BN yakin rampas balik Pulau Pinang beribu ahli PKR keluar parti dan menyertai UMNO
Pengerusi BN itu berkata, beliau yakin dengan kemungkinan itu sebab banyak pihak kecewa dengan kerajaan negeri pimpinan PR sekarang.
Banyak pihak kecewa?? di Pulau ini memang banyak pihak yang kecewa dengan tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat, mereka kecewa kerana selama ini mereka memperolehi projek tanpa melalui tender..
Hanya perlu ada kabel politik dengan pemimpin UMNO..
Sebaiknya Najib berusaha menyatukan UMNO Permatang Pauh itu dulu yang kini terbelah tiga sebelum bercakap untuk merampas kembali Pulau Pinang..
BN yakin rampas balik Pulau Pinang, kata Najib
GEORGE TOWN, 2 April – Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas balik Pulau Pinang, yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) tiga tahun lalu, pada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut bakal diadakan tahun ini.

Katanya, sudah ada sentimen ke arah itu dan mahu sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan kelak.
“Kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan (undi),” kata Perdana Menteri pada sidang media di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.
Najib mengadakan lawatan sehari ke Pulau Pinang hari ini.
Dipetik Bernama Online, Najib yang juga Presiden Umno berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.
Kata Najib, angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak.
Perdana Menteri berkata pemimpin BN tidak harus kecewa dengan beberapa keputusan pilihan raya lepas, malah mereka perlu menganggapnya sebagai asam garam dalam politik.
Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, yang dianggotai PAS-PKR-DAP pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

1 orang berkata:
I just couldn't leave your website prior to suggesting that I actually enjoyed the standard information an individual supply on your guests? Is gonna be again continuously to check up on new posts
My page :: hair removal reviews
Post a Comment