CARI PUNCA MENGAPA ISU HINA INI DIDEDAHKAN DAN KUMPULAN INI BERMOTIFKAN APA ? DAN MEREKA WAJIB DIHUKUM
KELUARGA YANG DIHINA OLEH UMNO KERANA POLITIK
Rakyat di negara ini tak kira apa fahaman mereka perlu berfikir panjang tentang pendedahan video lucah yang dikatakan lakonan Dato' Anuar ibrahim yang belun pastinya dia adalah orang yang dikaitkan, bayangkan betapa malunya keluarga mereka ini apabila tuduhan dibuat oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan TRIO yang masih bebas, sepatutnya mereka ini perlu mengambil kira adap bangsa melayu yang dikatakan kaya dengan sopan santun dan berbudi luhur
Keluarga Anuar dijaja kehulu dan kehilir dengan isu sumpah laknat kerana mereka mempertahankan suami dan bapa mereka dituduh kaki main belakang, kaki perempuan lacur dan sebagainya, andainya benar sekalipun maka agama melarang kita mencanangkan perkara yang begitu aib kepada masyarakat umum, isu ini rasanya tersangat hina dari tuduhan membunuh, jika membunuh nampak heronya, jika tuduhan zina ia sangat memalukan malah bukan orang yang dituduh sahaja yang akan mendapat hina bahkan negara juga turut dihina oleh masyarakat luar negara
Orang yang melakukan perbuatan mengaibkan orang lain mungkin bermotifka politik akan tetapi bukan isu itu yang diharapkan oleh rakyat untuk membela nasib mereka kerana rakyat masih memerlukan untung nasib mereka dibela dan apa yang kita tahu ialah begitu ramai masalah ekonomi rakyat yang belum selesai, adalah diharapkan kepada orang yang melakukan penghebahan ini iaitu kumpulan TRIO mestilah dihukum kerana merekalah yang mengakui dan menjadi punca isu buruk ini berlaku di negara ini
1 orang berkata:
Sejak bila pembangkang prihatin dengan isu membela nasib rakyat? bila dah tersepit, mulalah raih simpati.
dah Pak Lah keluarkannya dari penjara, masih nak cuba tunjuk hero nak jatuhkan kerajaan itulah jadinya.
Ingat, sembahyang hajat minta dizahirkan kebenaran adalah antara punca zahirnya kebenaran yang dipohon itu, insaflah.
Sayangnya manusia ini tak pernah insaf, dan Allah lah penentu nasibnya yang sebenar.
Kalaulah dia mengaku seperti chua soi lek, maka puak-2 dlm mca kembali bersatu, jadi maka akan sebegitu juga melayu, akan terselamat dua puak parti melayu di malaysia. Akan bercantum kembali kiambang yang pecah seribu itu.
Post a Comment