3/06/14
Umno celaka: Jika mahu saya tarik balik, biar dalam sidang DUN, - Rayer
Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer berkata tiada sebab
baginya untuk menarik balik ungkapan ‘Umno Celaka’ secara terbuka kerana
perkataan itu dilafazkan dalam DUN Pulau Pinang.
Beliau berkata jika ada pihak yang
mendesaknya mahu menarik balik ungkapan itu, maka ia juga harus dibuat
dalam sidang DUN yang akan datang.
“Benda ini sudah berlaku di dalam Dewan.
Habis juga di dalam Dewan. Kalau hendak tarik balik pun, tarik balik di
dalam Dewan. Sekarang persidangan Dewan sudah habis.“Kalau saya tidak
tarik balik, mereka boleh rujuk saya kepada tindakan disiplin melalui
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Mereka patut berbuat begitu,” katanya
kepada The Malaysian Insider.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
semasa berkempen di Teluk Intan pada minggu lalu mendesak Rayer untuk
menarik balik ungkapan ‘Umno Celaka’.
Katanya, jika Umno celaka, parti Melayu
itu tidak akan mampu memerdekakan negara dan menjadi pemimpin kepada
parti komponen dalam BN.
“Saya hendak beritahu Adun DAP yang
menuduh Umno celaka. Di hadapan ini ada parti komponen, jika Umno
celaka, Malaysia belum merdeka pada saat dan ketika ini. Umno bukan
parti celaka.
“Presiden Umno enam orang silih
berganti. Ketua DAP seorang, tidak ganti-ganti. Presiden Umno jadi
perdana menteri kepada orang Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Itu
dia presiden Umno.
“Kalau Umno celaka, ia tidak
mengeluarkan presiden yang baik menjadi perdana menteri kepada seluruh
rakyat Malaysia. Kita minta Rayer minta maaf dan tarik balik kenyataan,”
kata Ahmad.
Rayer berkata pada dasarnya pemimpin
Umno Pulau Pinang yang mula menyalahkan DAP tentang insiden 13 Mei
semasa membuat perarakan di negeri itu.
Katanya, dirinya masih waras dan sedar
apa akibatnya jika ungkapan ‘Umno Celaka’ itu ditujukan kepada orang
Melayu secara keseluruhannya.
“Bila mereka tuntut, saya enggan tarik
balik kerana saya mempunyai bukti kukuh penglibatan tiga orang pemimpin
Umno tertentu yang cuba mengadakan demonstrasi menyalahkan DAP bagi
perkara yang berlaku dalam 13 Mei.
“Saya bukan orang gila hendak katakan
Umno celaka. Kalau saya berhujah tanpa apa-apa bukti memang orang boleh
ingat saya kurang siuman, tetapi bila saya berbahas, saya ada bukti,
tunjukkan gambar daripada laman sesawang dan akhbar,” katanya.
Rayer berkata jika Umno ikhlas mahu
memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, maka tindakan kepada
pemimpin Umno Pulau Pinang seperti Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Shabudin Yahaya perlu diambil.
Katanya, apa yang dilakukan Pemuda Umno
tidak boleh disalahkan 100% kerana mereka mendapat maklumat yang tidak
tepat dari media arus perdana.
“Mereka salah faham kenyataan ini tidak
ditujukan kepada Umno secara amnya, tetapi kepada tiga pemimpin sahaja.
Nama mereka sudah pun disebut dalam sidang Dewan.
“Kemungkinan mereka hanya melihat
laporan yang dibuat di TV tertentu dan bertindak atas laporan itu. Saya
tidak salahkan mereka (Pemuda),” katanya kepada The Malaysian Insider.
Pemuda Umno Pulau Pinang pada bulan
lalu, menyerbu masuk DUN Pulau Pinang dan mencari Rayer untuk menarik
balik kenyataan ‘Umno Celaka’ yang dikeluarkannya.
Pemuda Umno Wilayah Persekutuan pula
mengadakan bantahan di Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur dan mengugut mahu
membakar tempat itu jika perkataan itu dikeluarkan sekali lagi.
Bagaimanapun, kebanyakan pemimpin Umno
tidak melihat ia sebagai satu isu besar, sebaliknya menyalahkan Rayer
kerana menghamburkan perkataan itu.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin
Yassin menyifatkan kelakuan pemuda parti adalah reaksi semula jadi
kerana rasa tercabar dengan ungkapan ‘Umno celaka’ oleh Rayer.
Katanya, reaksi Pemuda Umno dan orang Melayu di dua negeri itu adakan tindak balas spontan apabila Umno dicabar dan tercabar.
“Memang merupakan sifat semulajadi Pemuda Umno tidak akan berdiam diri ketika parti tercabar dan dicabar.
“Mereka sentiasa bersemangat untuk mempertahankan maruah parti,” katanya.
Rayer berkata pemimpin tertinggi DAP ada
menasihatkannya bagaimana untuk menyelesaikan kontroversi itu namun
enggan bercerita lanjut.
“Ada nasihat. Kita terima nasihat itu. Itu saya tidak mahu komen,” katanya
1 orang berkata:
Dah selesai dah PRK Teluk Intan dah so isu ni pun dah tenang. Sebahagian dari teknik untuk menarik undi Melayu.
Post a Comment