Kejujuran taubat Ummu Jah dipertikai
SHAH ALAM – “Kejujuran Ummu Jah dan pengikutnya dipersoalkan. Kalau
setakat mengaku taubat sesiapa sahaja boleh lakukan dan ini bukannya
kali pertama bertindak sedemikian, pengisytiharan ini dibuat semata-mata
nak hidup,” demikian respons yang dizahirkan penulis buku, Tersungkur
Di Pintu Syurga, Zabidi Mohamed.
Zabidi Mohamed sebelum ini pernah menjawat jawatan Penasihat Undang-Undang Al-Arqam berkata, pengakuan taubat yang diisytiharkan Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam atau dikenali sebagai Ummu Jah masih boleh dipertikai.
“Sekiranya benar beliau dan pengikutnya insaf serta taubat dengan amalan ajaran sesat Aurad Muhammadia, mereka sewajarnya membubarkan dan menutup operasi rumah amal dan anak-anak di rumah kebajikan berkenaan dipulangkan kepada ibu bapa masing-masing.
“Ikrar taubat ini dibuat hanya untuk meneruskan hidup tanpa gangguan dan ancaman, namun ia hanya bersifat pura-pura. Kalau benar insaf sepatutnya beliau menutup operasi dan aktiviti syarikatnya yang menjadi penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan pertubuhan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun menurut Zabidi, persoalan masyarakat ketika ini bukanlah pengakuan taubat Ummu Jah tetapi mengapa jabatan agama negeri kecuali Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak bertindak?
“Kenapa penguasa agama negeri tidak bertindak? Sedangkan beberapa kali pengakuan taubat ini dibuat, namun tiada tindakan lanjut dilakukan dan hanya berdiam diri sahaja.
“Sedangkan umum maklum bahawa amalan yang diamalkan ajaran Al-Arqam secara terang-terangan sesat dengan mempermainkan nama Rasulullah SAW,” katanya.
Mengulas lanjut perkara ini, Zabidi berkata, sekiranya semua ahli Al-Arqam yang ditawan selama ini dilepaskan barulah beliau benar-benar percaya Ummu Jah sudah insaf.
Ketika diminta mengulas pembabitannya sebelum ini dalam pergerakan sesat berkenaan Zabidi berkata, Al-Arqam berbeza dengan ajaran sesat lain yang sejak awalnya telah terbukti sesat.
“Saya sertai Al-Arqam sebelum 1986, ajaran ini berbeza dengan ajaran sesat lain yang awal-awal dah sesat. Sedangkan Al-Arqam sesat di pertengahan iaitu bermula 1986 dan ke atas.

0 orang berkata:
Post a Comment