KERANA MAHUKAN KEMENANGAN MANUSIA SANGGUP MELAKUKAN AMALAN DOSA
Sudah menjadi satu amalan yang busuk kepada pemerintah apabila mereka mahukan kemenangan dalam pilihanraya maka mereka sanggup melakukan apa saja isu untuk memikat hati rakyat sekalipun mereka melakukan amalan kotor dengan mencipta berbagai fitnah yang sangat mengaibkan sesama manusia
Dalam negara ini rakyat dihidangkan dengan isu-isu yang berkait dengan isu-isu penipuan, isu menjatuhkan maruah saudaranya sekalipun belum jelas kesalahannya, isu merasuah rakyat dengan mengamalkan pembelian manusia supaya rakyat menyokong mereka dipaparkan dengan meluas dimedia cetak dengan tujuan rakyat terpengaruh dengan mereka terus dimainkan
Agency kerajaan dipergunakan sepenuhnya untuk membantu kerja muslihat mereka terus-menerus dijalankan tanpa ada rasa malu kepada rakyat, hilang harga diri sebagai pemerintah yang dikatakan ingin bersih dan cekap dalam pentadbiran negara melambangkan golongan pemerintah yang hilang moral disamping mengajar rakyat supaya tidak bermoral
Rakyat patut berfikir secara matang mengapa apabila hampir pilihanraya terlalu banyak janji pembangunan ? mengapa hampir pilihanraya terlalu bayanyak isu maruah pehak lawan dijatuhkan ?, mengapa hampir pilihanraya maka ramai rakyat yang keluar parti menyokong mereka ? tidakkah rakyat disuruh berbuat demikian setelah mereka disuap dengan berbagai rasuah ? Ini semua berlaku dihadapan mata rakyat dinegara ini
Rakyat yang sentiasa kekurangan merasakan satu peluang terhadap diri mereka sekalipun perbuatan mereka itu menjatuhkan maruah diri mereka sendiri, ini bererti rakyat menggadaikan pendirian mereka kerana telah diasuh bersifat mengemis untuk kepentingan golongan tertentu, inilah yang sedang berlaku dinegara ini
Dengan sikap rakyat dan pimpinan dinegara ini benarlah janji Allah yang mengatakan bahawa setiap kesusahan dengan bala yang diturunkan oleh Allah adalah kerana perbuatan manusia itu sendiri dan kita dinegara ini hanya menunggu bala yang telah diundang oleh mereka yang rakus mencipta berbagai dosa yang hanya mengharapkan kemenangan secara kotor
Dengan sikap rakyat dan pimpinan dinegara ini benarlah janji Allah yang mengatakan bahawa setiap kesusahan dengan bala yang diturunkan oleh Allah adalah kerana perbuatan manusia itu sendiri dan kita dinegara ini hanya menunggu bala yang telah diundang oleh mereka yang rakus mencipta berbagai dosa yang hanya mengharapkan kemenangan secara kotor
0 orang berkata:
Post a Comment