26/07/13
Kit Siang jangka k'jaan mungkin batal pendaftaran DAP
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata
beliau melihat petunjuk bahawa kerajaan sedang bersedia untuk membuat
kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan Hari Raya
Aidilfitri.
Katanya, beliau menjangka kerajaan
mungkin bertindak demikian berdasarkan kenyataan ketua pengarah Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman dalam
satu laporan The Star hari ini.
Abdul Rahman dalam laporan itu memberi
peringatan kepada anggota DAP supaya tidak memasang harapan untuk
membentuk parti baru jika jabatan itu bertindak membatalkan pendaftaran
parti baru.
Abdul Rahman berkata mereka mungkin tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru.
“Kami malah tidak melayan 29 permohonan
untuk menubuhkan parti baru yang dikemukakan sejak lima tahun lalu,”
katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.
Laporan itu menyebut, Abdul Rahman
diminta mengulas mengenai usaha anggota DAP untuk membentuk parti parti
sekiranya pembatalan parti tersebut tidak dapat dielakkan.
Laporan berkenaan mengaitkan perkara itu dengan isu pemilihan parti jawatan pusat DAP pada Disember lalu.
Mengulas perkara itu, Lim berkata kenyataan tersebutadalah berdasar hujah yang tidak berasas dan sembarangan.
“Laporan The Star itu mengandungi hujah
palsu dan tidak berasas yang menunjukkan ketua pengarah ROS bertindak
dengan cara yang sangat tidak patut, tidak adil dan tidak profesional,”
katanya.
Lim menambah, Abdul Rahman sepatutnya menjalankan tugasnya dengan bebas dan tidak berpihak.
Jelasnya, DAP masih belum menerima sebarang permintaan daripada anggota parti untuk menjalankan pemilihan CEC yang baru.
Isu berkenaan hanya ditimbulkan oleh ejen propaganda Umno dan BN sejak beberapa bulan lalu, katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment