25 Julai, 2013
Muhyiddin Dedah Resepi Kemenangan BN
Kemenangan dan peningkatan majoriti Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 2,952 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut disebabkan keyakinan pengundi bahawa parti pemerintah itu mampu untuk melaksanakan 15 projek yang diumumkan ketika berkempen di kawasan berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Ketua Pengarah PRK Kuala Besut BN berkata, projek bernilai hampir setengah bilion yang diumumkan kerajaan BN di kawasan berkenaan sekian lama dinantikan pengundi yang majoritinya adalah nelayan dan mereka yang terbabit dalam industri pelancongan.
“Projek itu dinantikan penduduk Kuala Besut Ia bukan timbul pada
saat-saat akhir, penyokong kita daripada nelayan, mereka membawa bot,
bawa pelancong.
"Ia usaha yang baik, dan memberi kesan positif kepada kita," katanya
pada sidang media selepas kemenangan BN diumumkan di Dewan Majlis Daerah
Besut malam ini.
BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan
majoriti 2,592 undi, peningkatan daripada 2,434 undi pada Pilihan Raya
Umum 2013 (PRU13).
Antara projek terbesar yang diumumkan Muhyiddin ketika membantu kempen
calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, di kawasan majoriti
nelayan itu adalah pembinaan benteng penahan ombak yang bernilai RM250
juta.
Menjelaskan berhubung pelaksanaan projek berkenaan, Muhyiddin menjangka
projek itu akan siap dalam tempoh dua tahun, dengan langkah pertama
ialah melantik konsultan, yang menelan kos RM500,000.
"Projek akan dilaksanakan dalam jangka masa sesuai, yang penting rakyat
hendak lihat janji atau memang mahu buat. Lihat muka saya, saya akan
buat," katanya ketika ditanya pemberita.
"Kita sasar majoriti lebih tinggi, tapi yang pentingnya (majoriti) bukan
merosot, Pakatan Rakyat (PR) akan gunakan alasan undi merosot, sokongan
merosot, tetapi sebaliknya, saya rasa ini sesuatu yang istimewa,"
katanya.
Ahli Parlimen Pagoh itu juga yakin kemenangan BN di kerusi DUN Kuala
Besut adalah hadiah istimewa buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.
BN memperolehi 8,288 undi manakala PAS pula sekadar memperolehi 5,696
undi, manakala sejumlah 125 undi pula diumumkan undi rosak.
Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat
Penjumlahan Undi di Dewan Majlis Daerah Besut berhampiran Gong Kemuntong
malam tadi.
Tengku Zaihan dilihat turut hadir di dewan berkenaan tepat jam 10 malam
bersama Pengarah PRK Kuala Besut BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Said; dan juga Ahli Parlimen Besut, merangkap
Menteri Pendidikan II Datuk Seri, Idris Jusoh, beserta anggota Kabinet
bagi mendengar keputusan diumumkan.
Che Long bagaimanapun tidak kelihatan ketika pengumuman keputusan berkenaan dibuat.
Lapan Bahagian Pilihan Raya ditetapkan SPR di lokasi pertama PRK selepas
PRU13 itu, dengan antaranya ialah Pulau Perhentian, Seberang Barat,
Kampung Nail, Seberang Barat Luar, Tok Saboh, Kampung Nagka, Kampung
Baru, dan Bukit Puteri.
Sebanyak 1,134 pengundi daripada kalangan tentera dan 14 anggota polis
mengundi awal pada 20 Julai lepas di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak.
Addin:
Resepinya adalah rasuah pilihanraya..
0 orang berkata:
Post a Comment