Mungkin ada ahli PAS yang merasa dukacita lebih dari ahli PKR sendiri jika Sultan memilih wakil PAS menjadi MB Selangor, mereka telah membuat kenyataan jika wakil PAS dipilih maka PAS akan menolak, mereka di ibaratkan cengkadak-cengkadah PKR yang berada di dalam PAS
Mereka ini di ibaratkan sebagai mewarisi pusaka PKR yang berada di dalam PAS, mereka juga dianggap menjadi bebudak PKR yang boleh merosakkan perjuangan PAS yang menjadikan islam sebagai dasarnya. Memang ramai diantara manusia yang bercakap tentang islam namun islam yang mereka perkatakan itu adalah berdasarkan lojik akal serta emosi mereka - Pak Karamu
IKUT KATA AKAL TAK BOLEH PAKAI, IKUT KATA HUKUM IJMA ULAMA LEBIH SELAMAT
"Dewan Ulama mencadangkan supaya kita terima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Selangor.
"Kalau diberi kepada PKR, PAS kena terima dan kalau tuanku beri kepada PAS, maka kita juga kena terima.
"Buat apa kita nak cari musuh lagi ? Umno dah bermusuh, nak bermusuh dengan istana pulak. Itu pandangan saya yang cetek ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Pas ke-60, di sini, hari ini.
Sementara
itu, beliau berpendapat Presiden tidak perlu mengikut keputusan
mesyuarat ekoran Presiden itu memiliki kuasa pemutus bagi keadaan
tertentu.
"Persoalan yang timbul dalam keputusan mesyuarat, sama ada ketua perlu ikut keputusan mesyuarat atau tidak, ada dua pandangan oleh ulama-ulama Islam iaitu perlu ikut dan tak perlu ikut.
"Setelah saya mengkaji kedua-dua pandangan, mengikut ijtihad saya yang cetek dan mengikut masa kini. Saya berpendapat bahawa ketua tak perlu ikut keputusan mesyuarat," katanya.
Beliau turut
berpendapat, tiada peruntukan dalam perlembagaan parti yang menyebut
bahawa Presiden perlu menuruti keputusan mesyuarat.
5 orang berkata:
Janji mesti ditepati dan PAS jangan menunjukkan ia mempunyai dasar baru yang mirip dasar matlamat menghalalkan cara yang diasaskan oleh Nicolo Machiaveli. Kalau PAS sudah mula menjadikan matlamat menghalalkan cara sebagai kaedah mendapatkan kuasa, apa beza PAS dengan UMNO?
Para peminpin pas perlu ikut kputusan majlis syura dan brsatu dblakang presiden.. Parti ini akan disegani rakyat dlm ketegasan parti dlm apa isu keadaan dunia malaysia.semua selamat....
Kah kah kah.. Musuh kita umno.. Lepas ni tambah dap dan pkr serta rakyat.. Kah kah kah.. Duduk la korang dengan istana yang kononnya menjaga islam tu..
Pas dah lama berjuang
Pkr yg merempat minta bantuan pas.
...usul pd anwar buang pas dr pakatan kalau berani.
Lupakah kita siapa yang menyelamat anwar bila dicampak kedalam tong najis oleh mahathir?
Dimana DAP pada masa itu?
Bila nuar kembali dibersihakan baru DAP datang menempel
Dan kini DAP pula yang di puja dan menjadi kiblat pkr.
Dan PAS dijadikan alas kaki.
Pas akam tetap survive walaupun bersendirian. Tapi pkr akan kojol bila anuar berhijrah ke kajang atau sungai buloh.
Post a Comment