Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PERAK MENGAMUK, PULUHAN RIBU BERHIMPUN


WarkahDaily – Perkara yang menakutkan Umno-BN di mana-mana ialah gelombang sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR) semakin bertambah-tambah, bahkan lautan manusia dengan rela hati berhimpun dalam program yang dianjurkan PAS-PR.



GELOMBANG HIJAU: Puluhan ribu rakyat Perak membanjiri program sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Perak di Masjid Tinggi, Bagan Serai.
Di Perak tidak terkecuali daripada gelombang kebangkitan rakyat yang memang digeruni oleh parti pemerintah yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir yang kini berhadapan krisis meletakkan calon Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 kerana berlaku perebutan sesama sendiri dari kalangan komponen dan Umno sendiri.
PAS Perak telah berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat Perak di Masjid Tinggi, Bagan Serai sempena sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Perak selepas kejayaan mengadakan perhimpunan ‘Gelombang Rakyat’ sebelum ini iaitu program PAS ganti Umno peringkat Perak di zon Utara dan Zon Selatan.

Kejayaan PAS menghimpunkan rakyat dari seluruh Perak yang berlangsung dua hari itu telah memberi signal menggerunkan buat parti pemerintah yang begitu bongkak dengan kuasa mereka yang dirampas dari PR sebelum ini konon Umno-BN di Perak semakin kuat dan diterima rakyat.

Menurut Pengarah Sambutan 60 tahun PAS peringkat Perak, Misbahul Munir, program yang diadakan bersempena 60 tahun PAS peringkat Perak itu ternyata menjadi gelombang bagi menawan semula negeri Perak dari Umno-BN dan perhimpunan seumpama ini dijangka akan lebih kerap lagi diadakan bagi memastikan momentum dan gelombang ini berterusan sehinggalah PRU akan datang.


Kata Misbahul, kehadiran (rakyat) memang sudah dijangka, dengan beberapa faktor isu-isu terkini selain faktor tokoh yang diundang.


“Rakyat sememangnya sudah benci yang melampau terhadap Umno-BN. Mereka mengharapkan PAS dan PRlah yang akan tampil menerajui kepimpinan negara,” kata Misbahul dalam Facebooknya.


Program yang diadakan dua hari (29 dan 30 Oktober) itu jelas membuktikan rakyat Perak mahukan perubahan di negeri itu apabila kehadiran rakyat Perak menjangkau puluhan ribu untuk mendengar amanat dari pimpinan tertinggi PR, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan yang lain.


“Ceramah malam pertama membuktikan segala-galanya, apatah lagi ceramah di malam kedua.


“Gandingan mantap Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Ketua Umum PKR mengundang puluhan ribu rakyat berhimpun di Masjid Tinggi, Bagan Serai,” tulis Misbahul dala Facebooknya.


Menurut Misbahul lagi, program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Prof Dr. Abdul Aziz Bari yang disensasikan melalui isu Sultan Selangor yang berganding dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang sememangnya popular bagi menggocangkan Bagan Serai.


“UMNO BN pasti tidak akan lena tidur dengan kebangkitan rakyat di Perak,” tulis Misbahul lagi.


Misbahul turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan.


“Kejayaan program adalah kerana kerjasama dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh ahli PAS dan penyokong PAS di semua peringkat.


“Dengan sambutan yang hebat ini, sewajarnya PAS kawasan-kawasan mengambil inisiatif di peringkat masing-masing bagi menganjurkan sambutan 60 tahun peringkat kawasan. PAS negeri sedia membantu dan menyelaraskan sambutan ini,” tulis Misbahul.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.