Taib Mahmud kini kelihatan terdesak dan terpaksa memilih untuk mempertahankan maruah dirinya menjelang kempen pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Ini adalah kerana dia cuba membidas tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang mengenai pelbagai kesalahannya seperti rampasan tanah, rasuah, nepostism dan menyalur keluar kekayaan Sarawak kepada bank-bank, perniagaan-perniagaan dan syarikat-syarikat hartanahnya di luar negara.
Para penasihatnya telah membuatnya menghadapi dan menjawab segala isu yang dibangkitkan bagi memulihkan kepercayaan para pengundinya yang kini kian marah.
Suatu dari kaedah yang telah mereka laksanakan, yang dikenali sebagai ‘perang cyber’, adalah mempersembahkan beberapa siri tayangan video (yang disunting semula sebegitu rupa) temubual di mana dia menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh beberapa orang pemberita (termasuk seorang pemberita yang dibawa khas dari luar negara oleh syarikat PR).
Kemudian liputan itu diterbitkan di dalam kebanyakan laman-laman web baru BN dalam usaha mereka untuk memenangi hati rakyat.
Lebih baik mendiamkan diri?
Namun si atuk ini sering kelihatan tidak selesa dengan peranannya semasa menjawab soalan-soalan yang ‘sukar yang menyentuh perkara-perkara yang sepatutnya dielakkannya seperti penghutanan semula, kekayaannya dan masalahnya dengan pemilik-pemilik tanah orang-orang peribumi – dan apa yang kita dapati akhirnya, adalah suatu kesilapan yang amat memalukan.
Dalam pengakuannya yang terkini Taib sekali lagi telah kelihatan berusaha untuk menamatkan dakwaan-dakwaan terhadapnya bahawa anaknya telah memperolehi segalanya hasil dari wangnya sendiri dan juga dari peluangnya selaku seorang ahli politik. Namun alasan-alasannya yang tak masuk akal ini telah menimbulkan keraguan bahawa dia seorang yang pelupa dan semakin nyanyuk:
“Anak-anak saya semuanya berpelajaran tinggi, mereka telah menjalankan perniagaan mereka di luar negara. Saya terpaksa melakukan perniagaan di luar negara sejak 30 tahun lalu. Alasannya mudah sahaja kerana saya tidak mahu perniagaan saya itu bercanggah dengan kepentingan tugas harian saya, yang akan menghantui saya. [Jika] saya berniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, maka kami berniagalah di luar negara”
Apa yang orang tua itu telah lupa, tetapi kebanyakan penduduk Sarawak tidak, bahawa keluarga, khasnya anak-anaknya, SEMEMANGNYA memiliki bilangan perniagaan yang terbanyak di negeri Sarawak. Kebanyakan dari perniagaan mereka adalah merupakan perniagaan yang ‘diswastakan’ dari kerajaan Negeri Sarawak yang diberikan oleh Taib Mahmud sendiri dan beliau sentiasa mempastikan bahawa kontrak-kontrak besar kerajaan akan ‘dilaksanakan’ oleh perniagaan keluarga beliau!
1 orang berkata:
Salam Pak Karamu, mohon perkenan sebagai kita bersahabat ber-blog, sekali lagi saya berharap sudi Pak Karamu link kan blog saya kedalam blog Pak Karamu.
Ini link saya http;//www.KemBalakEnterprise.blogspot.com
sekian terima kasih
mnorkembalak
Post a Comment