Dunia akahir zaman, jika boleh, kalau boleh, dan tentu sahaja boleh, para ulama akan di tenggelamkan dari aktif berpolitik, zaman sekarang tidak siapa yang sukakan ulama, pasai ulama adalah pewaris nabi, iaitu meneruskan tugas nabi, sebab itu siapa yang bercakap tentang agama mereka akan di pancong dan akan menghadapai tuduhan mengajar ilmu sesat atau fahaman sesat
Para ulama tidak boleh teruskan tugas nabi, sebab zaman nabi sudah lama terkubur, ramai yang berfikiran demikian, sementara ulama pula ada yang degil yang mahu teruskan tugas ulama, sebab mereka adalah keturunan nabi, setidak-tidaknya mereka berketurunan nabi Noh a.s.
Di dalam bahtera Nabi Noh apabila dunia sudah hampir surut dari di tenggelamkan Tuhan atas derhakanya manusia jenis syaitan maka tiba-tiba sahaja terdapat seorang syaitan yang menyerupai manusia, mahu menghapuskan ajaran nabi Noh (agama Tauhid) dan mereka inilah yang berketurunan syaitan jenis manusia yang membenci para pimpinan ulama - Pak Karamu
Jangan terpengaruh usaha burukkan ulama
- Butiran Diterbitkan: 06 Disember 2014
- Ditulis oleh MOHD SABRI SAID
PERMATANG PAUH:
Mantan Naib Presiden PAS, Daeng Sanusi Daeng Mariuk berpesan pada
keseluruhan ahli PAS usah termakan usaha memburuk-burukan ulama
sebaliknya memastikan benteng akidah semakin utuh dan kuat.
Menurutnya lagi, kejayaan ulama
mentadbir terbukti apabila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato ' Nik
Aziz Nik Mat dapat bertahan sehingga 24 tahun dengan slogan 'Membangun
Bersama Islam'.
Ketegasan beliau jelasnya, mempertahankan prinsip perjuangan menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakan dan musuh.
"Ulama mesti dipertahankan. Para pemuda
harus bangun dan jangan leka dengan mainan musuh yang sedang mencari
-cari lubang memusnahkan perjuangan yang terbina lama hasil perjuangan
orang terdahulu," tegasnya dalam kuliah maghrib.
Terang beliau, fenomena penubuhan parti
baru bukan perkara baru pada PAS kerana sebelum ini semua parti serpihan
PAS dengan sendirinya terkubur.
Sekarang ini apa yang sedang diusahakan
oleh sesetengah orang PAS sendiri belum pasti semata-mata mahu
menenggelamkan peranan Ulama yang menjadi teras perjuangan selama ini.
Justeru itu, kewibawaan kepimpinan
menanganinya mesti padu supaya apa yang diagendakan tidak kesampaian
sekali gus musnah di tengah jalan.
"Ulama mesti berani ke depan tangani apa
juga mehnah yang mendatang agar ia tidak merebak luas menjadi nanah
yang boleh pecah mengeluarkan bau yang busuk," ujarnya dalam program
kali ke empat selepas Trengganu, Selangor dan Johor.
Hadir sama dalam acara pertama sempena
Ijtimak Tarbawi 4.0 itu ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,
Ustaz Muhammad Khalil Haji Abdul Hadi dan Naibnya Ir. Khairil Nizam. –
HARAKAHDAILY 6/12/2014
3 orang berkata:
Kalau golongan profesional dlm pas x boleh jd presiden sbb x da asas pend agama. Pas akan terkubur kalau golongan ni ambil alih.
Tun saleh abbas adalah bukan dikalangan ulamak tapi di pernah memimpin pas...dr burhanuddin pun bukan dikalangan ulamak ia adalah doktor homeopathy tapi ia pernah memimpin ulamak...baca daripada sejarah perjuangan pas...jangan ckp ikut sedap je...walau pun tidak ada sekor pun ulamak dlm pas tapi percayalah islam akan tertegak dalam jemaah pas...pas bukan baru dilahirkan semasa tghh memimpin pas tapi ia telahpun dilahirkan sebelum itu...almarhum ustaz fadhil noor pernah ditanyakan soalan ini..adakah kemungkinan pas dipimpin oleh org yg bukan dari kalangan ulamak...dan beliau yang berpandangan jauh menjawab..ya kemungkinan ia berlaku...dan kita lihat fenomena ini lah yang akan berlaku sekarang..satu demi satu kepincangan yang dilakukan geng ug ini di perlihatkan oleh Allah swt dihadapan kita...penyokong dan ahli berada di dua persimpangan sekarang ini..
cheap real jordans
michael kors handbags
nike air max
kobe 9
yeezy sneakers
basketball shoes
michael kors outlet
adidas ultra boost
reebok outlet
nike air force 1
achang
Post a Comment