02 September, 2013
Adam Adli Dan Hishamuddin Rais Di Tahan Polis
Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais telah ditahan polis
kira-kira jam 8.50 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Dang Wangi.
The Malaysian Insider berjaya menghubungi dua aktivis itu dan mereka
telah mengesahkan ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dipercayai kerana
mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada malam sambutan kemerdekaan
pada Jumaat.
"Kami ditahan kira-kira jam 9 malam tadi sewaktu sedang menikmati makan malam di Kampung Baru.
"Kami kini masih berada di IPD Dang Wangi dan dibenarkan menghubungi
peguam. Kami masih menunggu kehadiran peguam, namun masih belum pasti
siapakah yang akan mewakili kami," kata Hishamuddin apabila dihubungi
The Malaysian Insider.
Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar
bendera "Sang Saka Malaya" jika ada laporan dibuat mengenainya.
Beliau menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap
kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang sebagai bendera
Malaysia.
Mengulas mengenai kumpulan yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya"
pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, beliau
berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu harus membuat
laporan polis.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan. ~the malaysian insider
0 orang berkata:
Post a Comment