Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERGETAH SEBELOM MONOPOUS




Bukan tengok batang getah tapi perempuan bergetah
Posted on Tuesday, October 25 @ 18:04:18 PDT by Paktam


TEMERLOH, : Pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman mahu masyarakat sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi juga melibatkan persoalan tauhid dalam diri seseorang sebagai tunjang. 

Selebriti yang lebih dikenali sebagai Bob Lokman itu, berkata malangnya ramai yang terpengaruh dengan istilah ‘Melayu itu Islam’ sehinggakan tidak pernah untuk menilai semula tauhid atau pun menuntut ilmu.


“Saya baru 9 bulan berada di atas jalan pulang yang benar...tau kenapa setelah umur 47 baru sedar? Sebab kesilapan paling besar saya lambat ialah kerana selama ini saya terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam.
 
“Pegangan itu membuatkan saya rasa sentiasa selesa. Sepatutnya semua kena sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi persoalan tauhid pun jarang dibicarakan, sedangkan tauhid itu tunjang,” katanya.

Tambahnya, sebahagian besar keluarga Melayu rasa tidak kisah jika pergi konsert buka, aurat dan pergaulan bebas, semuanya kerana selesa dengan pegangan Melayu itu Islam.

Bob Lokman berhujah demikian dalam forum wacana ilmu bertajuk ‘Belia: Antara Seni dan Maksiat’ sempena Karnival Belia Muslim di Taman Kubang Gajah di sini malam tadi.

Turut menjadi panel ialah Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman dan pendakwah Ustaz Mujiburrahman Ishak.

Menceritakan pengalamannya sebagai artis apabila ditanya oleh pengerusi majlis, Bob Lokman menyindir bahawa pakcik-pakcik yang bekerja menoreh getah tidak pernah naik syahwat apabila melihat pokok getah.

“Tapi saya bekerja sebagai pelakon banyak bergaul dengan perempuan. Maknanya saya bukan tengok batang getah tapi saya tengok perempuan yang bergetah yang boleh menimbulkan syahwat,” katanya sambil diiringi derai ketawa kira-kira 1,000 yang hadir.

Bob Lokman mengingatkan, budaya suka berhibur sehingga melalaikan (hedonisme) sebenarnya sengaja dicucuk oleh Yahudi ke dalam masyarakat Islam tanpa disedari.

“Malangnya kalau dulu persembahan konsert dianjurkan syarikat perniagaan, tetapi sekarang ini konsert dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan parti pemerintah sendiri kerana nak ajak orang datang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Shahril Azman berkata jika kita mahu melihat bagaimanakah sesebuah negara pada masa akan datang lihatlah keadaan belianya pada hari ini.

“Jadi jika semua pihak mahu melihat negara baik pada masa akan datang maka semua pihak mesti berusaha menjadikan belia hari ini kekal baik.
“Namun Islam datang bukan untuk menyekat hiburan yang menjadi kegemaran naluri manusia, tetapi Islam datang untuk mengawal. Sebab itu kerajaan yang bertanggungjawab dia mesti kawal,” jelasnya.
Mujiburrahman pula berkata seni dan hiburan tidak salah tetapi telah dipesongkan cara berhibur dan pergaulan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.