Pak Karamu nampak PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja, kerana PAS yang mengambil dasar al aquran dan Hadis serta ijma ulama dan qias sebagai dasar partinya sesuai di dalam amalan fitrah manusia, islam mengambil kira keharmonian dan kebajika, Apabila berlaku kerjasama dan persetujuan, maka tidak bermakna PAS boleh meninggalkan pantang larang dasar perjuangannya, bukan macam DAP dan PKR yang tidak mengambil kira soal dosa dan pahala, membujur lalu melintang patah, PAS tidak bersetuju diperalatkan jika ada aginda yang tersembunyi yang tidak tahu maksud agenda itu sama ada melibatkan dosa dan pahala serta perbuatan membazir atau ada agenda yang berkepentingan sehinggakan timbul sikap memakan dan memerangkap kawan sendiri, Pak Karamu tahu bahawa ada parti yang ada di dalam PR ada agenda di dalam agenda. Andainya PAS tidak memilih dasar yang disediakan oleh Tuhan, maka sudah lama PAS menjadi sekular - Pak Karamu
Penganalisis: Pas paling lemah, sering dipersalah
SHAH ALAM – Kedudukan Pas sebagai parti paling lemah dalam PR antara
faktor parti itu sering dilihat seolah-olah tidak dihormati DAP dan PKR.
Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan berkata, atas sebab itu juga Pas sering menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan dalam isu yang menjadi perdebatan antara ketiga-tiga parti.
“Dalam politik, ia adalah satu strategi yang biasa untuk menyalahkan seseorang yang lemah. Pas dalam PR adalah kambing hitam kerana mereka parti paling lemah.
“Jadi amat mudah untuk menuding jari kepada Pas untuk semua kesalahan,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kes dalam PR apabila Pas menjadi ‘mangsa’ kepada DAP dan PKR.
Ia termasuklah sindiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang seolah-olah merujuk Pas sebagai parti yang 'cakap tidak serupa bikin' kerana membuat keputusan yang berubah-ubah.
Bagaimanapun, Azmi berkata, situasi itu berlaku kepada Pas kerana keadaan dalam PR sendiri yang ada banyak agenda tersembunyi.
“Mereka (PR) sukar untuk bersetuju antara satu sama lain. Keadaan itu memaksa Pas dan sebab itu Pas terpaksa membuat keputusan yang tidak menjurus kepada keputusan yang dibuat sebelum ini.
"Dalam masa sama Pas terpaksa menjaga kepentingan parti mereka. Tetapi kalau objektif PR sendiri kucar-kacir dan tidak berubah, maka ia bukan saja akan menimpa Pas tetapi juga DAP dan PKR,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan yang perlu dilakukan oleh Pas ialah berani mengemukakan kepentingan parti mereka.
“Semua orang tahu Pas memerlukan PR dan PR juga sedikit sebanyak memerlukan Pas. Jadi Pas perlu lebih bijak bermain politik.
“Namun, paling penting ialah Pas perlu buat keputusan yang dipersetujui semua ahli dalam parti itu. Ini yang perlu diperbaiki dulu kerana ia menjadi punca perpecahan Pas,” katanya.

2 orang berkata:
Pas kena ikut apa pendapat Dr Azmi Hasan iaitu keluar dari Pakatan dan berdiri sendiri atau bergabung dengan Umno agar melayu islam lagi kuat dan Pas tidak akan di kambing hitam olih Umno.Duduk dalam Patakan asik kena jadi kambing hitam je,apa sebab jadi begitu sebab kamu peminpin ulamak dalam Pas tak pandai menyesuaikan diri dalam kumpulan berbagai bangsa dan agama.sepatutnya inilah peluang untuk Pas berdakwah kepada semua bangsa.Tetapi di sebabkan takbur dan ego mnejadikan Pas semakin meroyok
Pas mesti keluar pakatan tanpa bergabong dengan umno,umno dan pkr spesies yg sama
Post a Comment