Jika mana-mana parti yang bernama islam tidak sepatutnya bersifat ekslusif, terutama apabila parti itu tinggal ditempat yang majmuk, namun apabila mana-mana kumpulan islam itu bersetuju melaksanakan dasar inklusif untuk sevival atas dasar keharmonian,keamanan dan kebajikan maka diharapkan JANGAN pula ada di antara kawan-kawannya mengambil kesempatan untuk melaksanakan agenda yang tersembunyi yang dilihat akan menjejaskan dasar kumpulan kawan, sehingga menampakkan sikap mahu mengheret kawan kearah dasar perjuangan mereka seperti yang di utarakan DAP, ini menunjukkan tidak menghormati dasar kepercayaan kawan - Pak Karamu
Parti Islam perlu inklusif untuk survival
PETALING JAYA - Tidak ada masa depan bagi sesebuah parti politik Islam yang bersifat ekslusif dan tidak bersama orang lain.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee
Malik berkata, golongan Muslim demokrat perlu bersifat inklusif dan
bersama dengan pihak lain dalam membina masa depan negara.
"Saya bukan hanya maksudkan parti dalam negara kita tetapi saya bercakap atas dasar global.
"Bukan sahaja di Malaysia tapi negara lain," katanya.
Beliau dalam pada itu menyifatkan parti Pas sebuah parti yang bersifat inklusif.
"Pas sebuah parti yang inklusif, buktinya dia (Pas) bergabung dengan PR, dia bersama dengan orang lain.
"Pas telah menunjukkan kebersamaan parti dalam memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, menjawab kepada respons Dr Maszlee, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan mereka parti yang inklusif dan memegang kepada konsep tahaluf yang dibawa serta diperjuangkan parti.

0 orang berkata:
Post a Comment