02 September 2013
ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan
26 Syawal 1434 H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Isnin
mengumumkan nama 20 parti politik baru yang diluluskan pertubuhan itu
berkuatkuasa 28 Ogos lalu.
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada jumlah
itu, 11 parti politik dari Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung Malaysia
(4).
Beliau berkata, pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati
dengan permohonan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan
telah menjalanitapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Ini merupakan 'hadiah' daripada pihak kerajaan untuk hak berpersatuan.
"Kita harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pendaftaran kepada
20 parti politik baru yang diluluskan ROS di ibu pejabatnya di sini,
Isnin.
Beliau menjelaskan, masa yang lama diambil untuk meluluskan permohonan
mereka yang tertangguh sejak tahun 2008 kerana mahu memperhalusi dan
meneliti keupayaan sesebuah pertubuhan parti.
Katanya, ada juga permohonan yang tidak diluluskan dan perlu ditolak
kerana dasar perlembagaan yang tidak teratur dan permohonan tak lengkap.
"Masa depan sesebuah negara bergantung kepada pertubuhan parti ini. Oleh
itu, kita kena betul-betul menilai sama ada mereka benar-benar
bertanggungjawab," katanya.
Parti politik daripada Semenanjung:
1) Parti Keadilan India Malaysia (MIJP).
2) Parti Generasi Baru (NewGen Party).
3) Parti Nasional Malaysia (MNP).
4) Parti Nasional Penduduk Malaysia (People's National Party of Malaysia).
Parti politik Sabah:
5) Parti Kebangsaan Sabah (PKS).
6) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.
7) Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).
8) Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).
9) Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).
10) Parti Bersatu Bugis Sabah.
11) Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).
12) Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.
13) Parti Cinta Sabah (PCS).
14) Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).
15) Parti Damai Sabah (PARTI SPP).
Parti politik Sarawak:
16) Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
17) Parti Bumi Kenyalang (PBK).
18) Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS BARU).
19) Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB).
20) Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai / People's Alliance For Justice of Peace (Peace Party-Sarawak).
0 orang berkata:
Post a Comment