KEPUTUSAN PKR KEPUTUSAN KERAMAT ! TIADA SIAPA YANG BOLEH KOMEN ! SEBAB KERAMAT TIADA SIAPA YANG BOLEH UBAH KEPUTUSANNYA, JANGAN DI TANYA DI MANA KERAMAT ITU BERMASTAUTIN, PKR BERHAK BERPENDIRIAN SEDEMIKIAN, ANDAI KATA SELAIN DARI WAN AZIZAH KAMI TAK AKAN TERIMA, DEMIKIANLAH KETEGASAN YANG DI KELUARKAN OLEH SETIAUSHA AGONG PKR SAIFUDDIN NASUTION.
BERUNTUNGLAH PKR MEMILIKI SEORANG SETIAUSHA AGONG YANG KENTAL DAN TEGAS, MENGIKUT KAUM MANDAILING, SUKU ATAU MARGA MANDAILING NASUTION INI ADALAH KETURUNAN SAKTI, IA DI AMBIL DARIPADA PERKATAAN SUKU MANDAILING IAITU NASUTION YANG BERMAKSUD NAN SAKTI ! PUUUUH LA MAAAAAK ! BERUNTUNG SUNGGUH PKR ! -Pak Karamu
Monday, September 22, 2014
KENYATAAN RESMI PKR
KENYATAAN MEDIA
Sebagai menjawab beberapa dakwaan yang
timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu perlantikan Menteri
Besar Selangor yang baru, saya menegaskan bahawa KEADILAN berpegang
teguh kepada keputusan parti yang telah dibuat sebelum ini termasuk
seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu.
Oleh yang demikian, calon KEADILAN bagi
jawatan Menteri Besar Selangor yang baru tidak berubah iaitu Dr Wan
Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang.
Sebarang berita kononnya Ketua Umum
KEADILAN, Anwar Ibrahim telah bersetuju secara lisan dengan kompromi
dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat.
Keputusan dan pendirian KEADILAN adalah
atas kepercayaan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem
raja berpelembagaan. Makanya sebarang berita tidak wajar disebarkan
untuk memberi gambaran bahawa KEADILAN berganjak dari keputusan
mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja
berpelembagaan ini.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
21 September 2014
0 orang berkata:
Post a Comment