26 Julai, 2013
NGO Antarabangsa Sahkan Umno BN Salah Guna Undang-Undang Pilihanraya
Pertubuhan hak asasi manusia serantau, Asian Forum for Human Rights and
Development (Forum Asia) yang dalam misi pencarian fakta hari ini
mendedahkan penemuan awal mereka mendapati kerajaan Malaysia
menyalahguna tiga undang-undang iaitu Akta Hasutan 1948, Akta
Perhimpunan Aman (PAA) 2012, dan Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar
(PPPA) 1984 ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Wakilnya, Kishali Pinto-Jayawardena berkata, kerajaan Malaysia
menggunakan beberapa undang-undang yang terlalu teknikal dan sukar
difahami untuk menghukum dan mendakwa individu secara terpilih.
"Kami melahirkan kebimbangan terhadap bentuk undang-undang yang
bermasalah ini kerana ia memberikan kuasa kepada kerajaan Malaysia untuk
menjalankan pendakwaan dan hukuman secara terpilih ke atas individu
tertentu.
"Janji kerajaan Malaysia untuk menjalankan reformasi
tidak selari dengan pelaksanaan mereka," kata aktivis kanan daripada Sri
Lanka itu dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur dan Selangor pagi ini.
Penemuan awal kumpulan itu mendapati kerajaan Malaysia telah menggunakan
Akta Hasutan 1948, Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Kanun Keseksaan
dan juga Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar (PPPA) 1984 bertujuan
menekan pihak yang berbeza pendapat dengan mereka.
"Pihak berkuasa Malaysia menggunakan undang-undang sebagai alat untuk menekan hak bersuara pada PRU13.
"Tangkapan ke atas aktivis dan pemimpin pembangkang berterusan terutama
selepas pendedahan meragukan dalam proses pilihan raya," kata Joses
Kuan, yang juga salah seorang wakil daripada kumpulan itu.
Tindakan itu dilihat sama sekali mencabuli hak berhimpun dan kebebasan
bersuara yang dijamin ke atas semua rakyat Malaysia, kata Profesor
Undang-Undang Universiti Kebangsaan Seoul Kyong-Whan Ahn. ~the malaysian insider
0 orang berkata:
Post a Comment