9/07/13
Ust Azhar Idrus dibwa untuk gempur Kuala Besut
MARANG - Pemuda Pas Terengganu akan
menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia
penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional.
Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun
Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga
menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda
sebagaimana tradisi dilakukan parti itu.
“Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI).
“Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini,
anak muda akan membuat perubahan pada PRK ini,” katanya yang turut
meminta jentera Umno tidak bertindak agresif bagi memastikan perjalanan
PRK Kuala Besut lancar.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai
keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada
bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil
semangat daripada kisah Perang Badar.
“Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment