Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAYA BERSIH SEBAB TAK PERNAH DIDAKWA !

Saya Bersih - Kata Rahim Tambi Chik..

Rahim Thambi Chick kata dia bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara.

he..he..he.. Siapa percaya?? Tak apa kalau korang percaya baca dulu kenyataan dia kat bawah ni.. habis baca kenyataan tu korang baca dan fahamkan apa yang aku paste selepas kenyataan dia tu..

'Diri saya bersih' PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Rahim Chik mempertahankan dirinya bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara.

Beliau menyerang musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang lain dan blogger yang membuat serangan peribadi terhadapnya.

Bekas ketua menteri Melaka itu memberi amaran keras kepada Anwar, pemimpin pembangkang dan Umno serta blogger akan mengambil tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan peribadinya.

Beliau berkata, peguamnya sedang meneliti setiap ucapan pemimpin politik dan tulisan blogger berkenaan.


“Anwar yang didakwa di mahkamah dianggap sebagai hero manakala saya dianggap sebagai penjenayah.

“Mereka telah membuat serangan peribadi terhadap diri saya walaupun saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur petang semalam.

Anwar kini sedang dibicarakan di mahkamah atas dakwaan melakukan liwat.

Abdul Rahim mengaku beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang dlebih dikenali dengan Datuk T mengatur menayangkan video seks yang didakwa dilakukan Anwar kepada wartawan dan ahli politik pembangkang.

Kes itu kini sedang disiasat oleh polis setelah Anwar membuat laporan polis. Ketiga-tiga mereka telah diambil keterangan oleh polis berhubung pembabitan mereka dalam video seks tersebut.

Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain telah mengadakan ceramah menghentam Abdul Rahim ekoran penerbitan video seks tersebut. Ketua umum PKR mendakwa, Abdul Rahim berdendam kepadanya kerana terpaksa meletakkan jawatan ketua menteri Melaka pada 1994 kerana didakwa dalam salah laku seks.

Abdul Rahim berkata, tidak boleh membuat dakwaan terhadap dirinya semata-mata berdasarkan khabar angin.

“Tetapi mereka membuat tuduhan itu semata-mata berdasarkan khabar angin untuk mengaibkan saya. “Untuk membuat dakwaan, kamu mesti mempunyai bukti, bukan berdasarkan khabar angin.

“Orang yang tidak ada maruah sahaja yang buat macam ini. Saya telah menjadi mangsa” katanya.- Free Malaysia Today

2 orang berkata:

Anonymous said...

BERANI BUAT,BERANI TANGGUNG LA..KAU RASAKAN PULAK MACAMANA KENA KUTUK,KENA HINA..KAU NAK AIBKAN ORANG..ALLAH SUKA SANGAT ORANG MACAM KORANG NI..MELAYU MUDAH LUPA.

otaklunyai said...

Kat dunia ko bersih la... sebab ko geng fasik... di akhirat kelak ko pasti kena beb, pasti!!!... aku akan tuntut hak aku sebagai org melaka yg ko zalimi semasa ko perintah melaka dulu... mampus ko... selamat masuk neraka jahanam ko....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.