Video viral: Maktab Mahmud mangsa fitnah
KUALA NERANG - Pihak pentadbiran Maktab Mahmud Padang Terap menafikan
kejadian buli yang tersebar dalam video di laman sosial berlaku di pusat
pengajian itu.Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajarnya, Mohd Zulqurnain Mohd Yusoff berkata, dia dan pengetua maktab turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap pada jam 2.20 petang semalam.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada waris yang tidak dikenali pada awal pagi selepas video berdurasi empat minit itu tersebar di laman sosial sejak kelmarin.
"Jika dilihat dalam video itu, asrama lokasi kejadian mempunyai satu daun pintu manakala asrama di sini pula mempunyai dua daun pintu.
"Besi katil di dalam video itu berwarna hitam sedangkan di sini ia berwarna kelabu. Dinding di asrama ini berwarna putih berbanding di dalam video, berwarna hijau kuning,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment