Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bukan semua Syiah sesat, kata Mufti Perak

Oleh Hasbullah Awang chik
Bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.

Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah.


Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.

Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.

“Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum  berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu,” katanya.

Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.

Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan.

“Kerajaan Kedah ambil pendekatan itu kerana kebanyakan penduduknya bukan berpendidikan tinggi. Maka dikhuatiri jika ada pihak yang cuba mulakan provokasi, pergaduhan sesama Islam boleh tercetus.

“Ini berlainan situasinya seperti di Kuala Lumpur, ketegangan mungkin dapat dielak jika dua kumpulan berkenaan saling mengawal sensitiviti dan emosi masing-masing,” katanya.

Berdasarkan sejarah, pensyarah itu berkata pengembangan Syiah di Nusantara agresif pada abad ke-20 di Pasai dan Perlak, malah merebak ke Istana Siam pada abad ke-17 berikutan wujudnya pemakaman di Pattaya.

Jika kerajaan telus untuk menyelesaikan isu Syiah, katanya, ketua mereka atau lebih dikenali sebagai ‘Usuli’ perlu didekati dan pendekatan musyawarah dilakukan.

“Jika kerajaan terus mengancam Syiah menggunakan pendekatan menangkap atau beri kaunseling langsung, ditakuti mereka akan berpura-pura dalam penampilan dan akidah bagi mengelak diri diancam atau dikenal pasti.

“Lebih mengejutkan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Mei lalu menggesa umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya berdamai, berhenti berbalah dan berbunuhan sesama sendiri.

“Awal minggu ini, Dr Mahathir menggesa negeri yang belum mewarta fatwa anti Syiah, patut berbuat demikian dengan mengambil kira bahawa fahaman itu hanya membawa kesan negatif dan memecah belah ummah,” katanya.

Selasa lalu, agensi berita nasional, Bernama melaporkan kerajaan Terengganu akan mematuhi pewartaan fatwa anti-Syiah walaupun negeri itu bebas dari pengaruh fahaman atau ajaran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata laporan mendapati isu Syiah di negeri itu di peringkat terkawal.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man, berkata fatwa pengharaman Syiah di negeri itu sudah diumum sejak beberapa tahun lalu. - 25 Julai, 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.