Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Presiden, Setiausaha Kerja UMNO fail saman fitnah terhadap MalaysiaKini

03/06/2014 4:41pm

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua editor dan ketua pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.
Writ saman difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada Jumaat lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Media memperoleh writ saman itu hari ini.
Najib dan Ab. Rauf (bagi pihak UMNO) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd., Ketua Editor Malaysiakini.com, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab. Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.
Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.