Tuesday, June 3, 2014
Cuai: Ibu Mangsa Mungkin Didakwa
Ibu kanak-kanak mangsa pembunuhan kejam mungkin didakwa kerana cuai
Published: 3 June 2014 | Updated: 3 June 2014 12:04 PM - MI
Polis
mungkin akan mendakwa Siti Salmy Suib, (kiri) ibu kepada kanak-kanak
yang dipenggal kepala, Siti Soffea Emelda Abdullah atas kesalahan
kecuaian
Polis mungkin
mendakwa ibu kanak-kanak dua tahun yang dibunuh dengan kejam atas
kesalahan cuai berikutan timbul percanggahan dalam kenyataan yang
diberikan wanita berusia 32 tahun itu berhubung kejadian yang berlaku
sehingga menyebabkan kehilangan dan pembunuhan anaknya, lapor The
Straits Times Singapore.
Akhbar itu
melaporkan, sumber daripada pasukan penyiasatan kes itu memberitahu,
Siti Salmy Suib memberi keterangan yang bercanggah.
Siti Salmy
mendakwa dia meninggalkan anak perempuannya, Siti Soffea Emelda Abdullah
bersama rakannya kerana hendak ke tandas ketika di pusat beli-belah
Kota Raya pada jam 3 petang, Khamis lalu.
Apabila dia
keluar dari tandas lima minit kemudian, Siti Salmy mendakwa anak
perempuannya itu tiada bersama rakan-rakannya dan mula mencari anaknya
itu.
Dia mendakwa hanya mengetahui apa yang berlaku kepada anaknya selepas polis menghubunginya pada malam kejadian.
"Bagaimanapun
apabila kami memeriksa rakaman CCTV, kanak-kanak perempuan itu dilihat
bermain sendirian apabila suspek melarikan mangsa.
"Tidak ada kawan-kawannya di sekeliling. Mungkin ada, tapi mereka tidak ada di situ ketika kanak-kanak itu dilarikan.
"Kami sedang melihat kembali kenyataan dia, mungkin dia cuba menyembunyikan sesuatu untuk lindungi dirinya," kata sumber itu.
Sumber itu
berkata, rakaman CCTV menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang
memerhatikan suspek membawa pergi Siti Soffea namun tidak mengambil
apa-apa tindakan.
Hasil rakaman
percakapan pengawal keselamatan itu, dia memberitahu kerap kali melihat
kanak-kanak itu dijaga oleh beberapa orang yang berbeza kerana Siti
Soffea dan ibunya selalu berada di tempat berkenaan.
"Kami mungkin
boleh mengaitkan ibu mangsa kerana cuai apabila kertas siasatan
dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP)," kata sumber itu.
Sementara itu,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata,
polis masih menyiasat motif di sebalik kes pembunuhan kejam itu yang
berakhir apabila suspek ditemui mati lemas.
“Kita masih
tidak tahu mengapa dia melakukannya. Kita perlu masa untuk proses cap
jari suspek. Kita melihat kes ini daripada semua sudut dan sudah
merekodkan kenyataan daripada ibu bapa Siti Soffea dan semua yang
mengenalinya,” kata Gan dalam satu kenyataan, lapor akhbar itu.
The New Straits Times Singapore melaporkan mayat suspek ditemui oleh orang awam kira-kira jam 2.30 petang pada Sabtu.
Walaupun tubuh
dan wajah mayat sudah kembung, fizikal dan pakaiannya padan dengan
gambaran saksi lelaki yang mereka lihat sedang memotong kepada Siti
Soffea, pada malam Khamis.
Tiada dokumen
pengenalan diri ditemui pada suspek, tetapi sumber percaya dia baru
dibebaskan daripada penjara dan mempunyai rekod jenayah.
Sebelum ini
mayat Siti Soffea ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada
badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun
Sambanthan kira-kira jam 9 malam, Khamis lalu.
Polis turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian.
Media sebelum
ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak
tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan
melakukan sesuatu pada leher mangsa. – 3 Jun, 2014.
0 orang berkata:
Post a Comment