringkat akar umbi sehingga yang tertinggi.

Turut menjadi perhatian Anwar ketika ini ialah tingkah laku sesetengah anggota parti yang mempunyai jawatan.


Katanya ada antara mereka berasakan mereka boleh berbuat sesuka hati masing-masing selepas memperoleh jawatan tertentu.

“Ada setengah orang, dia jadi wakil rakyat biasa (saja), tapi dia ingat dia lebih daripada menteri besar. 

“Ada yang (cuma) jadi ketua cabang, (tapi) dia ingat dia (dah) jadi ketua presiden. Ada," katanya.

Bagaimanapun kata Anwar hal itu adalah lumrah dalam sebuah pertubuhan besar.
Cuma katanya buat masa ini keutamaan PKR ialah mengukuhkan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan semua anggota parti.

BERSEDEKAH APA SALAHNYA !


 

PH: Kami hanya bayar balik duit minyak pada sukarelawan

 Ia akan diisytihar sebagai sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya, kata penolong ketua pusat operasi Jelai PH.

OK,OK TU KECIL PUNYA HAL, NANTI HARI MENGUNDI ADA LAGI HABUAN TAMBANG DATANG MENGUNDI, MAKAN DAN MINUM, ISH TU SEMUA BUKAN BELI UNDI TAPI BELANJA DATANG MENGUNDI !

BERSEDEKAH TU PAHALA TU TANDA MURAH HATI.

TUKAR WANG ? ALA TAK KESAH CAKAP JE BERBAGAI ALASAN

-Pak Karamu-

PRK Cameron Highlands: Gambar wanita berbaju PH agih wang tersebar

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   

PRK CAMERON HIGHLANDS | Beberapa pemimpin politik pembangkang mengulas di Twitter berhubung gambar yang memaparkan seolah-olah jentera kempen Pakatan Harapan (PH) Cameron Highlands sedang mengagihkan wang.

Gambar yang dimaksudkan itu memaparkan seorang wanita berbaju PH Cameron Highlands mengagihkan wang kepada beberapa individu yang turut memakai baju sama.

Salah seorang pemimpin pembangkang yang mengirim ciapan berserta gambar itu adalah Anggota Parlimen Umno Kinabatangan Bung Moktar Radin.

Bung Moktar turut memberi gambaran bahawa "pemberian wang" akan lebih berleluasa pada hari mengundi.

"Ini bukan politik wang, kakak ni cuma bagi duit minum, tunggulah kat pembuangan undi baru bagi wang besar lagi.

"Sekarang ni pancing dulu mood orang muda, kalau boleh tipu lagi baru masuk gear 4," katanya.

Selain itu, Naib Presiden MIC dan bekas penyandang kerusi Cameron Highlands, C Sivarraajh turut mengulas gambar berkenaan.

“Ini tak apa sebab mereka kerajaan persekutuan. 

"Kalau kita bagi kenduri untuk jentera pun salah besar sampai lima tahun tak boleh mengundi," katanya.

Kemenangan Sivarraajh di kerusi Cameron Highlands pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini dibatalkan selepas Mahkamah Pilihan Raya mendapati berlaku pembelian undi dan seterusnya mengarahkan kerusi itu dikosongkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga menetapkan Sivarraajh hilang kelayakan bertanding dan mengundi selama lima tahun.

Sementara itu, tidak ketinggalan mengulas gambar berkenaan adalah Anggota Parlimen Umno Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang cuba berjenaka dan mengaitkannya dengan buah ikonik Cameron Highlands.

"Brader tu minta kakak tu tukar duit kecil sebab nak beli strawberi Cameron Highlands. Husnudzon (Bersangka baik)," katanya.

Malaysiakini difahamkan DAP sedang bermesyuarat di Cameron Highlands berhubung isu berkenaan dan dijangka mengeluarkan kenyataan media.

Ketika dihubungi, pengurus kempen PH bagi PRk Cameron Highlands, Wong Kah Woh berjanji akan merespons isu berkenaan dalam masa terdekat.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.