Sunday, December 7, 2014
YAB MB Azmin Enggan Komen Gesaan Pecat Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi
Dua hari selepas Istana Selangor menarik
balik darjah kebesaran Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Mohamed
Azmin Ali masih enggan mengulas perkara itu, ketika gesaan juga dibuat
agar Anwar meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi negeri.
"Tak ada komen. Terima kasih," kata Azmin kepada media hari ini, mengulangi ayat serupa diucapkannya Khamis lepas, pada hari Sultan Selangor mengumumkan penarikan balik gelaran 'Datuk Seri' daripada ketua umum PKR it
Ditemui selepas merasmikan Karnival
Usahawan Perangsang-Skimsel 2014 di Shah Alam, timbalan presiden PKR itu
terus mengambil jalan selamat dengan mengelak menjawab soalan pemberita
yang meminta beliau mengesahkan status terkini Anwar sebagai penasihat
ekonomi Selangor.
Pada Khamis, Istana Selangor
mengeluarkan kenyataan yang Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik
gelaran 'Datuk Seri' itu berkuatkuasa 3 November kerana Anwar sering
mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.
Berikutan itu, ketua pembangkang
Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, Anwar sepatutnya melepaskan
jawatan penasihat ekonomi negeri.
Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh
Omar pula mencabar Azmin memecat Anwar bagi membuktikan beliau
menghormati maksud tersirat daripada titah Sultan itu.
Anwar dalam reaksinya berkata beliau
tidak pernah membuat sebarang permohonan atau permintaan kepada Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menganugerahkan darjah kebesaran itu
kepadanya pada 1992.
Beliau juga berikrar akan tetap
menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan terus
menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan dan demokrasi
berparlimen di negara ini.
Pada Khamis, ketika ditemui pemberita
selepas berucap pada majlis penyerahan surat tawaran Skim Pembiayaan
Perumahan SelangorKu (Dana-Sel) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor di Shah Alam, Azmin hanya berkata: "No comment," ketika
diajukan soalan berhubung perkara itu.
Ditanya isu projek Lebuhraya
Kinrara-Damansara (Kidex) pula, Azmin berkata hari ini, Kidex Sdn Bhd
masih belum memberi maklum balas mengenai syarat yang ditetapkan
kerajaan negeri kepada pemaju itu.
Tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum
tamat tempoh perjanjian konsesi itu, yang antara lain menyatakan
perjanjian klausa akan ditamatkan awal sekiranya pemegang konsesi
mencapai keuntungan melebihi tempoh jangkaan.
"Setakat ini kerajaan negeri masih belum menerima maklum balas berkenaan syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.
"Saya dah umumkan dalam belanjawan,
dalam pertemuan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga saya dah
maklumkan. Ini pendirian kerajaan negeri tentang lebuh raya di
Selangor," katanya.
Kidex Sdn Bhd pada mulanya diberi tempoh
12 bulan daripada tarikh perjanjian konsesi yang ditandatangani pada 15
November 2013 untuk memenuhi beberapa syarat. Ia kemudian dilanjutkan
sehingga 15 Februari 2015.
Azmin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)
menetapkan, antara syarat utama pembinaan lebuh raya di Selangor ialah
ia perlu mematuhi bukti kajian penilaian impak trafik yang menguntungkan
pengguna serta penduduk.
Syarat itu turut terpakai kepada empat
lagi projek lebuh raya di Selangor, iaitu Lebuhraya Sungai Besi-Ulu
Kelang (SUKE), Lebuhraya Pantai Barat (Taiping-Banting), Lingkaran Luar
KL-Hubungan Timur dan Damansara-Shah Alam (DASH).
Putrajaya dilaporkan sedia mendedahkan
butiran perjanjian konsesi dengan Kidex jika pemegang saham dan
penyumbang dana syarikat itu memberikan persetujuan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah
Yusof sebelum ini berkata, kelulusan Kidex akan diberi hanya selepas
pihaknya berpuas hati semua syaratnya dipatuhi pemaju.
Kelulusan akhir projek kontroversi itu bagaimanapun kata Fadillah memerlukan persetujuan kerajaan negeri Selangor.-TMI
0 orang berkata:
Post a Comment