Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POKOKNYA MENGAPA BILA MENJELANG RAYA DAN PILIHANRAYA

APABILA NAK RAYA KITA BAGI AYAM MAKAN, PAS TU TENGAH MAKAN KITA TANGKAP DAN KITA SEMBELIH, BILA PILIHANRAYA KITA BAGI AYAM MAKAN SUPAYA AYAM TU DATANG KAT KITA, BILA BELUM JINAK KITA BAGI LAGI MAKAN, MAKAN, DAN MAKAN, BILA DIA KENYANG KITA TANGKAP DAN SEMBELIH, DEMIKIANLAH IBARATNYA DIDALAM ILMU FALASAFAH,  hu hu hu  - Pak Karamu
Jamil Khir: Pas patut berlumba dengan Umno bantu rakyat

24 Februari 2013
SUNGAI PETANI - Pas sepatutnya berlumba dengan Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain dalam memberi bantuan kepada rakyat miskin dan bukan menyalahkan kerajaan persekutuan kerana memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Beliau berkata berlumba-lumba memberi bantuan adalah usaha baik untuk meringankan hidup rakyat berpendapatan rendah.

"Sekiranya kedua-dua pihak iaitu kerajaan persekutuan dan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang memberi pelbagai bantuan, barulah rakyat dapat merasai nikmat.

"...jadi tidak perlu salahkan orang lain. Nak berkelahi sampai bila, akhirnya rakyat yang tersepit," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik

Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan pemberian bantuan kerajaan persekutuan kepada rakyat termasuk BR1M, sebagai menabur makanan kepada haiwan ternakan.

Jamil Khir menyampaikan anugerah cemerlang dan merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bedong dekat sini hari ini.

 "BR1M perlu dilihat secara positif dalam usaha kerajaan persekutuan menjaga rakyat, kerana ia disasarkan kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah.

"Rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang benar-benar mahu membela dan membantu mereka. Mereka juga sudah mula menilai siapa yang patut disokong," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.