Sindiran adalah gara-gara kerana gagal untuk menguasai negara dan untuk menyelamatkan diri seseorang. Inilah yang Pak Karamu kata "Jika hendak membela rakyat dan pemimpin biarlah secara bersih, kerana yang hak itu tetap hak dan yang batil itu tetaplah batilnya" PAS sudah tentu tidak akan sanggup mengobankan prinsipnya, kerana prinsip PAS berteraskan kepada agama dan cnderung kepada keredhaan Tuhan, tidak seperti DAP yang berprinsipkan kepada akal semata-mata, kita tidak mahu apabila datang bala baru hendakkan kepada pertolongan daripada Tuhan - Pak Karamu
Tolong hormati prinsip Pas
MUAR - Pas menyangkal dakwaan DAP yang menyifatkan parti itu tidak
menunjukkan komitmen kepada PR berhubung krisis Menteri Besar Selangor,
baru-baru ini.
Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, parti itu menolak Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana berpegang teguh kepada prinsip parti berkenaan serta keputusan yang dibuat itu atas persetujuan bersama Majlis Syura.
“Seperti mana dalam perjanjian asal prinsip PR, ada perkara yang dipersetujui, tetapi prinsip parti masing-masing tidak berubah.
“Bagaimanapun, dalam kes itu (pertukaran menteri besar) rakan pakatan perlu menghormati prinsip Pas dan tidak perlu menyindir parti ini dalam majlis terbuka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Konvensyen parti itu yang dipetik KiniTV yang menyifatkan dalam PR ada parti yang ‘cakap tak serupa bikin’. Meskipun Guan Eng tidak menyebut nama parti itu, namun dipercayai sindiran itu merujuk kepada Pas.
Menurutnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bersetuju menyertai pakatan Langkah Kajang dalam pilihan raya kecil Dun Kajang kerana tidak mengetahui tujuan sebenar pilihan raya tersebut untuk menukar Khalid.
“Kita (Pas) juga tidak setuju kerana melihat tidak ada alasan kukuh mengapa Khalid perlu ditukar kepada kepimpinan yang baharu.
“Rakyat keseluruhannya mahu Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor kerana kecemerlangan beliau mentadbir negeri dalam keadaan yang baik,” katanya.
Katanya, beliau tidak menafikan krisis tersebut telah memberi kesan kepada parti tersebut dan menegaskan Pas masih kekal dalam PR serta akan bekerjasama menghadapi PRU14.
Katanya, Pas bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat membentuk kerajaan alternatif bagi membantu rakyat menjalani kehidupan lebih baik berbanding kini terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Katanya, beliau terkilan sindiran itu dibuat secara terbuka dan tidak sepatutnya dilakukan sedemikian kerana menjejaskan imej parti.

1 orang berkata:
DAP mmg ada agenda dia...masakan tidak...sibuk sgt nak wan azizah....skrg azmin jd MB dah selesai kes...masih bising2 x puas hati.
AGENDA MERAMPOK 3 B.
Post a Comment