Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO BERCAKAP TERLALU GHAIRAH AKHIRNYA PADAH

Laporan Polis Dibuat Terhadap Shahrizat


S
ebuah NGO kaum India yang merasa terancam dengan kenyataan Ketua Wanita Wanita Umno Shahrizat Abdul Jail berhubung dengan tragedi 13 Mei telah membuat satu laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan.

“Kenyataan Shahrizat itu jelas bermaksud untuk menakutkan kaum bukan Melayu.

Apa yang beliu ingin nyatakan jika kaum bukan Melayu mengundi pembangkang akan menyebabkan UMNO hilang kuasa, dan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 akan akan berlaku,” tegas Ketua Tamilar Action Force (TAF) A Vethaamoorthy, lapor Freemalaysiatoday.

Mengetuai kumpulan orang ahli, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul kelmarin, beliau berkata Shahrizat sepatutnya didakwa kerana menakutkan orang awam dan cuba mencetuskan perbalahan antara kaum.

Shahrizat membangkitkan insiden 13 Mei di dalam ucapannya di perhimpunan Wanita Umno pada Rabu minggu lalu.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasarnya, memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.

“Dengan membuat kenyataan sedemikian rupa, ia menunjukkan betapa terdesaknya UMNI kini,” kata Vethaamoorthy.

Beliau menekankan tragedi 13 Mei sudah menjadi sejarah,dan pemimpin negara ini sepatutnya menyedari bahawa rakyat berhak memilih sesiapa yang mereka mahu di dalam pilihanraya.

“Ia lansung tidak membantu dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian ,” tambahnya.

Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk M Kulasegaran dan Khalid Samad juga telah mengkritik Shahrizat, mememanggilnya sebagat “amat memalukan” dan menegaskan bahawa rakyat Malaysia kini lebih bersatu dari tahun 1969.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.